Tidak semua produk yang dijual di pasaran itu memberi kesan yang baik kepada kita. Kadang-kala, bahan semula jadi memberi kesna yang lebih baik daripada produk yang mengandungi banyak bahan kimia.
Garam bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan, malah ia juga boleh digunakan dalam aspek kesihatan dan kecantikan. Tak percaya? Jom baca!
1.Meredakan radang tekak
Kumur dengan air garam boleh menyembuhkan radang tekak secara semulajadi. Selain itu, kumur dengan air garam hanya bisa mengatasi gejala radang ringan seperti rasa gatal di tekak.Tetapi, jika tekak anda dalam situasi yang krinok, anda haruslah mengambil ubat-batan yang disyorkan oleh doktor.
2. Merawat masalah sinus dan pernafasan
Mengumur dengan air garam membantu mengurangkan jangkitan pada saluran pernafasan dan dapat merawat masalah sinus. jangkitan boleh disebabkan oleh selsema. Apabila kumur dengan air garam, ia dapat mengurangkan masalah di atas.
3. Mengurankan masalah ‘ulcer’
Menyakitkan tapi berkesan! ‘Ulcer’ yang berlaku disebabkan luka yang tumbuh dalam bahagian mulut seperti lidah, gusi dan lelangit. Apabila kita rajin berkumur dengan air garam, ia boleh menghilangkan rasa sakit dan luka ‘ulcer’.
4. Menjaga kesihatan gigi dan gusi
Berkumur dengan air garam dapat mengeluarkan bakteri yang ada di celah-celah gusi atau gigi. Manfaat berkumur dengan air garam ternyata bisa mencegah radang gusi, menghilangkan masalah plak dan gigi berlubang dan ia mampu menurunkan jumlah bakteria yang berbahaya di dalam air liur.
5. Mengurangkan masalah elergi
Alergi yang datang daripada haiwan mahupun makanan menjadikan tubuh badan kurang rasa selesa. Untuk menghilangkan rasa tidak selesa itu, anda boleh berkumur dengan air garam yang mampu untuk meringakan maslaah elergi tersebut.