Kembali dengan membawakan koleksi ARIANI LAYAR RAYA 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna- warna menarik untuk digayakan dimusim lebaran ini.
Pertunjukan koleksi ARIANI dipersembahkan dengan cara yang unik dengan menampilkan artis profesional sebagai penyanyi pengiring ketika fashion runway dipersembahkan.
Rupa-rupanya disebalik pentas peragaan yang gah Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu, tersimpan satu impian anak gadis yang dipendam selama 4 tahun lalu.
Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, ARIANI mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.
Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab. Pertunjukan fesyen Layar Raya juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu, pengacara Uyaina Arshad dan pelakon Bella Dally.
“4 tahun lalu, saya dijemput datang ke Fashion Show Ariani. Duduknya saya di belakang dewan sebelah kanan. Dalam hati terdetik, ‘Suatu hari nanti, aku juga akan berada di atas pentas itu,” kongsi Uyaina.
Menariknya 4 tahun kemudian, impian itu menjadi kenyataan. Walaupun ini adalah tahun ketiga Uyaina bersama Galeri Ariani, tetapi ini adalah tahun pertama berjalan di atas pentas megah Fashion Show Ariani yang cukup ikonik.
“Risau pun ada juga takut terpeleot atas stage tu Sempat saya berseloroh dengan Bella & Kak Lisa, “I’d rather talk than walk on stage, katanya”
Berkongsi rasanya di sidang akhbar, Uyaina juga berbangga, terharu, teruja, malah bersyukur walaupun ada perasaan gementar dan bermacam-macam perasaan lagi bercampur-baur. “Rasa macam hosting lagi tak nervous daripada catwalk. Bunyi macam aneh, tapi itulah Uyaina!”
Alhamdullilah! Impian saya pada umur 26 tahun, akhirnya menjadi kenyataan. Berjalan pula seiringan dengan wanita- hebat yang cukup saya kagumi, sayangi & hormati, ujarnya lagi.
ARIANI berpaksikan dengan identiti jenama ini yang sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan hijab pada harga terbaik dan berpatutan seiring dengan kualiti tudung yang dihasilkan, baik untuk pasaran butik fizikal juga untuk pasaran online. Kesemua koleksi tudung ARIANI LAYAR RAYA 2023 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.
Pada tahun ini juga ARIANI tampil kelainan apabila buat pertama kalinya melancarkan sub- brand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN. Bermula dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa, ARYAN adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan kelainan untuk bergaya di musim lebaran nanti.
Koleksi ARYAN juga amat rapat dengan perwatakan lelaki di luar sana yang sukakan imej ringkas dan selesa. Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon & kurta ditampilkan buat pertama kalinya kepada para jemputan dan akan dijual secara eksklusif di House of Ariani.
Majlis pada petang itu dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada petikan gitar professional daripada Man Kidal Bersama penyanyi Amir Masdi medendangkan lagu sejati, sebagai simbolik kepada peminat setia ARIANI yang terus menyokong selama jenama ini berada di pasaran.
Pertunjukan fesyen bagi segmen ini diserikan lagi dengan kehebatan paduan vokal pasangan Erni Zakri dan Syamel. Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.