Admin suka betul melihat gelagat pengantin baru yang kini sedang enak melewati fasa bulan madu. Walaupun sudah berkahwin nak masuk tiga bulan, tetapi gelagat mereka seperti merpati dua sejoli. Sering dilihat bersama-sama dan baik Ummi Nazeera dan suami, Dr Izzar, keduanya mempunyai hobi sama iaitu gemar berselfie. Di situ ada Ummi Nazeera dan di situ jugalah ada Dr Izzar. Bukan mengokong tetapi nampaknya Ummi kini seronok berada di suatu tempat di samping suaminya itu.
Baru-baru ini keduanya sempat berbuan madu ke Switzerland. memang cantik lihat foto-foto pasangan bahagia ini. Malah pemandangan di kawasan yang dilawati juga membuatkan netizen turut terpesona. Paling best sekali ibu kepada Ummie siap berpesan pada pasangan ini supaya jangan gaduh-gaduh dan menjadi ingatan pada Ummie.
@nurnadhirahnadhirah Nice place and the best honeymoon..umminazeera…
@marinashaaib Subhanallah…kebesaran maha pencipta.
@miracleoflace Subahanallah cantiknya
@alyaaaidee MasyaAllah nice
Ads
Masing-masing gembira dengan kebahagiaan keduanya dan mendoakan agar cepat menimang cahayamata kelak. Ternya follower Ummi juga turut berharap hubungan keduanya kekal hingga ke jannah. Insya-Allah.
@hazleinalein Semuga bahagia mang selalu hingga ke jannah @umminazeera
@mimi.salina Bulan madu ke semuga bahagia hingga ke jannah
@shidothaha beautiful couple
@danial_hai Doakan agar ummi dan suami kekal ke jannah
Nama Rico Rinaldi tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri fesyen tempatan. Rekaanya banyak menjadi pilihan pencinta fesyen yang sukakan gaya mewah dan segar. Terbaru dia telah melancarkan koleksi perkahwinan mampu milik yang diberi nama Ready for Nikah khusus untuk pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan ketika pandemik Covid-19 Melanda.
Menurutnya, “Disebabkan pandemik ini, para pelanggan tidak boleh merentas daerah dan negeri, jadi saya terpanggil untuk membuat koleksi khusus untuk mereka pilih di laman web dan kemudian kami akan hantarkan kepada mereka menerusi khidmat pos. Bukan hanya pelanggan dalam negara sahaja yang boleh membeli bahkan pelanggan dari Brunei dan Singapura juga tidak terkecuali. Lagi pula ini merupakan langkah saya untuk kekal relevan dalam industri perkahwinan.”
Menampilkan 8 rekaan yang berasaskan siluet tradisional seperti baju kurung, baju kurung kedah dan kebaya, hanya satu sahaja rekaan siluet gaun khusus untuk mereka yang mahukan pilihan lebih moden.
Tidak hanya itu pereka fesyen ini turut menyediakan pilihan aksesori perkahwinan seperti selendang, veil dan juga sepatu. From head to toe semuanya tersedia. Bila sudah berbicara tentang rekaan tidak sah jika kita tidak menyentuh tentang harga.
“Harga setiap busana berbeza mengikut rekaan bermula dari RM1200 sehingga RM2500, namun begitu saya memperkenalkan cara pembayaran fleksibel yang boleh membantu para pengantin menyusun tahap kewangan mereka. Mereka boleh membayar RM800 sahaja ketika menempah, dan apabila baju sudah disiapkan barulah mereka membayar baki yang selebihnya. Manakala untuk rekaan aksesori pula, harga bermula serendah RM150 sehingga RM450,” ujarnya panjang lebar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biarpun masih dalam demam pilihanraya, namun tidak membataskan buat pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil mengadakan majlis pertunangan anak sulungnya Doktor Puteri Julia Nabilah. Majlis pertunangan ini dilangsungkan di kediaman Ziela Jalil sendiri dengan berkonsepkan floral.
Dalam majlis yang dilakukan secara sederhana ini, Doktor Puteri Nabila mengenakan persalinan kurung moden rona merah jambu lembut sedonon dengan hijab.
Solekan dan dandanan ringkas juga turut yang menyerlahkan kecantikan wajah Julia yang persis wanita Korea.
Penampilannya yang santun ini juga turut mendapat perhatian dan pujian dari netizen. Jelas terserlah kegembiraan di wajah anak sulung pemilik syarikat Pena Creatives sdn Bhd.
Pelamin untuk majlis ini juga cukup indah dengan mengetegahkan rimbunan floral dalam menyemarakkan lagi suasana di majlis berkenaan.
Menurut ibunya, dekorasi cukup indah untuk majlis pertunangan anaknya itu adalah hasil idea kreatif, Razak Flora.
Difahamkan pasangannya juga adalah seorang doktor, Dr Dziya Faqhran Dato’ Mahmod Fauzi.
Julia juga dalam status dimuat turut di laman sosialnya memberitahu sambutan hari ibu kali ini cukup bermakna dan bahagia dikurniakan dua wanita yag cukup hebat, ibunya Datuk Ziela Jalil dan juga bakal ibu mertuanya.
Sebelum itu Puteri Julia memulakan pengajian di Royal College of Surgeons di Ireland pada 2012 sebelum menamatkan pengajiannya tahun lalu dan selamat bergelar doktor.
Hijabista ucapkan tahniah dan semoga ikatan ini akan berakhir di jenjang pelamin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan pakaian lengkap ke pejabat itu mudah dicari akan tetapi sukar untuk dicari buat mereka yang memakai hijab. Bila pergi ke kedai pakaian mesti asyik terfikir kan sesuai ke kalau berhijab pakai pakaian yang sedia ada. Sebab kebanyakan yang ada seksi! Tahukah anda, wanita ini adalah designer kepada pakaian pejabat yang elegan buat wanita muslimah di luar sana!
Nina Septiana merupakan seorang pereka fesyen serta pencinta fesyen dan merupakan pemilik label Nina Nugroho di Indonesia sejak 2010. Di memulakan perniagaannya seperti pereka fesyen yang lain dan tidak tertumpu pada mana-mana jenis fesyen. Nina mengambil masa lebih kurang 7 tahun untuk menguasai bidang fesyen muslimah selepas dia berhijab. Ini kerana menurut Nina untuk mempelajari bidang fesyen muslimah yang betul-betul menepati ciri muslimah itu bukan sesuatu perkara yang mudah. Apa yang menarik, Nina juga pernah mengeluarkan buku bidang fesyen edisinya tersendiri.
Pada 2007, Nina mula memakai hijab dan memulakan hobinya dalam bidang fesyen muslimah. Menurut Nina, wanita bertudung selalu dianggap comot atau tidak kemas. Daripada situ juga keinginan Nina untuk menceburi bidang fesyen muslimah dan ingin membuka mata orang di luar sana bahawa wanita berhijab juga pandai bergaya dan cantik!
Selain itu, Nina juga ingin mengajak orang ramai terutama sekali wanita muslimah di luar sana untuk menceburi bidang fesyen muslimah. Dia pada mulanya tidak mahu membuat fesyen muslimah atas sebab dia merasakan fesyen yang di buat olehnya sangat tidak cantik. Akan tetapi dia tidak berputus asa untuk mula fokus dalam bidang perniagaan.
“Akhirnya, saya ingin belajar perlahan-lahan cara pemakaian wanita muslimah dan saya ingin membuat bisnes supaya wanita muslimah diluar sana boleh bergaya,” kata Nina Septiana
Sebelum Nina fokus ke “office look” banyak juga jenis fesyen yang ingin dilakukan. Akan tetapi dia memilih pemakaian wanita ke pejabat kerana jarang untuk melihat pereka fesyen yang membuat baju pejabat untuk wanita muslimah. Walaupun sudah berkali jatuh di dalam dunia bisnes, Nina tidak berputus asa. Sejak tahun 2018, Nina semakin konsisten untuk pembuatan baju pejabat buat Muslimah.
Label Nina Nugroho merupakan gabungan nama depannya dan nama keluarga Nina. Selain itu, fesyen yang dibawa oleh Nina juga mendapat sambutan yang baik dari semua orang. Dari segi keluarga, kawan-kawan dan wanita-wanita yang mencintai fesyen yang direka olehnya.
Pakaian-pakaian pejabat muslimah Nina telah berkembang dengan maju dan mendapat sambutan ramai. Dia tidak menyangka bahawa ramai juga yang suka akan keluaran pakaian pejabat muslimah tersebut. Selepas pulang dari umrah pada tahun 2016, Nina melakukan perhatian terhadap minat orang di Indonesia.
Setelah membuat kajian mendalam Nina mendapati ramai wanita muslimah yang suka akan trend baju pejabat yang cantik-cantik. Dia bercita-cita ingin membawa perniagaanya meluas sehingga ke luar negara. Semoga perniagaan yang ingin membawa fesyen muslimah ini akan terus berkembang dengan jayanya.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...