Kecantikan

Rupanya 5 Minit Pun Boleh Bersiap Nak Ke Pejabat Di Waktu Pagi! Amalkan Tip Mudah Ini!

Share

Dilema semua para wanita ketika waktu pagi sebelum ke tempat kerja! Pasti akan kelam-keabut untuk bersiap sampaikan kadang-kala terlupa untuk memakai lipstik ataupun mungkin juga tidak sempat untuk menyembur semburan wangian pada tubuh badan!

Sumber gambar: Liza

Berapa lama masa yang anda ambil untuk bersiap setiap pagi? Satu jam? Dua jam? Tahukah anda yang anda hanya memerlukan 5 minit untuk bersiap dengan cantik? Ikut cara kami di bawah dan anda boleh tidur lebih sedikit kerana masa anda bersiap di waktu pagi telah berjaya dikurangkan!

Sumber gambar: Rodnae.prod
  1. Pilih tiga sahaja alat solekan yang penting. Sekiranya anda mempunyai kulit yang berpigmen, mungkin anda boleh pilih concealer, pemerah pipi dan gincu. Sekiranya anda mahu menonjolkan mata anda, pilih maskara, pembayang mata dan gincu.
  2. Jadi multitasking. Sekiranya anda sedang mengenakan solekan, mungkin anda boleh memasang kipas dan halakan ke rambut anda untuk mengeringkannya. Mungkin anda boleh memilih rona gincu yang sesuai ketika mengenakan pakaian.
Sumber gambar: Alleksana

3. Sekiranya tidak mahu mengenakan solekan langsung, pastikan anda mencuci dan mengurutkan muka anda dengan jus lemon atau papaya yang disediakan di malam hari kerana ia dikatakan bagus untuk mengelakkan wajah anda tampak tidak bermaya. Anda sudah jimat masa kerana tidak perlu bersolek.

4. Sekiranya anda tidak sempat untuk mendandan rambut sebelum tidur, ikatkan skarf di kepala atau sanggulkan ketat rambut anda dan semburkan hair spray. Buka sanggul setelah tiba di pejabat dan rambut anda akan tampak lebih tebal dan beralun. Senangkan?

Sumber gambar: Kaboompics

5. Bawa siap-siap wangian ataupun losyen di dalam beg untuk anda sembur atau sapupakn setibanya sampai di pejabat.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra