Jerawat antara masalah kulit yang seringkali membelenggu kita sehingga menghilangkan rasa keyakinan dalam diri. Apatah lagi jika jerawat itu bersifat jerawat batu ataupun jerawat besar, ia bukan sahaja sakit malah menjadikan kita malu untuk berhadapan di khayalak ramai.
Ramai orang sanggup berhabisan duit untuk membeli produk demi kecantikan diri. Pun begitu, tidak semua masalah jerawat boleh diatasi dengan produk yang berharga mahal. Hakikatnya, hanya dengan menggunakan produk semula jadi juga boleh menghilangkan masalah jerawat kamu! Jadi apa kata kamu pergi ke bahagian dapur dan mula amalkan rip dari team hijabista ini untuk mendapatkan kulit yang menawan!
Serbuk kunyit mampu bertindak untuk menghilang jerawat dan juga kesan jerawat. Caranya mudah saja, titiskan sedikit air ke serbuk kunyit dan sapu rata pada kulit wajah. Tinggalkan selama 5-10 minit. Selepas itu bilas dengan air suam sehingga bersih. Amalkan cara ini sehingga kulit wajah menjadi bersih dan licin.
Untuk jerawat batu ataupun jerawat yang degil, teknik ini amat berkesan untuk menghilangkan jerawat itu. Caranya, perah lemon pada kapas putih dan sapukan pada jerawat yang besar itu. Tinggalkan selama 20 minit. Bilas dengan air sejuk sehingga bersih.
Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.
Ais bukan sahaja membantu untuk mengurangkan masalah jerawat, malah ia juga dapat menegangkan kulit untuk kelihatan muda. Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.
Blend daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.