Isi Kandungan
ToggleApabila duduk rumah lama sangat, teringat pula roti telur goyang di kopitiam. Tetapi ini semua bukan untuk melemahkan semangat, resepi mudah kalau anda rajin mencuba insyallah menjadi.
Tak perlu bahan yang beria untuk menyiapkan sesuatu menu. Jikalau anda rindu dengan roti telur goyang, ikuti perkongsian Puan Leeyann Yap.
Selamat pagi…🌞🌞
Mai, kita cuba sarapan yang special sikit. Tapi cara ni mudah je. Sedap tau…anak anak suka sangat..
Bahan:
- Telur
- Roti
- Kicap manis
- Lada Sulah
Langkah:
- Asingkan telur putih dan kuning
- Pukul telur putih hingga kembang
- Letakkan telur putih tu kat roti,baru letak telur kuning (slow slow letak ye😂😂)
- Bakar Dalam oven 160°C / 13 minutes
- Bila dah siap, letak sikit kicap manis dengan lada sulah..
Selamat mencuba, Stay home stay safe semua!
SUMBER:Puan Leeyann Yap.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Shu Sekarang Jauh Lebih Bahagia, The Best Mom!” Bercuti Ke Melbourne, Ramai Mendoakan NURUL SHUHADA & Anak-Anak
Seronoknya melihat kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh Nurul Shuhada bersama anak-anaknya sekarang. Jauh lebih bahagia berbanding dulu. The best mom! Kita yang melihatnya pun turut merasa bahagia.
Walau ke mana sahaja pergi Nurul Shuhada pasti akan membawa bersama dua anak kesayangannya, Humairah dan Umar sama ada ketika bekerja, bercuti ke luar negara mahupun ke tanah suci menunaikan umrah.
Nurul Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri baru-baru ini berkongsi momen percutian indahnya di Melbourne, Australia ditemani anak-anak serta beberapa orang sahabat.
Seperti yang kita tahu, sejak bergelar ibu tunggal banyak perubahan positif yang dialui oleh wanita kelahiran Perlis ini.
Nurul Shuhada kini menjadi seorang wanita yang lebih berani dan berdikari.
Lebih membanggakan, Nurul Shuhada kini bergelar pelajar Master in Data Analytics di sebuah IPTA tempatan. She another level!
BACA JUGA: “Dari XL Ke XS” Hilang 20kg Dalam Masa 10 Bulan SHU SHUKRI Kini Makin Langsing & Gorgeous!
Maka, nikmat mana lagi yang hendak didustakan. Hikmah di sebalik kesabaran dan apa yang berlaku sebelum ini.
Sepanjang berada di Melbourne, Nurul Shuhada sentiasa berkongsi aktivitinya di akaun media sosial termasuklah momen ketika dia memasak nasi lemak untuk sarapan.
Nampak sedap sangat air tangan Nurul Shuhada!
Penampilan Shu juga nampak berbeza berbanding sebelum ini. Semakin bergaya dan pandai menyuai padan outfit yang disarungkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya merasa teruja dengan perkongsian percutian Nurul Shuhada itu.
Malah, mereka turut berbangga dengan Nurul Shuhada kerana sentiasa menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya, Humairah dan Umar.
“Suka Shu ni sebab xpernah tinggal anak dia.. the best mom, semoga dimurahkan rezeki selalu diberkati selalu.”
“Shu memang ibu terbaik untuk Humairah & Umar. Hanya Shu yang layak menjaga dan membesarkan Umar & Humairah. Seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang untuk anak2”
“Aunty tersangat sangat bangga dengan kamu Shu, indeed Allah dah janji. Aunty doakan Allah gantikan kamu dengan lelaki yang baik, yang tidak kasar bila berkata kata, yang baik budi bicara, yang sayang anak anak seperti anaknya, kaya raya harta budi pekerti, semoga berbahagia kamu dan anak anak”
“Suka tengok Shu bahagia dengan anak² ..hikmah atas apa yang terjadi Shu, sekarang jauh lebih bahagia kan”
“Shu ni sekali dia glow up, 100% berbeza dari dulu. Keep inspiring all women Shu. Betul lah, perempuan ni sekali dia dah move on, pandang belakang pun tidak”
Hijabista mendoakan agar Nurul Shuhada terus kuat dan menemui kebahagiaan sebenar yang dicari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BPN Bukan Duit Joli, Suami Mesti Beri Sebahagian Duit Untuk Nafkah Anak & Isteri
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada
golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Bantuan ini diberikan dengan tujuan meringankan beban isi rumah di samping boleh digunakan untuk membeli keperluan sara hidup. Namun ada kisah di sebalik bantuan ini.
Ikuti perkongsian Fahmi Ramli yang merupakan Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam. Beliau banyak berkongsi tentang hal ehwal wanita dan kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah.
BAPA ZALIM GUNA BPN SENDIRI, NAFKAH ANAK TERABAI
Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 ini, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mana kebanyakan rakyat akan menerima bantuan tunai bagi menjalani tempoh ini di rumah. Saya percaya ramai rakyat Malaysia yang masih ingat tentang pengumuman PM kisah Mak Cik Kiah bukan?
Ada seorang ibu yang menanggung anaknya namun masih dalam proses perceraian di Mahkamah bertanya kepada saya, apa tindakan dia boleh lakukan dan apa hukum bagi seorang bapa yang menerima duit BPN, tapi satu sen pun tak dihulur atau diberi kepada ibu yang menjaga anaknya.
Bila ditanyakan kepada si bapa kenapa tidak beri, katanya dia nak beli keperluan dirinya dan keluarganya. Jadi, memandangkan anak tiada dengan si bapa, maka disuruhnya si ibu dan keluarga ibu yang tanggung keperluan makan minumnya.
SIAPA PERLU TANGGUNG NAFKAH ANAK SEMASA PKP?
Walaupun anak mungkin tidak berada di bawah jagaan bapa, nafkah anak masih WAJIB diberi oleh si bapa. Kalau bapa tidak boleh beri nafkah, keluarga si bapa perlu tanggungnya.
ADAKAH DUIT BPN BOLEH DIKIRA NAFKAH DAN WAJIB DIBERI KEPADA TANGGUNGAN?
Pada saya, duit BPN yang diberikan oleh kerajaan dimasukkan kepada bapa hanya sebagai PERANTARAAN memandangkan bapa adalah ketua keluarga. Berbeza bagi ibu tunggal yang mungkin sudah disahkan bercerai.
Tapi bagi mereka yang belum lagi bercerai, sepatutnya duit tersebut kalau si bapa yang menerima duit BPN atau apa-apa bantuan lain semasa PKP ini mestilah memberikan sebahagian daripada duit bantuan tersebut untuk Nafkah Anak dan Isteri. Ini WAJIB.
ADAKAH BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH?
Saya percaya jika sekiranya bapa tidak memberi sebahagian daripada duit BPN kepada tanggungannya, ia mungkin TIDAK BOLEH dituntut di Mahkamah Syariah. Hanya tunggakan nafkah sahaja boleh dituntut iaitu selepas didapati bapa culas atau gagal selepas diperintahkan Mahkamah untuk membayar nafkah melalui perintah.
JIKA TIDAK ADA PERINTAH NAFKAH ANAK?
Penjaga anak tersebut boleh menuntut nafkah anak di Mahkamah Syariah selepas PKP. Cuma untuk tempoh ini, apa yang boleh dibuat adalah bincang dengan baik supaya nafkah untuk anak tidak terabai kalaupun si suami enggan beri kepada isterinya.
JIKA ADA PERINTAH TAPI BAPA INGKAR?
Ibu perlu catat berapa jumlah tunggakan dan selepas PKP perlu menuntut tunggakan nafkah tersebut di Mahkamah Syariah. ia tetap dikira sebagai hutang kepada si anak. Sama ada tuntutan tersebut dibuat melalui Peguam Syarie ataupun melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).
KESIMPULAN
Nafkah anak adalah tanggungjawab penuh bapa dan keluarga bapa. Memang dalam tempoh PKP ini mungkin ada yang tidak kerja, tiada pendapatan atau mungkin dibuang kerja. Tetapi harus diingat, apa-apa peruntukan dan sumbangan yang diberikan kepada ketua keluarga, perlu diagihkan kepada tanggungannya juga seperi isteri dan anak-anak.
Jangan fikir perut kita sahaja, fikirkan tentang nasib anak kita yang juga perlukan bantuan tersebut. Bapa zalim namanya tu.
Sedekah terbaik, adalah sedekah kepada Ahli Keluarga.
Sumber kredit: Fahmi Ramli
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kecilnya Fasha! Nampak Muda Habis” Tampil Manis Bertudung & Berbaju Kurung Penampilan FASHA SANDHA Dipuji Cantik
Seronok melihat perkongsian pelakon jelita, Fasha Sandha yang berkunjung ke Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
Fasha yang ditemani suami tersayang, Aidil Aziz kelihatan sangat ceria sepanjang mengunjungi negeri Pantai Timur itu selama dua hari satu malam.
Memilih Kota Bharu sebagai destinasi pertama, Fasha berkongsi pengalaman menariknya itu di Instagram peribadi.
“Alhamdulillah. Good morning. Safely landed. Rise and shine. Excited dengan Kota Bharu Kelantan. Misi Jalan2 cari makan bermula. Lepas tu nak p kenduri.”
Apa yang menarik perhatian ramai ialah penampilan manis Fasha yang berhijab dan berbaju kurung.
Rata-rata para peminat dan pengikutnya memuji kejelitaan Fasha termasuklah kagum dengan bentuk badannya yang persis ketika zaman anak dara.
“Pandai FS bawa diri…bertudung ..cantik sgt …semoga one day FS akan bertudung camni..”
“You are so beautiful in hijab…May Allah turunkan hidayah buat u untuk terus berhijab dan istiqomah..aamiin.”
Fasha turut berkongsi momennya ketika berkunjung ke salah sebuah restoran nasi ulam terkenal di Kelantan.
Berselera sungguh Fasha menikmati lauk pauk kampung yang nampak sedap-sedap belaka.
“Ni nasi paling sedap kami makan untuk tahun 2024 ni. Sedap tak boleh bawak bincang oiiii. Nasi ulam paling sedap di dunia. Hanya di Kelantan! Love”
Tidak puas dengan kunjungan singkat itu, Fasha memberitahu dia pasti akan datang lagi ke sana.
“2 hari 1 malam memang tak cukup untuk KB dan Ganu. Insyaallah ada rezeki kami pasti datang lagi. Tak puas. Kena terbang KL utk anak2 dan kerja.”
Fasha turut dipuji kerana sikapnya yang sentiasa merendah diri serta menyantuni sesiapa sahaja termasuk suami dan keluarga mentua.
“Suka tengok bila Fasha menyantuni semua tanpa rasa kekok dan sombong.”
“Bagusnya Fasha. Nampak humble je.”
“Bagus Fasha… pandai bawak diri… bila mana die hormati majlis dan family mertua… pakaian sopan.”
“Fasha ni… Walaupun tak bertudung tapi jaga dan hormati keluarga suami…. Moga suatu hari nanti akan lebih menjaga…. Moga selalu bahagia di samping suami.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI