Roti Canai Dinobatkan Makanan Terbaik Dunia! Netizen Takut Kena ‘Claimed’

Share

Malaysia merupakan negara yang bukan sahaja kaya dengan pelbagai kaum dan budaya, malah kepelbagaian makanan di Malaysia menjadikkanya antara negara terunik di dunia.

Menariknya, makanan di Malaysia merupakan medium yang menyatukan masyarakat di sini. Antara yang popular sudah pastilah Nasi Lemak dan Roti Canai yang sering menjadi pilihan utama sarapan pagi.

Tahukah anda? Mulai September 2022 roti canai telah dinobatkan sebagai ‘Makanan Jalanan Terbaik Dunia’, manakala snek jalanan popular di Korea, Tteokbokki disenaraikan ditangga ke 50 oleh Taste Atlas.

Tak Sangka Roti Canai Jadi Juara!

Sumber Gambar: Aroma Asian

Doh roti canai dibuat menggunakan beberapa bahan mudah seperti tepung, telur dan minyak sapi. Sebelum ianya diuli dan ditebar membentuk roti canai, kemudian digoreng diatas kuali leper berminyak.

Roti Canai selalunya dinikmati bersama kuah dhal sebagai pencicah yang melengkapkan hidangannya.

Artikel berkaitan: Telur Balut Enak Di Makan? Ketahui Hukum Memakan Makanan Eksotik Ini

Siapa sangka, Roti Canai yang dibuat menggunakan bahan mesra dapur ini, akhirnya dinobatkan sebagai juara ‘street food’ sehingga mengundang rasa teruja masyarakat Malaysia.

Untuk rekod, resipi roti canai berasal dari India dan dibawa masuk ke Malaysia oleh buruh yang bekerja dan bermastautin di negara ini.

‘Kejap Lagi Negara Sana Claim’

Berita baik ini mendapat pelbagai respon dari masyarakat di Malaysia, ini antara komen yang ditinggalkan sebaik sahaja rakyat Malaysia mendengar perkhabaran tersebut.

Bagaimanapun kebimbangan yang ditimbulkan berkenaan “tuntutan hak cipta” itu hanyalah sekadar jenaka semata-mata.

Hijabista turut berbangga dengan pencapaian ini, kerana keenakan roti canai yang menjadi kegemaran ramai memang layak dinobatkan sebagai juara.

Artikel berkaitan: Gagal Kawal Gula Dalam Darah Dengan Makanan, Pakar Saran Kawal Dahulu Dengan Minuman.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira