Baru-baru ini tular di laman Twitter seorang pengguna yang membeli nasi buttermilk ayam tetapi terkejut dengan ‘visual’ makanan tersebut sehingga tiada selera makan! Perkongsian tersebut juga telah mencuri tumpuan serta mengejutkan netizen.
Resepi ayam buttermilk memang menjadi kegemaran ramai terutamanya masyarakat di Malaysia. Kesedapan ayam buttermilk ini terletak pada rasa lemak, masin dan pedasnya. Gabungan ayam yang rangup disaluti dengan kuah buttermilk, memang sedap hingga menjilat jari sehingga tak puas makan!
Membuat resepi ini memang mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak, namun akan terasa muak kalau ‘tersilap langkah’ ketika menyediakannya. Seperti yang tular baru-baru ini di laman Twitter.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna akaun
@mijiiiiiiiii tersebut, dia telah memesan nasi bersama ayam buttermilk tersebut di sebuah restoren tepi jalan. Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila nasi yang dipesan itu tak sama rupanya dengan buttermilk chicken. Kuahnya terlihat sangat cair dan ketulan ayam juga tidak kelihatan.Dek kerana kesal dengan pesanan tersebut, dia telah memuat naik foto tersebut bersama kapsyen “To all merchant/shop owner kedai tomyam semua…Kalau tak reti buat butter chicken TOLONG JANGAN JUAL. Sekian“.
Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dan menyatakan perkara yang sama. Mereka turut terkejut dan menyatakan bahawa makanan tersebut terlihat seperti muntah baby, muntah kucing, serawa durian dan sebagainya.
Oleh itu, bagi anda yang ingin merasa buttermilk ayam yang sedap, tak perlu dah membeli di kedai. Sebaliknya boleh ikuti resepi Che Nom dibawah. Senang dan mudah, buat sendiri lagi bagus dan puas hati!
Tip taambahan dari Che Nom, kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran. Tambahan itu, kalau tak minat pedas, anda boleh kurangkan cili.
ARTIKEL BERKAITAN: Plan Diet Dengan Resipi Sihat Ayam Perapan. Ini Baru Betul Misi Kurus
Sumber: Twitter @mijiiiiiiiii dan Che Nom
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.