Sembang bukan sahaja dapat menghilang rasa tekanan dan kebosanan malah dapat meluangkan masa yang kesunyian. Namun pelbagai topik yang disembangkan boleh jadi memberi manfaat pada kita Samada berkongsi pendapat mahupun memberi nasihat.
Namun ada juga 3 golongan kaki sembong ini yang dibenci Rasulullah SAW.
1. Thartharun: Golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.
2. Mutasyaddiqun: Golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.
3. Mutafayhiqun: Golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].
Jadi manfaatkan setiap perbualan yang disembangkan agar kita tidak tergolong dalam 3 golongan yang dibenci Rasulullah SAW.
SUMBER: Dr. Kamilin Jamilin