Beberapa hari sahaja lagi untuk masuk ke bulan Disember. Sepatutnya bulan ini jadi amat istimewa kerana bakal menyaksikan penyatuan dua jiwa. Namun kita hanya merancang tapi Tuhan juga menentukan. Siapa sangka tunang yang bakal menjadi Imam kini cedera parah akibat patah tulang rusuk dan pendarahan dalaman akibat rempuhan membabitkan anggota bomba di sebuah kuil di Puchong hari ini. Mangsa, Muhammad Adib dikatakan akan mengakhiri zaman bujangnya bersama tunang, Nurul Najihah Disember nanti.
Nurul Najihah yang turut terperanjat dengan insiden itu telah meluahkan rasa sayu terhadap tunangnya sambil mengharapkan si dia dapat bangun kerana dikenali sebagai seorang yang kuat.
Luahan sayu itu dikongsi bersama di media sosial sambil memberitahu tunangnya itu juga masih selamat dan belum meninggal dunia.
Malah mahu netizen menghentikan spekulasi yang bukan-bukan. Nurul Najihah turut meminta netizen mendoakan keselamatan tunangnya itu.
Sementara itu posting yang dimuat turut turut mengundang simpati di hati netizen. Ramai mendoakan agar tunangnya akan cepat sembuh.
Nurul Najihah juga sudah bersedia untuk memikul tanggung jawa sebagai isteri apabila turut berkongsi video dari Ustaz Azhar Idrus bagaimana cara nasihat yang baik untuk menjadi isteri yang baik.
Malah dia juga turut berkongsi video mengingatkan seorang lelaki itu tanggung jawab utama sebagai seorang suami.
Apa pun Hijabista doakan smog Allah memberi kesembuhan kepada anggota bomba ini dan berharap pelamin yang mereka impikan akan selamat didirikan nanti.
SUMBER: FACEBOOK NURUL NAJIHAH