Makanan yang menjadi kegemaran ketika bulan Ramadan dan seringkali menjadi tumpuan di bazar Ramadan salah satunya roti john. Kalau ikutkan senarai makanan himpunan dari seisi keluarga memang tidak terkira.
Nak dapat yang menepati citarasa memang bukan mudah lagi-lagi ketika tempoh perintah kawalan pergerakan ini semuanya di jual online. Bagaimana nak tahu aroma bau roti john yang enak.
Namun bukan lah satu kenkangan untuk anda buat sendiri di rumah, dalam tempoh PKPD ini jangan sesekali kita ambil kesempatan meloboskan diri jika bukan keperluan.
Jom cuba buat sendiri roti john ikut selera sendiri hanya guna roti gardenia sahaja. Boleh buat seberapa banyak mana yang boleh untuk hidangan anak-anak berbuka puasa. Jom ikuti perkongsian ini:
Bahan-bahan:
- 3 biji Telur
- Bawang
- Ayam atau ayam kisar
- Serbuk perasa
- Roti gardenia
- Kubis
- Mayonis
- Sos perasa (terpulang nak sos tomato atau cili)
Cara membuat:
- Kisar ayam sehingga hancur tetepi untuk memudahkan boleh sahaja beli daging ayam yang dah siap kisar.
- Hirisan bawang di tumis sampai garing, kemudian masukkan ayam yang dikisar masak sampai kering.
- Masukkan telur 3 biji gaul bersama sampai kering dan masukkan serbu perasa.
- Sapukan kesemua roti dengan planta dan bakar di dalam kuali.
- Pecahkan telur dalam kuali ratakan dan masukkan roti , letak campuran telur dengan ayam kisar dan boleh tambah kobis dan mayonis sesedap rasa.
- Tambahkan perasa sos atau cili.
- Tutup dengan roti sekeping lagi kemudian bungkuskan dengan telur.
Dah siap boleh dihidangkan, boleh potong empat dapat banyak. Jangan lupa letak sos tambahan atau mayonis nampak menyelerakan bukan?
SUMBER: Mariam Arjumi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI