Rumah Berbau Wangi, Segar & Bersih Dengan Cara Mudah & Bajet, Barulah Seronok Duduk Rumah Lama-lama

Share

Dalam keadaan sekarang ini, rumahlah lokasi paling selamat. Jika tiada urusan-urusan yang penting maka lebih eloklah kita menghabiskan masa di rumah sahaja. Maka sebab itulah kita harus memastikan kediaman sentiasa bersih, kemas, selesa dan segar agar kita lebih bersemangat menjalankan urusan-urusan di rumah sepanjang hari.

Bagi mereka yang bekerja dari rumah (WFH) tentunya memerlukan suasana yang lebih tenang dan mendamaikan. Ia bagi memastikan urusan-urusan kerja dapat dijalankan dengan baik tanpa gagal.

Keadaan rumah yang selesa menjadi pemangkin kepada pekerja yang komited dengan tanggungawab. Bekerja di rumah bukan bermakna produktiviti akan terjejas atau berkurang. Faktor persekitaran yang selesa memainkan peranan untuk mereka yang bekerja dari rumah.

Berikut dikongsikan tip agar keadaan dalam rumah bukan sahaja kekal kemas dan teratur tetapi wangi dan segar.

TIP RUMAH KEKAL WANGI
Jom wangikan rumah…sis belek-belek baca diinternet dan jumpa 4 tip ini. So sis letak sini kita amalkan ramai-ramai. Good luck you all and good luck to me.

1. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air

Cara-cara: Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

2. KILATKAN LANTAI RUMAH
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

 

Cara-cara: Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3. WANGIKAN RUMAH
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka

 

 

Cara-cara: Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. SEGARKAN BILIK AIR

Bahan-bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Cara-cara: Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Kesimpulannya rumah yang bersih berbau wangi, segar dan bersih akan memberikan mood yang positif. Dengan cara ini kita akan lebih betah berada lebih lama di rumah.

Sumber kredit: nik zainah muhammad via deko dengan kedai eco

Published by
Norhasliza