Sebagai umat islam, kebersihan ada sesuatu yang sangat penting. Islam sentiasa mengajar kita untuk menjaga kebersihan. Anda semua tahu tak ada doa yang boleh diamalkan ketika mahu memberus gigi?
Kebersihan merupakan asas kepada kesihatan. Jika anda sentiasa dalam keadaan bersih, kesihatan anda akan terjamin. Perlu diketahui bahawa membersihkan badan seperti mandi, bercukur, menggunting kuku, dan bercukur adalah amalan sunat Islam. Amalan-amalan ini ada hikmahnya kerana ia dapat menjaga kesihatan, mengelak daripada dijangkiti pelbagai penyakit, dan yang paling penting mengamalkan Sunnah Rasulllah SAW.
Allah SWT juga menyukai orang yang mensucikan diri. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.”
(Al-Baqarah ayat 222)
Artikel berkaitan: Doa Tidak Dimakbulkan Sebab Diri Sendiri. Di Mana Silapnya?
Bukan sahaja penjagaan badan, penjagaan mulut juga penting ya. Dua amalan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan mulut ialah berkumur kumur dan bersugi. Bersugi adalah kata nama lain bagi memberus gigi. Bersugi adalah perbuatan membersihkan gigi dan mulut menggunakan sesuatu yang kesat.
Meninjau perkongsian theinspirasi, terdapat waktu yang disunatkan bersugi iaitu:
Terdapat banyak kebaikan ataupun hikmah bersugi, di antaranya adalah:
Anda perlu mempraktikkan cara menggosok gigi yang betul, ini adalah garis panduan yang disarankan oleh Persatuan Pergigian Amerika (ADA);
1. Condongkan berus gigi pada sudut 45 darjah ke gusi.
2. Gerakkan berus gigi ke hadapan dan ke belakang dalam gerakan perlahan.
3. Berus gigi luar dan dalam dan beri perhatian lebih kepada geraham yang digunakan untuk mengunyah. Adalah sangat penting untuk membersihkan permukaan dalaman gigi supaya tiada sisa makanan.
4. Condongkan berus gigi secara menegak dan gerakkannya ke atas dan ke bawah semasa memberus bahagian hadapan gigi.
5. Pastikan semasa memberus anda memberus lidah dan membersihkan garis gusi.
Berikut adalah doa berus gigi yang boleh anda amalkan ketika memberus atau menggosok gigi.
Allāhumma bayyidh bih asnānī, wa syudda bihī litsātî, wa tsabbit bih lahātī, wa bārik lī fīhi, yā arhamar rāhimīn.
Maksudnya: “Ya Allah, putihkanlah gigiku, kuatkan gusiku, kuatkan rongga tekakku (faring) dengan pembersih gigi (siwak/menyikat gigi). Berkatilah aku melaluinya, wahai Dzat Yang Maha Pengasih.” Doa ini dinukilkan oleh Syeikh Ibrahim Al-Baijuri, Hasyiyatul Bajuri, (Beirut, Darul Kutub Al-Ilmiyyah: 1999 M/1420 H), juz I, halaman 84.
Dengan mengamalkan sunnah Nabi iaitu memberus gigi, bukan sahaja pahala, malah kebersihan dan kesihatan anda juga lebih terjaga. Oleh itu, pastikan anda memberus gigi setiap hari ya. Nanti kalau nafas berbau busuk kan malu!
Artikel berkaitan: Doa Memohon Kesucian Jiwa, Jom Amalkan Setiap Kali Mengangkat Tangan Berdoa Kepada Allah
Sumber: Liputan 6
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.