Raya lebih meriah bila menikmati sesuatu yang mengujakan, apatah lagi bila anda sebgai pembeli diberi penghargaan. Lebih RM300,000 diperuntukkan jenama fesyen lokal terkenal, Rizman Ruzaini untuk kempen RR Beli dan Menang.

Berlangsung dari 18 Mac sehingga 18 Mei 2023 bersempena perlancaran Koleksi RR Raya 2023. Dengan tagline, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, mereka sememangnya mahu pelanggan setia RR yang digelar RR Royalties menikmati suasana Aidilfitri yang mengujakan bersama mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini Tawar 100 Koleksi Busana Syawal Mampu Milik!

Bertahan selama 17 tahun, harga bukan soalnya

Rizman Ruzaini Tidak Berkira Soal Harga, Peruntukkan 300 Ribu Hargai Pelanggan Setia. Tawar Hadiah Hebat!

Jenama Rizman Ruzaini sangat sinonim dengan baju raya. Inilah antara faktor utama mengapa mereka memilih bulan Syawal untuk menawarkan hadiah-hadiah menarik ini.

“Bukan soal harga hadiah tapi ia tentang nilai menghargai dan berkongsi yang menjadi identiti syarikat kami sendiri,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin..

Ads

Tambahnya lagi, bukan sekadar mahu RR Royalties beraya dengan rekaan Rizman Ruzaini, malah kami juga mahu meraikan mereka di Hari Raya ini dengan penghargaan berupa hadiah istimewa sebagai tanda terima kasih atas sokongan RR Royalties sehingga membolehkan jenama ini bertahan selama lebih 17 tahun dalam industri.

Hadiah utama perhatian ramai

Rizman Ruzaini Tidak Berkira Soal Harga, Peruntukkan 300 Ribu Hargai Pelanggan Setia. Tawar Hadiah Hebat!

Antara hadiah yang pastinya menjadi rebutan semua ialah sebuah kereta Proton X50 yang ditawarkan sebagai Hadiah Utama. Menariknya lagi, kereta ini akan mendapat pengubahsuaian (custome made) hasil sentuhan Rizman Ruzaini sendiri. Pemenang akan menjadi satu-satunya individu di dunia yang memiliki kereta sentuhan Rizman Ruzaini secara eksklusif.

Rizman Ruzaini Tidak Berkira Soal Harga, Peruntukkan 300 Ribu Hargai Pelanggan Setia. Tawar Hadiah Hebat!

Ads

Selain Proton X50, kempen ini juga menawarkan hadiah-hadiah hebat lainnya seperti Vespa yang juga akan mendapat pengubahsuaian khas daripada Rizman Ruzaini untuk Hadiah Kedua, iPad Pro untuk Hadiah Ketiga, iPhone 14 untuk Hadiah Keempat, Apple Watch untuk Hadiah Kelima dan lima hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM1000 untuk pembelian barangan RR.

Para pemenang akan diumum secara rasminya pada 20 Mei bersamaan 30 Syawal yakni hari terakhir sambutan Aidilfitri. Sesi penyerahan hadiah akan dibuat pada majlis Rumah Terbuka RR.

ARTIKEL BERKAITAN: Sasaran 10 Juta Ringgit! Promosi Tote Bag Rizman Ruzaini Punyai Kelainan, Bikin Gegar Bukit…

Ads

Mudah sertai Kempen RR hanya dengan..

Teruja untuk menyertai kempen ini? Caranya mudah sahaja. RR Royalties hanya perlu membuat pembelian koleksi RR Raya 2023 sebanyak minimum RM500 dalam satu resit. Pembelian boleh dibuat di semua platform Rizman Ruzaini. Simpan resit sebagai bukti pembelian.

Rizman Ruzaini Tidak Berkira Soal Harga, Peruntukkan 300 Ribu Hargai Pelanggan Setia. Tawar Hadiah Hebat!

Kemudian, gayakan koleksi yang dibeli itu dan muatnaik gambar/video/reels anda di platform Instagram anda bersama sambungan kapsyen, ”Saya memilih untuk Raikan Raya saya Bersama Rizman Ruzaini kerana……” bersama hashtag #RRBELIDANMENANG dan #RRRAYA2023. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar/video/reels yang kreatif dan sambungan kapsyen yang menarik. Rizman Ruzaini mengalu-alukan seberapa banyak penyertaan anda dan dengan ucapan semoga berjaya!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/5GpPS76Rb_E

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI