Ringankan Mulut Untuk Memberi Salam. Inilah Antara Kebaikannya Yang Wajib Diketahui!

Share

Assalammualaikum…

Singkat namun bermakna. Dalam Islam, kita disarankan untuk sentiasa mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa. Jangan memandang amalan ini sebagai sesuatu yang ringkas dan tidak bermakna.

Sumber gambar: Monstera

Memberi atau mengucap salam memberi banyak kebaikan kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengamalkan amalan ini dalam rutin harian kita. Antara kelebihannya adalah:

Sumber gambar: Roman

Dipandang mulia oleh Allah SWT

Nabi bersabda: “Sesungguhnya seutama-utama manusia pada Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberikan salam dalam kalangan mereka.” (Hadis riwayat Abu Dawud).

Baca juga: Lakukan 5 Amalan Rasulullah SAW Sebelum Tidur Supaya Dipelihara Oleh Allah SWT.

Sunnah Rasulullah SAW

Pada satu hari, Sayidina Anas melewati kumpulan kanak-kanak. Lantas beliau memberikan salam kepada mereka. Kemudian beliau berkata: “Dahulu, Rasulullah SAW juga melakukan seperti ini.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sumber gambar: Rodnae

Keberkatan yang mutlak

Nabi pernah mendidik Sayidina Anas bin Malik, “Wahai anakku, jika kamu hendak masuk ke tempat keluargamu, maka ucapkanlah salam, nescaya akan berkat atas kamu dan seluruh keluarga rumahmu.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Baca juga: Gusar Terbabas Dari Jalan Allah SWT, Amalkan Pilihan Doa Pendek Ini Untuk Diberikan Hidayah Dari-Nya!

Amalan terbaik

Rasulullah SAW pernah ditanya, “mana satu amalan Islam yang terbaik?” Lalu jawab Baginda: “Kamu menjamu orang makan, dan mengucapkan salam kepada orang yang dikenali mahupun tidak.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Strategi ke syurga

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu tidak akan benar-benar beriman sehinggalah kamu semua saling menyayangi. Mahukah kamu kalau aku tunjukkan sesuatu, yang jika kamu melakukannya tentu kamu semua akan saling mengasihi? Sebarkanlah salam antara kamu!” (Hadis riwayat Muslim). Sabda Nabi SAW: “Al-salam, salah satu nama Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkanlah salam antara kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra