Kecantikan

Rupannya Jeli Petroleum Bukan Je Lembapkan Bibir, Tapi Macam-Macam Tip Cantik Untuk Tampil Lebih Vass

Share

Daripada perihal rambut sehinggalah ke alat solek, senantiasa pasti akan ada jalan pintas untuk lebih tampil lebih cantik daripada sedia kala. Hijabista senaraikan trik kecemasan untuk mendapatkan roman rupa idaman dalam masa beberapa minit sahaja setiap hari menerusi kolum DIY Cantik kali ini.

Ikhtiar itu adalah lebih baik daripada mempertontonkan sikap “tidak-apa”, bukankah begitu?

1) Gunakan serbuk soda yang digosok pada gigi untuk pemutihan gigi.

Anda sudah jemu dengan kit pemutih gigi yang kurang terkesan? Apa kata campurkan satu sudu besar serbuk soda dengan tiga titik hidrogen peroksida. Jadikan ia sebagai ubat gigi untuk memudarkan kesan kekuning-kuningan pada barisan gigi anda. Apa salahnya mencuba, manalah tahu ia benar-benar menjadi buat anda.

2) Mayones melindungi mahkota rambutmu

Pelakon terkenal, Blake Lively ada mendedahkan dalam satu temu bual, bahawa si dia mengaplikasikan mayones sedari akar rambut sebelum mandi. Tujuannya supaya sabun tidak menyingkirkan kelembapan rambut yang merupakan penyebab kekeringan dan rambut tampak tidak bermaya. Hanya perlu pastikan bahawa anda membilas dengan cara yang betul.

3) Madu sebagai pupur muka

Madu mentah punya ciri-ciri antibakteria dan cukup efektif untuk menyurutkan butir jerawat. Luncurkan madu pada keseluruhan kulit wajah, dan biarkan ia selama 10 minit sebelum membilas bersama air suam. Sesetengah orang melaporkan bahawa madu mentah penyebab kesan toksin bertindak balas dan wajah semakin bermasalah. Cuma untuk kesan jangka masa yang panjang, ia merupakan satu penyelesaian yang baik.

4. Lesapkan bulu roma kaki dengan perapi rambut

Lupakan nawaitumu untuk berbelanja lebih demi membeli gel atau cecair untuk menghilangkan bulu roma secara berasingan. Guna sahaja perapi rambut yang tersedia di kamar mandi. Kesan aplikasi perambut rambu tersebut bakal membuat bulu roma anda bertukar menjadi lebih lembut dan lantas, ia akan lebih mudah untuk dihapuskan menggunakan pencukur atau ‘razor-blade’.

5) Menggunakan minyak bunga primrose untuk menyembuhkan kesan luka

Picit dari kapsul dan aplikasi pada bahagian yang berkenaan. Ia mempunyai ciri-ciri anti-radang untuk menyurutkan kesan kemerah-merahan. Sebelum melelapkan mata, apa kata aplikasikan bahan ini dan biarkan ia semalaman untuk kesan penyembuhan luka dengan lebih pantas.

6. Guna jeli petroleum untuk kesan cantik maksima

Jeli petroleum mempunyai penggunaan yang tiada hadnya. Oleskan ke seluruh kaki dan sarungkan stoking sebelum tidur, untuk kulit kaki yang anti-rekahan. Jika anda mewarnakan rambut sendiri pula, jeli petroleum boleh diaplikasikan pada garisan anak rambut untuk mengelakkan pewarna terkena pada kulit muka. Ia juga boleh digunakan untuk merapikan kening yang tumbuh meliar; rapikan sahaja tanpa memantisnya.

7) Oren untuk pengelupasan

Asid dan Vitamin C yang terkandung dalam buah oren dikatakan berupaya untuk mengelupaskan sel-sel kulit mati dengan menyentalnya pada bahagian kaki dan siku. Pasti akan terzahir daya efektifnya…katakan tidak pada siku nan hitam dan kaki yang berkarah atau berdaki.

Ekstra Info:

“Saya menggunakan serbuk soda yang dicampuri air lalu ditempek pada wajah untuk menyingkirkan bintik-bintik hitam yang menodai wajah. Biarkannya sehingga ia kering menyerap dan bersihkannya lalu aplikasikan pelembap.”—Amber Angelle, Editor Penyelidik

 

Published by
Siti Zurina