Kediaman yang indah, bersih dan tersusun rapi memang menyejukkan mata. Maka sebab itulah urusan mengemas perlu dilakukan secara teratur. Bayangkan apabila pulang dari kerja, sampai sahaja di rumah, sejuk mata memandang dengan susun atur yang kemas di samping bau yang menyegarkan. Hilang segala lelah!
Urusan mengemas rumah bagi mereka yang bekerja selalunya dilakukan pada waktu hujung minggu. Berikut dikongsikan tip untuk mengemas kediaman dengan cara yang praktikal. Ianya mudah untuk dipraktikkan.
1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
2. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
HIJABISTA: Gaya minimalis adalah reka bentuk menampilkan ciri-ciri keseriusan dan ringkas dalam hiasan. Hiasan minimalis amat mementingkan pembahagian ruang yang sempurna.
Sumber kredit: Nik Zainah Muhammad Top image: Photo by Vecislavas Popa from Pexels