Kulit kita mempunyai beberapa jenis seperti normal, kombinasi dan juga berminyak. Dan kulit berminyak ini sangat cenderung terhasilnya jerawat. Oleh sebab itu apabila sebum atau kilang minyak ini mengeluarkan minyak pada kadar yang tidak terkawal, debu atau kekotoran senang nak melekat pada kulit muka.
Dan bila sudah melekat bakteria pun akan mudah membiak dan akan menyebabkan liang pori mudah tersumbat. Bila tersumbat maka jerawat pun dengan mudah akan terhasil. Jadi disebabkan itu minyak pada kulit kita hendaklah dikeluarkan dalam keadaan terkawal.
Perkongsian dari pengguna laman sosial di Instagram @raidatulzahraahijab memberi tip jus campuran dari timun dan aloevera untuk mereka yang ada kulit muka berminyak untuk menyelesaikan masalah ini.
Aloevera sangat membantu menjaga kulit kulit u’olls dari terhidrasi tanpa menyekat liang-liang pori.
Zink yang terdapat dalam aloevera jugak membantu mengecilkan liang-liang pori u’olls supaya mengurangkan pengeluaran sebum (kilang minyak).
Digabungkan dengan jus timun sebab kulit berminyak sangat cendurung kepada jerawat. Maka jus timun ni akan bantu melindungi kulit dari timbul jerawat dan mengurangkan keradangan bila jerawat terhasil.
View this post on Instagram
4 sudu besar gel aloe vera (mengurangkan sebum)
2 sudu besar jus timun (yang sudah diblender dan ambil airnya sahaja)
1️. Campurkan jus timun dan gel aloe vera dan kacau sebati.
2️. Sapukan kepada seluruh kulit muka u’olls dan biarkan selama 30 minit.
3️. Kemudian bilas dengan air suam sehingga bersih dan ulang setiap hari sekali dalam masa seminggu untuk nampak kesan yang optimum.
Kalau jus timun dan aloevera membantu, WDTA jugak sangat membantu untuk mengatasi masalah kulit berminyak dengan hanya melalui sapuan pada 3 point nadi sahaja. Dah beribu feedback kami terima dari pengguna, bangun pagi mesti rasa segar sebab dah tak berminyak lagi. Alhamdulillah. Ape pun jangan lupa tag kawan kawan dan mencuba tips ni tau. Semoga bermanfaat u’olls
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI