Saat menjejakkan kaki ke dalam rumah, kita pasti dambakan bau haruman yang segar bagi memberikan ketenangan setelah seharian penat bekerja bukan. Barulah tenang saja rasanya.
Sebenarnya, tak susah dan mahal pun bagi mengekalkan kewangian di dalam rumah. Ada cara yang sangat senang dan mudah! Ikuti saja perkongsian daripada gadis ini di twitter. Harum semerbak jadinya rumah kita.
Campur cuka dan pelembut pakaian je sis. Siap!
.
.
.
Ramai juga yang telah mencuba dan ternyata berhasil!
.
.
.
.
.
kredit: twiter @yatt_azml
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selamat Lahirkan Seorang Bayi Lelaki, Pengasas Bella Ammara Kongsi Kisah Detik Kelahiran Umar Khalif
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada pengasas Bella Ammara, Belle Al-Yahya yang telah selamat melahirkan anak keduanya pada 24 Mei 2018 bersamaan 9 Ramadan 1439H. Berita kelahiran ini dikongsi oleh Belle sendiri menerusi akaun Instagramnya semalam.
Belle turut berkongsi saat-saat terakhir sebelum dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Menurutnya, kelahiran kedua ini lebih awal daripada tarikh jangkaan sebenar tetapi Belle bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
Semuanya bermula pada jam 5.20 petang, ketika Belle sedang asyik berborak bersama suaminya, Carl dan anak pertamanya, Ammara, tiba-tiba air ketubannya pecah. Agak panik juga kerana tiada sebarang persediaan yang dilakukan.
Kemudian, Belle sekeluarga terus pergi ke hospital yang terletak di Kuala Lumpur. Dengan kesesakan lalu lintas, Belle tiba di hospital satu jam selepas itu. Dia bernasib baik kerana tiada contraction yang terjadi sepanjang perjalanan ke hospital.
Tiba di hospital, jururawat terus melakukan pemeriksaan terhadap kandungannya dan mendapati bayinya itu berada di dalam keadaan songsang. Lalu, dia terpaksa melakukan emergency ceaser demi keselamatan bayinya.
Belle kemudian masuk ke dalam bilik pembedahan pada jam 8.45 malam dan tepat jam 9.30 malam, Belle selamat dilahirkan dengan berat 2.6kg. Namun, bayi tersebut perlu dimonitor kerana dia merupakan bayi pramatang.
Bayi comel tersebut diberi nama Umar Khalif. Menerusi Instagram suaminya, mereka menamakan bayi lelaki ini Umar Khalid sempena nama sahabat Rasulullah Saidina Umar RA dan Khalif itu pula bermaksud pemimpin – Khalifah.
Belle juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya dan baby Umar. Alhamdulillah semuanya selamat dan dia cukup terharu dengan doa-doa anda semua. Selamat berpantang diucapkan kepada Belle. Semoga Umar Khalif membesar menjadi anak yang soleh.
Terdahulu, Belle telah berkahwin dengan Carl Samsudin dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nabilla Ammara.
Sumber: Instagram Belle Al-Yahya & Carl Samsudin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Nak Rasa Nak Rasa?’-Aksi Comel Tok Ti Ketika Masak Bikin Semua Cair. Gelak Pun Merdu!
Isi Kandungan
ToggleDato Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti ini memang menjadi pujaan hati seluruh rakyat Malaysia. Apa sahaja yang dilakukan olehnya pasti mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja menawan hati semua dengan nyanyiannya yang merdu, rupa-rupanya gelak tawanya boleh buat semua yang mendengar menjadi cair!
Baru-baru Tok Ti telah memuat naik di instagramnya sebuah video teaser vlognya. Apa yang mencuri tumpuan semua adalah aksi comelnya ketika sedang memasak di dapur sambil melayan anak tersayang iaitu Siti Aafiyah.
Nak Rasa? Nak Rasa?
Hati netizen di twitter juga turut berbunga apabila melihatnya!
kredit: instagram @ctdk, twitter @tales0fnuna
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Tips Khusus Untuk Hijabi ‘Mulakan Pagi’ Dengan Tenang, Penuh Bertenaga!
Isi Kandungan
ToggleBagi kita umat Islam, bangun pagi merupakan satu kewajipan memandangkan solat Subuh bermula seawal 5.40 pagi. Tetapi sekadar bangun awal tetapi tidak melakukan ruti yang sihat, ia sangat tidak membantu hari anda.
Tahukah anda ada beberapa tip mudah untuk memulakan pagi anda dengan baik? Jadi, untuk kembali cergas pagi ini, apa kata kita lihat apa aktiviti yang boleh mengembalikan kesegaran anda untuk riang di meja kerja.
7 Tips Ini Bantu Anda Hadapi Pagi Dengan Tenang!
1. Minum Lemon Suam
Perah sedikit lemon ke dalam air suam dan masukkan dua hiris lemon. Ia membantu penghadaman dan metabolisma anda.
2. Sarapan Berkhasiat
Nasi lemak atau roti canai merupakan sarapan ruji masyarakat Malaysia tetapi apa salahnya sekali sekala anda tukar selera. Makanlah buah-buahan atau roti bersama avokado dan telur rebus, tubuh badan anda pasti akan lebih bertenaga.
3. Teh Hijau
Teh hijau kaya dengan anti-oksidan dan ia juga mampu membuang toksin dalam badan. Minum secawan teh hijau pada waktu rehat pagi anda dan pastikan anda minum juga beberapa cawan lagi sepanjang hari.
4. ‘Infuse Water’
Rendamkan setengah timun dan setengah lemon yang dihiris ke dalam air. Minum sepanjang hari dan isi lagi dengan air sejuk jika sudah habis. Pastikan anda gunakan botol yang boleh digunakan semula ya.
Artikel berkaitan: Runsing Fikir Perut Buncit Bak ‘Tayar Spare?’, Dua Senaman Mudah Ini Bantu Selesaikan Masalah Hijabi!
5. Snek Sejuk Beku
Sejuk bekukan buah-buahan seperti ceri atau strawberi untuk snek yang sihat dan enak! Tetapi awas bukan kentang goreng atau nuget ayam.
6. Rancang Jadual Kerja
Pastikan anda memulakan pagi anda dengan merancang jadual kerja anda. Tidak kira anda bekerja atau suri rumah, perancangan yang baik boleh memberi anda kawalan dan mengurangkan stress kemudian.
7. Lakukan Aktiviti Positif
Tidak kira anda lakukan apa pun, pastikan ianya positif dan memberi anda ‘sense of peace’. Membaca Al-Quran biasanya sangat membantu, ataupun mendengar motivasi pagi di radio atau internet. Bersenam atau menari juga boleh membantu anda ‘de-stress’ diri.
Bukannya sukar untuk mendapatkan pagi yang segar dan baik. Anda hanya perlu konsisten dan juga banyakkan senyum. Ia satu sedekah yang paling mudah dan sangat rugi jika tak mencubanya. Insya-Allah.
Artikel berkaitan: Selain ‘Skincare’, 5 Senaman Ini Juga Bantu Hijabi Atasi Masalah Jerawat. Tak Perlu Keluarkan Kos!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI