Masalah rambut rosak seperti rambut bercabang, berminyak mahupun kusut menjadi sebab anda berasa tidak selesa. Rambut diibaratkan seperti mahkota wanita. Jika anda tidak menjaganya dengan betul dan rapi, ia akan menyebabkan kesihatan rambut akan terjejas.
Tetapi, benarkah membasuh rambut dengan kerap boleh mengelakkan masalah rambut? Sebenarnya tidak! Kajian mengatakan bahawa semakin kerap anda mencuci rambut, semakin kusut rambut anda. Banyak lagi masalah lain yang mungkin akan anda hadapi. Nak tahu apa dia? Jom baca!
- Punca rambut bercabang
Kadang-kala masalah rambut bercabang bukan sahaja berpunca daripada pemilihan produk yang salah, malahan bila anda kerap mencuci rambut, ia akan menyebabkan rambut anda bercabang. Nak tahu kenapa? Kekerapa mencuci rambut akan menghilangkan pelembap semula jadi yang amat penting kepada kesihatan rambut. Jadi, jika anda selalu mencucinya, pelembap itu akan hilang dan menyebabkan rambut bercabang! Ingat ya, jangan sesekali menggunakan air panas untuk mencuci rambut anda. Ia akan menyebabkan kulit kepala mengelupas dan rambut akan berminyak.
2. Rambut jadi berminyak dan kusut
Apabila rambut menjadi kering, ia akan membuatkan ia nampak kusut! Maka terjadilah masalah rambut berminyak! Jangan main-main ya dengan masalah rambut berminyak ini. Bukan sahaja rambut akan menjadi busuk, malah ia juga akan menyebabkan masalah kelemumur dan juga akan membuatkan jerawat tumbuh dengan mudah. Nak sikat rambut sakit ya nanti! Jadi, janganlah kerap mencuci rambut anda ya!
3. Warna semakin pudar
Khas bagi anda yang sering mewarnakan rambut, usah membazirkan wang yang sudah anda belanjakan dengan mencuci rambut dengan kerap. Tahukah anda, mencuci rambut dengan kerap akan menyebabkan warna rambut pudar dan akan menyebabkan warna rambut anda nampak pelik dan tidak bermaya. Jadi untuk memastikan warna rambut pilihan anda kekal lama, usah mencuci dengan kerap.
4. Rambut rosak
Haba panas dari pengering rambut akan menyebabkan rambut rosak dan kering. Sudah tentulah apabila kita mencuci rambut, kita mahu mengeringkannya bukan? Oleh itu, haba yang datangnya dari pengering rambut itu secara tidak langsung akan menyebabkan rambut rosak dan kelihatan tidak sihat.
5. Jimat duit
Percaya atau tidak, apabila anda tidak selalu mencuci rambut, sebenarnya anda sedang menjimatkan duit anda. Yalah, mana tidaknya. Apabila anda tidak selalu menggunakan produk syampu dan juga pelembap, ia akan tahan lama mungkin lebih dari sebulan! Ha! Kalau tidak mungkin setiap 2 minggu anda harus menambah stok anda, terutamanya kepada mereka yang berambut panjang!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Doa Cepat Kaya, Zikir dan Amalan agar Cepat Kaya Mengikut Islam
Menjadi kaya adalah keinginan setiap orang di dunia ini. Ada yang menempuh dengan cara yang halal, sesuai dengan syariat agama dan ada juga yang menempuh dengan cara yang diharamkan oleh agama.
Bagi kita muslim yang taat, adalah menjadi keharusan untuk mencari dengan cara halal. Selain bekerja, doa cepat kaya juga termasuk dari usaha kita supaya kita boleh menjadi orang yang kaya.
Doa dan zikir agar Cepat Kaya
Zikir selain beribadah, juga akan mempercepat kita untuk mencapai keinginan kita menjadi kaya. Bagi siapapun yang ingin cepat kaya sesuai dengan ajaran agama, amalkan untuk dibaca setiap harinya secara rutin dan istiqomah. Insyaallah dari bulan ke bulan, minggu ke minggu kita akan merasakan kesan dari doa tersebut.
Berikut himpunan doa yang anda boleh amalkan :
1. Doa Nabi Sulaiman
Ertinya: Dia berkata: “Ya Tuhanku ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya engkaulah yang maha pemberi”. (Shaad: 35).
Ini adalah doanya nabi Sulaiman, dan memang terbukti Allah mengabulkan doanya yang mana kekayaan Nabi Sulaiman sampai sekarang tidak ada yang boleh menandingi.
Doa Cepat kaya Nabi Sulaiman Lainnya
Ertinya “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang engkau ridhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatmu ke dalam golongan hamba-hambamu yang soleh”.
2. Membaca Surat Al-waqiah
Surat Al-waqiah ini sangat luar biasa sekali fadhilahnya diantaranya adalah boleh menghindarkan diri kita dari kemiskinan, dan juga memperlancar rezeki kita.
Ini hadis yang menerangkan bahawa “Barang siapa membaca surat Al-Waqiah, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran untuk selamanya” Jom amalkan dan rasa perbezaannya!
3. Bacaan Doa Al Mughni
Bererti adalah maha pemberi kekayaan. Anda harus yakin bahawasa Allah akan memberikan kekayaanNya pada kita. Cara mengamalkannya iaitu cubalah untuk rajin membaca doa Ya Mughni sebanyak 1000x setiap habis solat.
Setelah selesai membacanya sebanyak 1000x dilanjutkan dengan membaca doa:
Allohumma bisirri ‘alaa lyusrilladdzii yassartahu ‘ala katsiirim min ‘ibaadika wa agnitsnii bifadhlika ‘amman Siwaaka wawazibun ‘alayhi.
Cubalah untuk istiqomah selama 40 hari kerana barang siapa yang mengamalkan zikir
lafaz Ya Mughni di setiap hari tanpa putus dalam waktu 40 hari maka Allah akan memudahkan urusannnya mencari rezeki dan mempercepatkan hambaNya untuk cepat kaya.
BACA JUGA ARTIKEL INI: 5 Doa Ini Patut Amalkan Jika Mahu Dikejar Rezeki Berkah Dan Melimpah. Pasti Tak Mengecewakan
4. Zikir Asmaul Husna Setelah Solat
Asmaul Husna banyak sekali manfaat dan keutamaannya diantaranya boleh membuka pintu rezeki, tak hanya membuka pintu rezeki sahaja, tetapi juga boleh menyembuhkan penyakit, mendapatkan keselamatan, mendapat ampunan, bahkan boleh menguatkan iman kita.
Bagi anda yang ingin doa cepat kaya dan boleh menjadi kaya-raya anda boleh mengamalkan beberapa doa yang ada dalam Asmaul Husna. Berikut ini adalah doanya:
5. Al Maliku
Selain bacaan Al Mughni, bacaan lainnya yang boleh anda amalkan adalah membaca zikir Al-Maliku yang ertinya adalah yang maha menguasai. Diantara keutamaan membaca zikir ini adalah kita akan mendapatkan keberuntungan dan akan dimudahkan usahanya.
Cara amalannya adalah membaca 80 x di waktu pagi dan petang hari.
6. Al-Wahhab
Zikir lainnya yang termasuk doa cepat kaya adalah Al-wahab. Untuk cara mengamalnya, iaitu dengan membacanya sebanyak 23 x setelah solat 5 waktu dilaksanakan secara istiqomah sementara berusaha.
Zikir lainnya yang sama seperti zikir diatas diantaranya Ar-Razzaq dan Al-Baasith.
7. Sholat Dhuha
Kalau amalan ini sangat luar biasa sekali, kerana kita melakukannya pada pagi hari yang mana waktu tersebut sangat mustajab sekali dalam berdoa. Dalam doa solat dhuha sahaja ada penekanan dalam meminta rezeki iaitu jika dilangit maka diturunkan, dibumi akan dikeluarkan, dan selanjutnya.
Bahkan dalam hadits Qudsi dijelaskan bahawa barang siapa yang yang menunaikan solat dhuha maka Allah swt akan mencukupkan rezekinya sampai petang hari.
Lakukan secara istiqomah, akan lebih lengkap jika setelah solat dhuha dilanjut membaca surah al-waqiah dilanjutkan dengan doa dhuha dan doa barokah surah al-waqiah. insyallah, Allah swt akan mempermudah rezeki kita.
Cara Cepat Kaya
Selain zikir dan doa cepat kaya di atas, bagaimana cara lain agar kita cepat kaya? Adakah berdoa sahaja tanpa usaha?
Kita tidak boleh berusaha saja tanpa bersyukur dan berdoa, dibawah ini merupakan salah satu bentuk dari usaha tersebut adalah bersedekah. Cara ini memang benar-benar berkesan, Allah akan menggantinya 10 kali lipat ganda dari jumlah semula apabila anda bersedekah. Fahami betul apa itu sedekah dan bagaimana niat anda itulah yang terpenting.
Demikianlah informasi tentang dzikir dan doa cepat kaya. Sebagai pesanan sahaja, kita ingin menjadi kaya bukan bertujuan untuk dipandang oleh orang lain, melainkan adalah pola fikiran kita dengan diri sendiri dan terhadap orang sekeliling. Semoga bermanfaat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aegyo sal, Lemak Bawah Mata Tren Kecantikan Kegilaan Selebriti Korea. Ini Yang Patut Anda Tahu!
Aegyo sal adalah istilah yang digunakan di Korea Selatan untuk merujuk kepada simpanan lemak kecil di bawah mata anda. Prosedur untuk membuatnya kadang-kadang disebut ” Korea love band surgery” atau “younglites”.
Apa sebenarnya aegyo sal?
Dalam dunia K-kecantikan, ‘Aegyo sal’ adalah trend yang selalu popular. Istilah ini melambangkan prosedur pembedahan menyuntik deposit lemak atau pengisi di sepanjang kawasan bawah mata, menjadikan penampilan lebih lengkap. Dalam banyak kes, Aegyo sal digunakan untuk membuat mata tampak lebih besar, atau “pop” dengan cara yang menarik.
Trend kecantikan ini, yang berasal dari Korea tetapi mendapat tarikan di Jepun dan di tempat lain, menyalurkan penampilan muda. Awalnya muncul dalam model dan iklan Korea, banyak wanita telah beralih ke Aegyo sal untuk mencapai “kelopak mata ganda” yang menawan.
Menyelami dunia Aegyo sal, meneroka beberapa pilihan untuk mencapai kesannya. Jom lihat lebih dekat apa yang diperlukan dan bagaimana mencapainya tanpa gangguan pembedahan!
Apa itu Aegyo Sal? Bagaimanakah ia berfungsi?
Istilah Korea, yang hanya diterjemahkan, bermaksud “lemak menawan” dan merujuk kepada penampilan muda poket lemak kecil di bawah mata untuk penampilan yang lebih lembut dan tidak bersalah. Sebenarnya, penampilan ini tidak banyak berkaitan dengan simpanan lemak berbanding dengan otot Orbicularis, yang lebih berkembang semasa muda.
Setelah usia tertentu, individu hanya akan melihat penampilan Aegyo sal ketika mereka tersenyum, mencapainya secara pembedahan memastikan penampilan yang sempurna. Dalam dunia K-beauty, ini adalah trend yang mendapat daya tarikan di barat baru-baru ini.
Bagi kebanyakan individu dewasa, Aegyo sal tidak berlaku secara semula jadi dan hampir selalu melibatkan beberapa jenis gangguan untuk dicapai. Walaupun pembedahan adalah pilihan yang paling jelas, terdapat beberapa cara yang berbeza untuk membuat penampilan ini secara tersendiri. Walau bagaimanapun, mari kita lihat lebih dekat apa prosedur yang diperlukan.
Apakah kaedah untuk mencapai aegyo sal?
Sekiranya anda tidak mempunyai salur aegyo yang berlaku secara semula jadi iaitu kebanyakan individu yang berusia lebih dari 20 tahun, anda boleh membuatnya secara buatan. Satu-satunya cara tetap untuk mencapainya adalah melalui prosedur pembedahan di mana jalur AlloDerm rata (0.5 matriks dermis aselular) atau Gortex selebar 0.5 cm dimasukkan di bawah permukaan kulit melalui dua sayatan kecil, meninggalkan bekas luka kecil. Kaedah ini cepat sembuh dan jahitan dapat dikeluarkan setelah 3-4 hari.
Aegyo sal juga boleh dicapai dengan pengisi bagi mereka yang tidak mahu masuk ke bawah pisau. Kaedah ini bersifat sementara dan berlangsung sekitar 6 bulan. Sekiranya anda ingin tahu sama ada idola kegemaran anda telah mengikuti jalan pembedahan atau tidak, perhatikan aegyo sal mereka apakah kadangkala kelihatan lebih jelas. Sekiranya ukuran jalur bawah mata mereka berubah-ubah, kemungkinan mereka memilih pilihan pengisi.
Pembedahan Aegyo Sal
Pada masa ini, penyelesaian jangka panjang yang paling berkesan untuk Aegyo sal adalah pembedahan plastik. Berita baik? Sekiranya lemak disuntik (bukannya pengisi), kesannya cenderung bertahan dari 5-10 tahun, kerana lemak tahan lebih lama. Bagaimanapun, proses ini melibatkan anestesia tempatan ke kelopak mata bawah dan merupakan prosedur yang memerlukan waktu pemulihan.
Ia serupa dengan pembedahan muka yang lain, termasuk mengangkat muka dan suntikan pengisi di kawasan lain. Ini mungkin kelemahan bagi sesetengah individu, walaupun pada akhirnya tidak kurang invasif daripada prosedur yang disebutkan di atas. Tidak suka idea untuk mengganggu pembedahan? Terdapat pilihan lain yang sama berkesan! Semuanya bergantung pada sama ada anda ingin mempunyai penampilan kekal atau sementara.
Sekiranya anda berfikir, “Tetapi saya sudah mempunyai kantung mata yang bengkak! Apa bezanya dengan Aegyo sal? ” Ini penjelasannya satu perkara penting, Aegyo sal tidak sama dengan memiliki kantung mata.
Aegyo Sal vs. Kantung Mata ada bezaanya
Sudah tentu, terdapat perbezaan antara kesan Aegyo sal dan mempunyai kantung mata kesan daripada kurang tidur. Yang pertama Aegyo sal adalah comel dan bergaya dan dikaitkan dengan perbuatan tersenyum. Kantung mata membuat anda kelihatan tertekan atau kurang tidur.
Terdapat perbezaan visual antara keduanya. Kantung mata jatuh lebih jauh di bawah kelopak mata bawah daripada Aegyo sal. Trend kecantikan mencecah tepat di bawah garis bulu mata, sementara bayang-bayang gelap atau kantung mata jatuh serendah rongga sinus.
Perbezaan utama antara mereka termasuk luas dan tampilan, Aegyo sal adalah bengkak seperti kanak-kanak, sementara kantung mata hanya gelap dan lebih rendah. Sebenarnya, kantung mata sering memberi kesan sebaliknya, menjadikan anda kelihatan lebih tua dan bukannya awet muda.
Anda tidak boleh mengubah kantung mata anda menjadi Aegyo sal, jadi jangan cuba menonjolkan atau menarik perhatian. Melakukannya hanya akan menjadikan wajah anda lebih tua. Sebaliknya, fokus pada tidur yang cukup, minum air secukupnya, dan menggunakan penjagaan kulit yang betul untuk membuat kantung mata anda hilang. Kemudian, anda boleh fokus untuk mencipta kesan Aegyo sal, bebas dari beg pelana yang tidak menarik!
Sekiranya ragu-ragu mengenai pembedahan, anda bernasib baik! Kaedah lain untuk mencapai penampilan popular ini. Kemungkinan untuk mendapatkan kesan yang sama dengan peningkatan kosmetik dan sedikit yang disebut pita Aegyo sal.
Apa itu Aegyo Sal Tape?
Pita Aegyo sal adalah pelekat yang tidak kelihatan buat sementara waktu di kawasan kelopak mata bawah. Penyelesaian cepat dan mudah ini menghasilkan lemak yang sama dengan prosedur pembedahan. Ia berjalan dengan mudah dan senang ditanggalkan. Ya, tidak perlu suntikan!
Pita Aegyo Sal berfungsi sama dengan pita kelopak mata ganda yang digunakan untuk membuat kesan penutup dua mata. Manakala Aegyo sal, membuat kelopak mata berkembar ini adalah trend kecantikan Korea yang popular kerana kebanyakan orang Korea tidak memiliki kelopak mata secara semula jadi.
Sekiranya anda merancang untuk membeli pita mata, pastikan untuk membeli pita kosmetik khusus untuk Aegyo sal. Melakukannya akan memberi kesan yang paling hampir dengan trend kecantikan. Dapatkan pita berkualiti tinggi untuk penampilan yang lebih semula jadi. Mengelakkan produk berkualiti rendah juga akan membantu anda mengelakkan jangkitan.
Untuk melekatkan pita, letakkan jalur tepat di bawah kelopak mata bawah anda, memastikan kesan “bunching” atau bengkak dibuat. Tarik pita dalam garis lurus, kumpulkan sedikit kulit di atas dan ratakan pada kulit. Klip selebihnya dengan gunting kosmetik, jika perlu.
Nah! Anda mempunyai kesan Aegyo sal tanpa menjejakkan kaki klinik perubatan. Bagi sesetengah individu, ini adalah penyelesaian yang lebih baik daripada membuat perubahan jangka panjang pada wajah anda. Pada hari-hari ketika anda tidak mahu penampilan Aegyo sal, langkau saja. Ia semudah itu!
Bolehkah Saya Dapatkan Saluran Aegyo dengan senaman?
Walaupun melakukan senaman, wajah sesetengah individu tidak menjamin penampilan Aegyo sal, tidak ada salahnya mencuba! Sebenarnya, terdapat banyak blog Korea dan tutorial YouTube yang membincangkan senaman tertentu untuk mencapai penampilan ini.
Berhati-hati untuk tidak menekan mata anda atau kulit di sekitar mata, semasa melakukan latihan ini. Sentiasa bersikap lembut untuk mencegah kedutan, kendur dan kesan lain yang tidak diingini dari memanipulasi kulit.
Satu senaman menggigit hujung lidah anda dengan lembut yang secara semula jadi menggunakan otot-otot yang mengelilingi mata. Latihan lain melibatkan melihat ke bawah dalam usaha untuk melihat kelopak mata bawah anda, mewujudkan pergerakan yang sesuai dengan pandangan. Latihan tambahan lain termasuk meletakkan jari telunjuk dan jari tengah di kedua-dua belah mata, dengan satu jari di sudut dan satu di sudut luar dan perlahan-lahan menekan ke atas.
Tidak mungkin anda akan mencapai Aegyo sal yang ketara dengan latihan ini, tetapi melakukannya mungkin akan membuat mata anda “muncul” persis yang dimahukan. Untuk hasil bukan pembedahan terbaik, pita Aegyo atau kosmetik berfungsi paling baik untuk mencipta ilusi rupa yang anda mahukan.
Capai Aegyo Sal dengan solekan
Akhirnya, anda boleh mendapatkan penampilan Aegyo sal dengan menggunakan solekan. Memakai alat solek mempunyai risiko minimum kendur atau berkedut, kerana tidak melibatkan gangguan pada kulit di sekitar mata anda.
Juga, bereksperimen secara kosmetik boleh menjadi kaedah yang baik untuk menentukan bahawa anda mahukan penampilan secara kekal. Anda berhak memutuskan bahawa prosedur mana adalah laluan yang lebih berkesan untuk anda.
Langkah solekan Aegyo Sal:
- Mulakan dengan tersenyum! Ini akan menunjukkan garis bawah mata anda untuk Aegyo Sal yang berlaku secara semula jadi. Gariskan kawasan dengan bayangan mata coklat muda.
- Selepas itu, isi kawasan dengan pembayang mata atau serbuk berwarna mutiara.
- Terakhir, menonjolkan mata anda dengan eyeliner, atau dengan berus lapisan dan bayangan mata gelap. Ini akan menggariskan keseluruhan kawasan dari atas ke bawah, mewujudkan kesannya dengan mudah!
- Jika perlu, gunakan concealer ringan untuk merungkai sebarang percanggahan kosmetik antara mata.
Mencipta ilusi Aegyo sal jauh lebih mudah daripada yang anda sangka! Sama seperti melengkapkan wajah anda, mengesan kawasan kecil di bawah penutup mata benar-benar dapat membuat mata anda galak. Yang terbaik, anda boleh mendapatkan kesannya tanpa menghabiskan satu sen atau mengganggu kawasan mata anda.
Mana-mana laluan yang anda pilih sama ada pembedahan, pita atau kosmetik, Aegyo sal biasanya merupakan prosedur kecantikan biasa yang sangat selamat. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai prosedur, berbincanglah dengan pakar dermatologi anda, dan lihat sama ada mereka mengesyorkan cara pembedahan. Pertimbangkan untuk memulakan dengan pilihan yang tidak tetap, seperti suntikan pita atau pengisi, untuk memastikan anda menyukai penampilan sebelum menjalani pembedahan.
Jangan menjalani pembedahan secara tetap jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif. Melakukannya boleh mengakibatkan masa pemulihan yang berpanjangan dan boleh jadi lebih banyak masalah daripada yang diperlukan. Sekiranya ini berlaku untuk anda, pertimbangkan pilihan lain untuk mencapai penampilan yang popular ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penjagaan Mudah Untuk Mereka Berhijab Dan Pemilihan Aksesori Yang Sesuai!
Tidak salah tau kalau anda berhijab dan suka memakai aksesori lagi-lagi bila berada dirumah. Korang tahu tak sebenarnya kalau nak pilih aksesori pun ada tip tau supaya rambut tak rosak! Buat yang memakai hijab, semestinya kita nak jaga betul-betul rambut tu walaupun di luar anda menutup aurat.
Cekak rambut, getah rambut, klip besi untuk rambut sebenarnya boleh menjadi penyebab rambut anda rosak tanpa disedari. Terutama sekali buat mereka yang berhijab kerana sudah seharian memakai hijab. Jangan risau, anda hanya perlu pandai memilih aksesori yang baik untuk rambut dan kulit kepala.
Penggunaan aksesori rambut yang betul, dapat membantu mengelakkan rambut tercabut secara tidak sengaja. Jika sayangkan rambut dan tak nak rambut botak, gunakanlah aksesori yang selamat terutama sekali buat para hijabis!
Pilih aksesori dengan betul
Penggunaan aksesori yang betul dapat mengelakkan rambut dari rosak. Terutama sekali buat kita para hijabis yang memakai tudung lebih 8 jam sehari. Malah, anda dinasihatkan untuk mengetahui jenis rambut anda untuk mengelak daripada rosak. Sentiasalah rawat rambut rosak dan memakai produk yang betul.
1. Gunakan cekak rambut kain
Buat para hijabi, ketika anda berada di rumah gunakan seeloknya cekak rambut kain. Ambil cekak rambut yang diperbuat daripada material microfiber. Malah cekak jenis ini bukan sahaja selesa untuk dipakai setiap hari tetapi ianya lembut dan tidak merosakkan rambut.
2. Ikat rambut menggunakan Scrunchie
Ramai yang kini menggunakan scrunchie untuk mengikat rambut kerana nampak comel dan bergaya. Rupanya, scrunchie dapat mengelak daripada rambut gugur. Scrunchie yang terbaik adalah scrunchie yang diperbuat daripada sutera. Ianya sangat lembut dan tidak akan menyebabkan rambut gugur tetapi harganya agak mahal. Anda boleh menggunakan scrunchie yang diperbuat dari kapas juga.
3. Elak memakai aksesori terlampau lama pada rambut anda.
Pakai hijab sahaja sudah lama jadi anda juga tidak digalakkan memakai terlampau lama. Walau bagaimanapun, pengunaan yang terlalu kerap dan lama boleh menyebabkan rambut rosak dan putus. Selain itu, ia boleh menyebabkan rambut anda berisiko bergumpal dan menjadi kusut. Pastikan apabila anda memakai hijab, anda tak perlu untuk memakai aksesori pada rambut. Cukup sekadar memakai getah rambut untuk membantu mengikat rambut anda.
Artikel Berkaitan: Aksesori Genius Ini Jadikan Pelitup Muka Anda Lebih Selesa DiPakai Bersama Hijab
Elakkan juga untuk membuka perhiasan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan rambut.
4. Pilih pin dan klip rambut dengan betul
Pastikan anda memilih klip rambut yang betul dan tidak merisikokan rambut untuk rosak. Klip rambut besi sangat tidak digalakkan kerana ia akan merosakkan rambut anda. Pastikan anda tidak memakai klip rambut yang tajam, jadi tukarkan kepada klip yang diperbuat daripada getah atau kain.
Artikel Berkaitan: Tabiat Membasuh Rambut Setiap Hari! Kulit Kepala Belum Sempat Bernafas Dah….
Pastikan juga anda tidak tidur dengan klip rambut. Ini untuk mengelakkan rambut daripada rosak, tercucuk atau melukakan kulit kepala anda.
Akhir kata, pastikan anda menjaga rambut dengan baik supaya rambut kekal sihat dan tidak mudah rosak. Jika anda mempunyai masalah atau keraguan tentang kulit kepala dan rambut gugur yang teruk boleh berjumpa dengan pakar supaya anda mengetahui masalah rambut anda. Pakai hijab bukan penghalang untuk kita menjaga rambut ya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI