Ramai di kalangan selebriti/personaliti berhijab yang kini semakin terbuka untuk mengambil anak popular. Hal ini adalah disebabkan beberapa faktor dan salah satunya kesukaran untuk hamil. Selain Fynn Jamal, terbaru adalah Abby Abadi yang mengambil seorang anak angkat lelaki.
Baru beberapa hari kehadiran anak ini sudah menambah cahaya kegembiraan buat mereka sekeluarga. Abby meletakkan nama bayi lelaki mereka Muhammad Daiyan Fayyadh. Muhammad membawa maksud Yang Terpuji, Dirahmati, Daiyan pula bermakna Hakim, Pelindung, Penjaga dan Fayyadh pula maksudnya Murah Hati.
Dalam status terbarunya di laman instagram, selebriti yang sudah berhijrah mencari redha Allah (merujuk penerangan di laman instagramnya), Abby turut dihujani dengan pertanyaan serta pertolongan untuk mendapatkan anak juga.
Namun menurut Abby dirinya bukan agen sebaliknya turut mencari seperti orang lain juga. Cuma kebetulan urusannya dipermudahkan dan menjadi rezeki apabila Allah menghantar terus kepadanya bayi ini.
Dalam pada itu, Abby turut memahami wankita yang mempunyai keinginan sama sepertinya. Namun masih belum dikurniakan rezeki, tidak mampu melahirkan, asyik mengalami keguguran, mempunyai pelbagai penyakit serta halangan lain.
Malah Abby turut menceritakan pengalamannya bersama suami, Jai yang mana sejak tigak tahun kebelakangan ini, dia sudah dua kali mengandung tetapi tidak sampai rezeki itu. Yang pertama disebabkan gugur ketika berada di Madinah dan kedua pada usia kandungan enam bulan. Bayi dikandung meninggal dalam perut dan kehilangan cukup dirasai walaupun sudah hampir setahun berlalu.
Walaupun diduga ujian dari Allah (untuk hamil), namun Abby tidak pernah putus asa dan sentiasa berharap. Namun belum ada rezekinya, apatah lagi menurutnya usia juga sudah menghampiri 40-an. Ditambah pula dengan penyakit darah tinggi dialami menyebabkan peluang untuk hamil lagi agak terbatas.
Dia tetap yakin cuma perlu jaga lebih pada kesihatannya, Dan dia sebenarnya bersyukur kerana rezeki menimang cahaya mata ‘baby’ Daiyan ini hadir dulu. Malah keinginan untuk mencari anak angkat ini adalah disebabkan setiap hari dimomokkan dengan cerita pembuangan bayi di sana sini hingga menimbulkan rasa sedih padanya.
Abby membayangkan betapa kesukaran orang lain untuk mendapatkan anak, tetapi ada insan yang sanggup membuang bayi tidak berdosa ini tanpa belas kasihan. Faktor itu jugalah menyebabkan dia menulis di laman instagramnya mencari bayi dua hari lepas dan bersyukur diberikan rezeki oleh Allah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ABBY ABADI