Isi Kandungan
ToggleMasalah lingkaran gelap pada bahagian bawah mata yang juga dipanggil sebagai mata ‘panda’ ini merupakan satu masalah yang sering terjadi kepada wanita yang sering tidur lewat dan tidak mendapat tidur yang cukup. Selain itu, pemakanan yang diambil juga boleh menyebabkan kemunculan lingkaran gelap pada bawah mata.
Anda tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jalan paling mudah adalah dengan menggunakan bahan-bahan alami. Antara bahan alami yang boleh digunakan adalah kunyit kerana kunyit mengandungi antioksidan, anti-penuaan dan anti-inflamasi.
Selain itu, kunyit juga kaya dengan serat, kalsium, vitamin dan mineral. Perlu anda tahu bahawa kunyit tidak memiliki toksin dan tidak memberi sebarang kesan sampingan. Malah, ia juga berguna untuk menjaga kelembapan kulit dan menghilangkan mata panda anda itu.
Jom kita cuba buat masker kunyit ini!
Bahan-bahan:
- Kunyit
- Tepung
- Jus lemon
- Jus tomato
Cara-cara:
- Ambil sedikit kunyit yang telah ditumbuk hingga halus.
- Campurkan dengan setengah sudu teh jus lemon.
- Kemudian, tambah sedikit tepung dan satu sudu teh jus tomato.
- Sapukan pada lingkaran gelap pada sekitar mata anda.
- Biarkan selama 10 minit dan bilas hingga bersih.
Gunakan masker ini sehingga lingkaran gelap pada bawah mata semakin pudar. Kini, ucapkan selamat tinggal pada mata panda anda. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sangka 3 Tahun Bergelar Influencer Kini, Pendapatan Cecah Belasan Ribu.
Isi Kandungan
ToggleBergelar instafamous atau ‘influencer’ menjadi impian hijabi masa kini. Bukan sahaja terdedah dengan dunia glamor, tetapi juga menjanjikan pendapatan lumayan.
Hal ini turut diakui oleh influencer menggunakan nama Faralisa atau nama penuhnya Farah Anisah. Berusia 20 tahun Farah yang mempunyai follower berjumlah 236,000 di laman Instagram. Malah siapa sangka dalam usia masih muda itu, dia mampu menjana pendapatan hingga mencecah belasan ribu ringgit dengan menjadi influencer serta model bagi produk busana dan tudung. Bukan itu sahaja, Faralisa juga turut dilantik menjadi duta untuk produk penjagaan wajah.
Hijabista berkesempatan mengundangnya ke studio untuk berkongsi pengalaman bergelar personaliti media sosial sejak tiga tahun lalu.
Buat Paid Review Sejak Sekolah Menengah
Gadis manis yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini berkata dia memulakan kerjaya dalam bidang ini ketika masih bersekolah menengah lagi.
“Saya terbabit dalam bidang ini ketika usia masih belasan tahun, itu pun sekadar suka-suka dan tidak sangka dari sehari ke sehari ada peningkatan dari segi follower. Awalnya hanya lebih 100 orang kini lebih 200,000 pengikut. Produk pertama yang saya review adalah tudung. Selepas bergelar influencer, saya mula mendapat tawaran untuk menjadi model pula.
“Memang pada masa ini, influencer yang ramai pengikut menjadi pilihan pengasas produk untuk membuat review produk. Jadi, daripada situ bermula segalanya.
Merah naw bibir mak chuolls ! Thank you @whitelens.official . ❤️
A post shared by فاررا اليسا (@faralisamzmn) on
“Keseronokan bergelumang dalam bidang tersebut bagaimana pun banyak membantu saya terutama mendisiplinkan diri, berdikari, menepati masa, menjaga mood dan banyak yang saya belajar dalam bidang ini.
“Soal kata-kata orang kononnya influencer ini mengejar glamor semata-mata adalah salah. Sebenarnya influencer boleh jadi tidak ada bakat tapi memiliki follower yang ramai jadi secara tidak langsung mereka ini bermula dari bawah. Belajar sedikit demi sedikit, lama-kelamaan bakat itu datang secara automatik.” ungkap Farah yang tidak menolak pernah dikecam netizen.
Tak Ambil Pusing Pasal Kecaman
Namun dia tidak mengambil pusing hal tersebut. Tambah Farah lagi, dia mengambil pendekatan menutup laman instagramnya jika berlaku sebarang kecaman kerana tidak mahu ia terus berlarutan.
“Memang kecaman akan diterima oleh mereka yang mempunyai ramai pengikut. Pasti ada sahaja yang tidak kena, sebagai contohnya kapsyen yang diletakkan itu boleh saja disalah tafsir oleh netizen terutama yang suka berfikiran negatif. Jadi saya memilih untuk deactivate Instagram lebih kurang seminggu untuk bagi keadaan reda kembali.
“Tidak timbul soal hilang follower kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan kita berusaha. Walaupun pendapatan saya bergantung sepenuhnya kepada kerjaya model dan duta selain paid review’.
A post shared by فاررا اليسا (@faralisamzmn) on
“Memang agak terseksa sebenarnya namun demi memastikan persekitaran saya jauh dari perkara negatif, saya reda. Biasanya follower akan bertanyakan hal saya di laman instagram kakak atau kawan baik saya. Memang boleh jadi ‘sesak’ instagram mereka ketika itu,” ujar gadis manis yang sudah mempunyai teman hidup ini.
Jujur mengakui ahli keluarganya tidak membenarkan dia terjebak di dalam bidang ini kerana mahukan dia menyambung pengajian, namun hati dan jiwanya sudah ke arah bidang ini membuatkan dia nekad untuk meneruskan.
“Kalau diikutkan famili memang tidak izinkan, tetapi saya sudah terjebak dan nak tak nak saya terpaksa teruskan. Sementelah minat saya memang ke arah bidang ini. Justeru, saya kena buktikan kepada keluarga bahawa bidang ini juga boleh menjamin masa depan.
“Akhirnya apabila keluarga nampak apa yang saya lakukan ini ada manfaatnya dari segi memberi pendapatan, jadi mereka mulai faham dan menyokong,” ujar Farah lebih suka mengikut cara sendiri dibandingkan memilih cara yang ‘gila’ untuk sesuatu paid review.
Belum Pernah Bercuti Dengan Rakan-Rakan
Memilih Santorinis sebagai tempat impiannya untuk bercuti, cerita Farah pengalaman ke Jepun atas urusan kerja adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Namun begitu akui Farah setakat ini dia belum pernah bercuti sendiri atau melancong bersama kawan-kawan. Sebaliknya lebih banyak travel untuk urusan kerja.
Datin ni cakap muka iolls macam yemma maembong , haha betul ke ? ??
A post shared by فاررا اليسا (@faralisamzmn) on
A post shared by فاررا اليسا (@faralisamzmn) on
Dalam pada itu biarpun tampak lemah lembut dan sopan, Farah seorang yang ‘sempoi’ dan sukakan imej rockers.
“Saya bukan jenis yang ‘ayu’ atau suka gaya yang ‘keperempuanan’, sebaliknya lebih suka gaya yang funky dan rock. Soal pemakaian tudung pula sebenarnya saya ‘dipaksa’ ketika berumur 16 tahun. Ayah antara orang yang banyak memberikan galakan.
“Namun, apabila kita mula berhijab, secara automatik kita jadi segan dan malu untuk membukanya,”jelas Farah yang tidak mempunyai idola dalam berhijab, sebaliknya dia mahu menjadi diri sendiri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kembar’ Engku Aleesya, Chelsea Islan Kini Isteri Rob Clinton
Pelakon, Chelsea Islan yang wajahnya pernah tular di Malaysia dan Indonesia hingga dikatakan ‘kembar’ ekoran mempunyai raut wajah serupa dengan anak Primadona Malaysia, Engku Aleesya Engku Emran.
Semalam, jelitawan Indonesia itu telah selamat melangsungkan pernikahan dan bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Kardinal Rob Clinton.
Chelsea Tampak Anggun Dalam Gaun Kembang, Persis Puteri Raja!
Majlis pernikahan serta resepi perkahwinan Chelsea dan Clinton telah diadakan secara tertutup.
Bagaimanapun, gambar-gambar pasangan merpati dua sejoli itu tersebar sebaik sahaja melakukan upacara restu perkahwinan, di mana pasangan ini terus menuju ke kereta mewah ‘Rolls Royce’ berwarna hitam.
Menerusi gambar-gambar yang bertebaran di laman sosial, dapat dilihat Chelsea kelihatan anggun memakai gaun putih di hari pernikahanya, manakala suaminya Rob Clinton tampil segak dan kemas dalam tuxedo berona tanah.
Artikel berkaitan: Lupa Letak Air Masa Tanak Nasi, Engku Aleesya Malu-Malu Diusik Erra Fazira
Untuk rekod, hubungan Chelsea Islan dan Rob Clinton mula diketahui umum pada tahun 2019.
Ketika itu, mereka berdua sedang menikmati percutian bersama di Singapura. Mengenai hubungan mereka, mereka mula didedahkan pada tahun 2020. Mereka dilihat berswafoto bersama di Instagram.
Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan mereka di Gereja Katedral, Jakarta pada Oktober yang lalu.
Sumber: Instastory @darejow
Artikel berkaitan: “Ya Allah.. Kau Serikan Hidupku & Anakku Dengan Kehadiran Aleesya,”Noor Nabila Titip Doa Sempena Ulangtahun Ke 12 Engku Aleesya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setelah 20 Tahun Kenal Imamnya, Azrinaz Mazhar Hakim Selamat Bernikah & Pilih Persalinan Rona Putih Di Hari Bahagia
Alhamdulillah personaliti popular, Azrinaz Mazhar Hakim telah selamat melangsungkan pernikahannya dengan Imamnya, Fairos Khan Abdul Hamid yang dikenali sejak 20 tahun lalu. Pasangan ini selamat diijabkabulkan di kediaman Azrinaz sendiri berwaikan bapanya. Dalam majlis penuh sederhana itu, Azrinaz dan pasangannya memilih persalinan serba putih di hari bahagia mereka. Keduanya-duanya kelihatan berseri-seri dengan persalinan kurung moden dan baju Melayu Teluk Belanga.
Persalinan yang cukup simple tetapi kelihatan mewah berwarna putih melambangkan ikatan suci dua jiwa dalam melayari kehidupan berumah tangga. Busana ini adalah dari rekaan pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim.
A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on
Dalam statusnya di laman instagram, Azrinaz mengumumkan pernikahan mereka ini berlangsung pada 1 Mei lalu bersamaan 15 Syaaban 1439H yang jatuh pada hari Nifsu Syaaban.
Beliau menjelaskan juga perkahwinan kali ini bukanlah material yang dicari tetapi padanya cukup sekadar seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi dirinya kala susah dan senang. Malah sewaktu dirinya cerdas, sakit dan sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua.
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
Seterusnya Azrinaz turut mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana segala urusanya dipermudahkan kerana segala perancangan hanya memakan masa 2 bulan.
Walaupun telah mengenali suaminya 20 tahun lalu tetapi hubungan mereka rapat kembali setahun yang lalu. Azrinaz juga akur dengan jodoh yang tela ditentukan Tuhan kerana Dia lebih mengetahui.
Sebaik status dimuat turun, follower beliau turut mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini kekal hingga ke syurga.
zackyht4274 Tahniah..smoga bahagia till jannah…
kellyaqeenazman Tahniah..tahniah@azrinazmazharhakimsemoga berkekalan hingga ke jannah..slm dr org melaka..
sudarnee Tahniah semoga berbahagia dan kekal hingga ke jannah… Happy for you…
norlehaislam Alhamdulillah. Tahniah. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahnat Allah. Kekal bahagia hinggga ke jannah…
saridahredjuan You look so amazing n beautiful.. Congrats sis.. May GOD bless you n your husband always..
Hijabista ucapkan tahniah kepada kedua mempelai dan semoga hubungan yang baru dibina berkekalan ke akhirnya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIZALMAN & AZRINAZ MAZHAR HAKIM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI