Kecantikan

Rupanya Banyak Perbezaan ‘Toner’ & ‘Face Mist’! Ketahui Fakta Menarik Yang Wajib Kamu Baca!

Share

Apa bezanya produk ‘toner’ dan ‘face mist’? Ha! Pasti ramai yang masih keliru dengan kedua-dua produk kulit wajah ini! Terutamanya kepada mereka yang baru sahaja ingin mencuba memakai produk kecantikan wajah, soalan sebegini pastinya akan timbul dalam fikiran kamu!

Sumber gambar: Good Housekeeping

Sebenarnya, banyak perbezaan diantara produk ‘toner’ dan juga ‘face mist’ ini. Biarpun ada diantara kita yang melihat fungsinya sama, tetapi hakikatnya, tidak! Tetapi, kedua-dua produk ini harus ada dalam rejim kecantikan wajah untuk memastikan wajah sentiasa bersih, cantik & berseri seperti selebriti yang kamu cintai!

Apakah Fungsi ‘Toner’ & ‘Face Mist’?

Perbandingan yang paling mudah untuk difahami adalah produk ‘toner’ merupakan produk kebersihan kulit wayjah yang berfungsi untuk menyingkirkan minyak berlebihan dan kotoran di muka. ‘Toner’ digunakan untuk menyeimbangkan pH kulit setelah menggunakan pencuci muka dengan sabun yang mengandung alkalin. Manakala Facial Mist adalah sejenis cecair yang 

berfungsi untuk menyegar, menghidrat, menjadikan kulit awet muda, dan melembab kulit kita. Face Mist mengandungi mineral tertentu dan pastinya mempunyai fungsinya yang tersendiri. Selain itu, penggunaan ‘face mist’ dapat digunakan sebelum menggunakan makeup atau sesudahnya untuk menghindari rasa kering pada wajah.

Antara perbezaan lain diantara ‘toner’ & ‘face mist’

‘TONER’

1. Toner digunakan sebagai langkah kedua dalam rutin penjagaan kulit, iaitu selepas mencuci muka. 

2. Ia di formulasi khas untuk mengimbangi semula paras pH kulit selepas mencuci muka dan membersihkan sisa sisa kotoran atau solekan yang mungkin tertinggal pada kulit muka.

3. Toner perlu digunakan bersama-sama pad kapas dan di sapu secara lembut ke seluruh muka. 

4. Kelebihan toner ialah ia menambah lapisan perlindungan kulit. Toner boleh membantu menghaluskan liang pori dan mengetatkan jurang sel selepas mencuci muka, sekali gus mengurangkan penembusan kotoran dan pencemaran alam sekitar ke dalam kulit apabila anda keluar rumah. Bahan di dalam toner juga boleh melindungi kulit dari klorin dan mineral yang terdapat di dalam air paip.

4. Pemilihan toner adalah mengikut jenis kulit. Bagi individu yang mempunyai kulit jenis berminyak lebih memerlukan toner berbanding kulit normal kerana liang pori mereka yang berkulit berminyak lebih ketara. 

5. Formulasi fungsi toner juga berbeza mengikut keperluan. Ada yang untuk mengawal minyak dan jerawat, ada yang untuk menambah lembapan dan ada juga untuk anti-penuaaan. Seeloknya pilih yang tiada Alkohol kerana ia akan menambahkan iritasi dan sensitiviti kulit. 

Sumber gambar: Prevention

Contoh pilihan ‘toner’ yang terbaik:

• EUCERIN Dermato CLEAN Balancing Facial Toner. 

• NIVEA Refreshing Toner 

• NARUKO Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner : kulit berminyak dan acne. 

  • SIMPLE Soothing Facial Toner : sesuai untuk kulit sensitive.

FACE MIST 

1. Berbeza dengan toner, fungsi face mist pula lebih kepada membantu menjaga kulit anda supaya lembap sepanjang hari. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk kulit kering. 

2. Ia boleh digunakan sendiri dan cara menggunakannya ialah disembur pada kulit beberapa kali sehari untuk memastikan kulit wajah lembap dan sentiasa segar. 

3. Kelebihan face mist bukan saja boleh digunakan selepas mencuci muka dan sebelum memakai pelembap. Malah ia juga boleh digunakan selepas memakai mekap supaya mekap tahan lebih lama dan nampak lebih ‘glowing’. 

4. Pemilihan face mist juga seeloknya mengikut jenis dan keperluan kulit, serta tiada kandungan alkohol. Baca pada label produk untuk mengetahui fungsi face mist supaya dapat disesuaikan dengan keperluan kulit. 

Sumber gambar: What To Pack

Contoh pilihan ‘face mist’ yang terbaik:

• AVENE Thermal Spring Water – menyegarkan. 

• BIO ESSENCE Miracle Bio Water – menyegarkan dan set mekap. 

• THE FACE SHOP Aloe Fresh Soothing Mist – kulit sensitive

• NATIO Refreshing Face Mist – ekstra lembapan. 

Published by
Putra