Pernahkah kita terbayang bagaimana keadaan dan nasib kita nanti sewaktu melintasi titian sirat di akhirat kelak? Melintasi pohon berduri yang tidak terperi. Ya Allah, takutnya jika dibayangkan bagaimanakah kesudahannya nanti.
Inilah rupanya pohon Sa’adan yang digambarkan sebagai titian Sirat di dalam hadis
Ingatlah bahawa waktu yang sekejap mata di dunia ini akan menentukan tempatmu yang abadi di akhirat. “Kemudian didatangkan jambatan lalu dibentangkan di atas permukaan neraka Jahannam. Kami (para Sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana (bentuk) jambatan itu?”.
Akulah orang pertama yang melewatinya. Doa para rasul pada saat itu: “Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah”. Pada Sirat itu, terdapat pengait-pengait seperti duri pohon Sa’dan. Pernahkah kalian melihatnya?”
Para Sahabat menjawab, “Pernah, wahai Rasulullah. Maka ia seperti duri pohon Sa’dan,
tiada yang mengetahui ukuran besarnya kecuali Allah.
Maka ia mencangkok manusia sesuai dengan amalan mereka.” (HR. Bukhari)
Jalanan yang gelap dipenuhi besi-besi pengait dan kawat tajam berduri yang siap merobek siapa saja yang melewatinya.
Jalan yang licin lagi menggelincirkan.
Dibawahnya sudah menunggu neraka Jahannam dengan api yang menyala-nyala.
Hanya bisa dilewati oleh mereka yang memiliki cahaya keimanan & amal yg diredhai
Wahai diri,
Lebih baik kau diuji di dunia sebagai pembersih diri.
Lebih baik kau disakiti di dunia agar terangkat derajatmu.
Lebih baik kau penat di dunia agar bisa beristirahat kelak di akhirat.
.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ia Kurniaan Paling Berharga!” – Catriona Ross Syukur, Rezeki Titipan Allah
Isi Kandungan
ToggleSebut sahaja nama, Catriona Ross atau pemilik nama penuh, Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross, 43, pasti terkenangkan pelakon jelita yang gemar memuatnaik kandungan
video ‘slang’ Britainnya di media sosial miliknya.
Selain itu, aktres kelahiran pantai timur Kota Bharu, Kelantan ini juga gemar berkongsi mengenai perkembangan anak istimewanya, Jammal Al Raess Shaharuddin yang menghidapi autisme.
Tak Pernah Rasa Malu, Dikurniakan ‘Anak Istimewa’
Menurut Catriona, dia tidak berasa malu dan bersifat terbuka dengan kurniakan dari Yang Maha Esa itu dan jadikan ia sebagai sebuah hadiah dalam hidupnya. Bagi pelakon ini, golongan seperti anaknya mempunyai hak dan kehidupan seperti manusia normal.
Bagi pelakon yang pernah membintangi drama Bidadari Kiriman Tuhan, memiliki anak autisme bukan sebagai bebanan malah ia sebuah kurniaan yang paling berharga.
Artikel berkaitan: ‘Saya Percaya Kuasa Allah’- Catriona Ross Pernah Diramal Tak Boleh Hamil Lepas Terlibat Kemalangan Ngeri
Menurutnya, ibu bapa tidak perlu malu apabila memiliki anak-anak istimewa ini. Malah mereka harus diberikan peluang untuk mereka meneroka dunia dan merasai kebebasan hidup bersama yang mereka sayangi.
Jujurnya, masih ada golongan yang tabu untuk ketengahkan anak seperti ini. Sorok anak sampai jiran tidak tahu. Susah macam mana sekalipun, mereka layak mendapat kehidupan seperti kita.
Sosial Media Medium Terbaik, Cipta ‘Awareness’ Tentang Autisma
Menggunakan kuasa media sosial sebagai platform untuk menyebarkan kesedaran mengenai perkembangan anaknya, pelakon berdarah kacukan Scotland ini mahu menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme ini juga sama seperti yang lain.
Anak Autisme Perlu Sokongan Penuh Dari Keluarga & Ibu Bapa
Golongan ibu bapa harus memahami serta memberi sokongan kepada ibu bapa yang memiliki anak autisme.
Tambahnya lagi, dia seringkali meluangkan masa untuk membaca segala bahan bacaan mengenai autisme supaya dapat menambahkan info mengenai golongan istimewa ini. Malah, ia turut boleh berkongsi kepada ahli keluarga demi mendapatkan sistem sokongan. Ternyata, tidak semua memahami tentang perkara ini.
Sekadar info, Catriona mempunyai seorang anak lelaki yang menghidap autisme berusia 11 tahun, Jammal Al Raess Shaharuddin.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Sumber gambar: Instagram Catriona Ross
Artikel berkaitan: ‘Letakkan Di Pintu, Ketuk & Berlalu Pergi’- Catriona Ross Kongsi Cara Yang Sesuai Untuk Bersedekah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mati Itu Pasti Tapi Benarkah Mati Itu Mengejut
Pada hakikatnya, kematian merupakan satu ketentuan Allah SWT. Setiap manusia pasti akan akan mengalami kematian, sama ada dalam keadaan biasa, atau dalam keadaan mengejut.
Allah SWT berfirman:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Maksudnya: Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
(Surah al-Ankabut: 57)
Ibn Kathir berkata: Iaitu di mana sahaja kamu berada, nescaya kematian akan mendatangi kamu. Maka, hendaklah kamu berada dalam ketaatan kepada Allah.
Rujuk Tafsir al-Quran al-‘Azim(6/197)
Apabila seseorang sudah tiba ajalnya, maka tidak dapat lagi diundurkan atau dipercepatkan walaupun sesaat. Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
(Surah al-A’raf: 34)
Kematian mengejut merupakan di antara tanda-tanda hampirnya berlaku kiamat. Rasulullah SAW bersabda:
مِن اقْتِرَابِ السَّاعَةِ…. وَأَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الْفُجَاءَةِ
Maksudnya: “Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari Kiamat adalah…munculnya kematian mengejut.”
Riwayat al-Tabarani dalam
al-Mu’jam al-Saghir (1132)
Daripada Aisyah R.Anha, beliau berkata: Aku bertanya pada Rasulullah SAW berkenaan kematian mengejut. Lalu Baginda bersabda:
رَاحَةٌ لِلْمُؤْمِنِ ، وَأَخْذَةُ أَسَفٍ لِلْفَاجِرِ
Maksudnya: “(Mati mengejut) adalah suatu kesenangan bagi seorang mukmin dan penyesalan bagi orang derhaka.”
Riwayat Imam Ahmad (25556)
Disebut di dalam kitab Fath al-Bari bahawa sebahagian daripada ulama’ salaf tidak menyukai kematian yang datang secara mengejut. Hal ini kerana dikhuatiri ia tidak memberi kesempatan bagi seseorang untuk meninggalkan wasiat dan juga bagi mempersiapkan diri untuk bertaubat serta melakukan amal-amal soleh yang lain. Perkara ini dinukilkan oleh Imam Ahmad dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafi’i.
Imam al-Nawawi menukilkan bahawa beberapa orang daripada kalangan sahabat Nabi SAW dan juga orang-orang soleh meninggal secara mengejut. Imam al-Nawawi berkata, “Kematian mengejut itu disukai oleh para muqarrabin (mereka yang sentiasa menjaga amal kebaikan kerana merasa diawasi oleh Allah).”
Rujuk Fath al-Bari (3/245)
Al-Hafiz Ibnu Hajar kemudian berkata, “Dengan yang demikian, maka kedua pandangan di atas dapat disatukan.”
Lihat Fath al-Bari (3/255)
Disebut bahawa Luqmanul Hakim pernah memberikan nasihat peringatan kepada anaknya tentang kematian mengejut. Daripada Uthman bin Zaidah, beliau berkata:
قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ: يَا بُنَيَّ لَا تُؤَخِّرِ التَّوْبَةَ، فَإِنَّ الْمَوْتَ يَأْتِي بَغْتَةً…
Maksudnya: Luqmanul Hakim pernah menasihati anaknya dengan berkata: “Wahai anakku! Janganlah kamu menunda-nunda taubat, sesungguhnya kematian akan datang secara tiba-tiba…”
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (6802)
Akhir kalam, marilah kita sama-sama memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita kematian dalam Husnul Khatimah sebagaimana yang selalu didoakan oleh salafus soleh:
اللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوْءِ الْخَاتِمَةِ
Maksudnya: Ya Allah sudahilah bagi kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan ke atas kami dengan seburuk-buruk kesudahan.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Kagum Dengan Ilmu Agama Jihan Musa, Ajar Ungku Arsalan Mengaji Berserta Hukum Tajwid!
Pelawak, pelakon dan pengacara Jihan atau lebih popular dengan nama pentaz Jihan Muse merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara di Malaysia. Meskipun, sudah jarang dilihat menghiasi kaca televisyen Jihan kini terlihat bahagia dan lebih menghabiskan masa berkualiti bersama suami dan anak.
Terbaharu, suri hati kepada Ungku Hariz ini telah membuat netizen terkesima dan kagum dengan ilmu agama yang dimilikinya apabila Jihan mengajarkan anak sulungnya, Ungku Arsalan Haq mengaji lengkap berserta hukum Tajwid dan makhraj yang betul.
Ajar Anak Mengaji Berserta Hukum Tajwid Yang Betul!
@jihanmuse83 #jihanmuse #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #foryou #foryoupage #foryourpage #4u #4you #4upage #beranda #berandatiktok #berandafyp #berandafypシ #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp ♬ original sound – Jihan Muse
Perkara berkenaan dikongsikan Jihan menerusi muatnaik satu hantaran video di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini. Menerusi hantaran berkenaan, dapat dilihat Jihan yang sedang mengajarkan anak pertamanya belajar mengaji dan membetulkan kesalahan bacaan berserta hukum Tajwid dengan betul.
Malah, video berkenaan berjaya menjadi sorotan wargamaya dan rata-ratanya kagum dengan ilmu agama yang dimiliki ibu kepada dua cahayamata itu sehingga video berkenaan mencecah jumlah tontonan sebanyak 518 ribu dan menerima 25.7 ribu tanda suka.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat respon yang ditinggalkan warganet, kebanyakan netizen yang menonton video tersebut menzahirkan bertapa bertuahnya Ungku Hariz memiliki Jihan dan berjodoh dengan wanita yang mempunyai ilmu agama yang mantap. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan orang ramai pada hantaran berkenaan.
Artikel berkaitan: Netizen Suka Lihat Jihan Muse Berhijab, Katanya Cantik & Nampak Muda. Mahu Berubah ‘Slowly’ Bukan Drastik!
“My mom kata, jadi ibu perlu ada ilmu kena pandai didik anak-anak, kerana ibu adalah madrasah dalam rumahtangga. Anak-anak mungkin tak dengar cakap, tapi mereka akan mencontohi kedua ibu bapa.
“Untung kahwin isteri asal kampung, mengaji ni benda wajib kalau di kampung”
“Alhamdulillah tahniah! Siap hukum Tajwid. dari kecil dah diajar dengan bacaan yang betul sampai akhir hayat anak ingat,” ujar netizen.
Sekadar info, pemilik nama penuh Nuur Jihan binti Musa memulakan kerjayanya dalam industri tanah air apabila menyertai pertandingan raja lawak musim ketiga dan mendapat tempat kedua. Beliau juga merupakan wanita pertama yang menyertai pertandingan itu.
Selepas itu, Jihan terus menempa nama dalam bidang blakonan dan pengacaraan terutamanya dalam rancangan Gegar Vaganza yang digandingkan bersama Nabil Ahmad.
Sumber: Tik Tok Jihan Muse
Artikel berkaitan: Sudah Timang Cahaya Mata Kedua, Tahniah Buat Jihan Muse dan Suami
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI