Perut yang buncit dan maju ke hadapan sememangnya membuatkan penampilan serta gaya pemakaian kita menjadi cacat dan terencat.
Malah, lebih buruk lagi apabila ketika melakukan aktiviti harian seperti turun naik tangga atau berjalan pun boleh membuatkan hijabi semput dan termengah-mengah dibuatnya!
Lebih memalukan apabila ada yang mula bertanya dan menegur adakah hijabi sedang hamil, dek kerana perut yang buncit dan hampir menyerupai wanita hamil.
Tiga Langkah Ini Bantu Kempiskan Perut, Hilangkan ‘Buncit’
Bagaimanapun, terdapat beberapa senaman kardio yang mampu membantu anda menghilangkan perut buncit. Tip ini telah dikongsikan oleh seorang jurulatih kecergasan menerusi laman Tik Tok miliknya menggunakan akaun pengguna @lalasweet017
Jelasnya lagi, senaman ini hanya perlu dilakukan secara konsisten selama lima minit setiap hari. Berikut Hijabista kongsikan semula langkah-langkahnya. Selamat mencuba!
Lakukan Senaman ‘Crunch’
Langkah pertama untuk anda mengempiskan bahagian perut adalah melakukan senaman yang di panggil sebagai ‘Crunch’. Hijabi perlu berdiri dalam keadaan membengkokkan sedikit kaki.
Artikel berkaitan: Ketahui Jenis Krim Mata Mengikut Usia, Solusi Masalah ‘Fine Line’, Garis Halus Dan Kedutan!
Kemudian, letakkan kedua-dua tapak tangan pada bahagian belakang kepala dan gerakkan badan ke hadapan dan ke belakang.
Untuk mendapatkan hasil senaman yang lebih optimum, Hijabista menyarankan agar anda mengulangi langkah sama sebanyak 15 kali.
Bangkit Tubi Separa
Siapa kata bila perut buncit dan besar tak boleh lakukan bangkit tubi? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sis! Cara untuk melakukanya mudah sahaja, anda hanya perlu duduk di atas permukaan rata. Ini bertujuan untuk memberi kestabilan kepada bahagian badan dan punggung.
Apabila kedudukan badan dan punggung sudah stabil. Hijabi perlu mengangkat kedua belah kaki kaki ke arah badan dalam keadaan berbaring secara 45 darjah.
Haa.. Sekarang dah tau kan macam mana nak hilangkan ‘tayar spare’ dekat bahagian perut tu? Malah, langkah yang diblkongsikan ini cukup mudah dan hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja sis! Ia juga sesuai untuk dilakukan di rumah je tau!
Artikel berkaitan: Lip Gloss Berwarna Hitam? Unik Sungguh Kalau Pakai Ini, Takut Ada Yang Pandang Tak Lepas
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI