Usah bermimpi untuk menjadi ‘Sleeping Beauty’ hanya kerana anda memakai solekan ketika tidur. Hakikatnya, ia memberi kesan buruk kepada kulit wajah anda! Awas ya bagi kamu yang sering malas untuk mencuci solekan. Biarpun malas sekalipun, solekan di muka wajib dicuci untuk memastikan kulit wajah terjaga rapi, bersih dan sihat!
Pasti ada diantara kita yang mengambil ringan tentang kesan buruk apabila tidur tanpa mencuci solekan anda. Nak tahu apa kesannya? Jom baca!
KULIT KERING & CEPAT BERKEDUT
Bagi anda yang terlalu risau jika wajah menjadi kedut dan tampak tua dari usia, janganlah tidur bersama-sama dengan solekan anda. Tahukah anda, tidur dengan solekan boleh menjadikan kulit kering?
Malah ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi jika kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
JERAWAT MUDAH NAIK
Jangan hairan jika wajah anda sering mengalami masalah jerawat yang kronik! Salah satu puncanya ialah anda malas mencuci solekan sebelum tidur. Bila bedak asas atau bedak kompak meliputi muka dari siang ke malam, banyak kotoran dan bakteria sudah terperangkap.
Bakteria-bakteria yang terperangkap di dalam pori wajah akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat dan lama-kelamaan menyebabkan kulit menjadi kusam. Hilang seri tau jika dibiarkan begitu sahaja!
JANGKITAN MATA
Tidak hanya memfokuskan kepada kulit wajah semata-mata, tetapi jika anda malas untuk mencuci solekan anda, ia akan menyebabkan jangkitan pada mata berlaku. Nak tahu kenapa?
Partikel-partikel maskara boleh membuatkan folikel tersumbat dan akhirnya menyebabkan jangkitan pada mata sekaligus menyebabkan radang mata. Anda akan lihat mata akan menjadi merah-merah dan garis halus sekitar mata juga lama-lama akan muncul. Menakutkan tau!
BULU MATA GUGUR
Bukan itu sahaja, malah memakai maskara terlalu lama juga boleh menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan mudah gugur. Bayangkan apa lagi yang boleh berlaku jika anda tidur dengan bulu mata palsu masih terlekat di mata?
Baca juga: Hanya Lakukan Di Rumah Sahaja, 5 Bahan Semula Jadi Ini Boleh Mencerahkan Kulit Kusam Anda!
BIBIR KERING & PECAH-PECAH
Pasti ramai yang tidak tahu mengenai hal ini. Sebenarnya jia anda tidur dengan solekan lipstik di bibir, ia akan menyebabkan bibir kering dan pecah-pecah, tidak kiralah apa jenis gincu sekali pun, frosted
, glos mahupun pusam.Jika dibiarkan secara berterusan, masalah ulcer juga akan muncul di bahagian bibir anda! Sakit tau! Ramai dermatologi menyarankan sapuan pelembap bibir sebelum tidur kerana suhu rendah pendingin hawa boleh menyebabkan bibir kering.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe