Siapa tidak kenal dengan usahawan terkemuka, yang namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra disapa sebagai Lofa.
Baru-baru ini, ibu kepada Mohd Bilal dan juga isteri kepada pendakwah bebas dan juga aktor kacak, Haris Ismail itu begitu teruja meraikan kejayaan suaminya bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ke-38 di di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan, UIAM.
Perkara itu dimaklumkan Neelofa menerusi hantaran video di laman InstaStory miliknya. Dalam video berkenaan dapat dilihat Neelofa merakam saat-saat penuh bersejarah ketika suaminya naik ke atas pentas untuk menerima skrol.
Lebih mencuit hati apabila, sebaik sahaja nama Hariz diumumkan, dapat didengar pengacara program Next To Neelofa itu bersorak untuk meraikan kejayaan suaminya, sehingga seluruh isi dewan turut gamat dan riuh dengan tepukan serta sorakan daripada graduan lain.
“Siapa suruh bawa bini (isteri) datang konvo,” tulis Neelofa pada ruangam kapsyen berserta tanda pagar #suamimudakauada.
Selain itu, pada hantaran berbeza, Neelofa turut mrmuat naik beberapa keping foto dirinya yang kelihatan gembira dan bangga disisi Haris yang segak mengenakan jubah konvokesyen berwarna biru firus.
Untuk rekod, Haris atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan minor Pembelajaran Islam (Islamic Education).
Sumber: Instagram Lofa.World