Pelakon Fouziah Gous merupakan antara selebriti yang memulakan kariernya sebagai seorang pramugari. Pernah terbang bersama Malaysia Airlines, pelakon ini juga antara selebriti yang memiliki wajah yang anggun serta tubuh badan yang ideal!
Baru-baru ini, Fouziah Gous memuat naik videonya yang sedang memberikan ‘announcement’ ala-ala pramugari di laman Instagramnya. Menurutnya, pengalamannya menjadi seorang pramugari selama 5 tahun menggamit kembali memorinya. Lantas, video ini dimuat naik dan mendapat pujian ramai dari netizen. Ternyata, Fouziah Gous memiliki ciri-ciri lengkap sebagai seorang pramugari dengan lenggok suaranya serta senyuman manisnya yang ayu, pasti menjadikan kamu tersenyum lebar jika melihat Fouziah Gous menjadi pramugari dalam pesawat yang kamu naiki!
Bukan itu sahaja, selebriti kesayangan ramai ini juga turut memuat naik videonya bercakap sambil melihat skrip sambil memegang sebuah botol yang dijadikan sebagai mikrofon. Sungguh lucu!
Oleh kerana videoya yang menarik hati ramai serta kelucuannya memegang sebuah botol, video tersebut mendapat komen yang positif dan ada juga yang berhasrat untuk melihat selebriti Fouziah Gous menjadi pramugari di depan mata!
Ads
Ads
Apa-apapun, team Hijabista terhibur dengan video yang dimuat naik oleh selebriti ini! Senyuman ayunya sentiasa menghiasi dunia seni tanah air!
Bagi kamu yang memiliki saiz mata yang kecil atau sepet, pastinya buntu untuk mencari gaya solekan mata untuk menjadikan ia besar. Sebenarnya, ia bukanlah penghalang untuk kamu tampil cantik dan berseri walaupun memiliki saiz mata yang sepet Banyak teknik dan cara untuk memastikan bahagian mata kamu besar dan seksi!
Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada kamu teknik terbaik untuk menjadikan mata kamu besar dan lebih galak! Selamat mencuba!
Jurusolek yang terkenal di Hollywood, Jake Bailey memberi tip menggunakan dua eyeshadow yang berlainan daripada tona kumpulan warna yang sama. Ini akan membantu kamu untuk menghasilkan efek mata yang besar.
2. Lukis shades di tempat yang tepat
Jurusolek terkemuka, Sarah Lucero yang sememangnya sinonim dengan nama-nama besar Hollywood seperti Katherine Heigl dan Olivia Wilde berkongsi tentang cara-cara untuk membesarkan mata! Menurutnya, perkara yang paling penting ialah dengan menambahkan lebih warna di tengah garisan bulu mata. Fokus pada bahagian tengah di aats kelopak mata kerana ia kawasan yang paling luas di bahagian mata. Teknik ini dapat menyerlahkan lagi bahagian atas kelopak mata.
3.Gunakan pensil dan eyeliner yang terang
Apakata kamu cuba berkesperimen dengan menggunakan eyeliner yang terang? Pilih sahaja pilihan warna terang dan sapukan di bahagian kelopak mata supaya memberi efek besar dan menjadikan mata kamu lebih ke dalam.
4. Teknik ‘ombre’
Teknik ‘ombre’ bukan hanya boleh digunakan di bahagian rambut sahaja! malah ia boleh dijadikan sebagai teknik untuk membesarkan mata kamu yang sepet dan kecil. Caranya ialah dengan menggunakan bayangan yang lebih cerah untuk dipadankan dengan mata dan bayangan yang lebih gelap pada kedutan kelopak mata. Cara ini membuatkan mata kamu akan tampak besar dan bulat.
5. Teknik ‘smokey eye’ untuk solekan dramatik
Pasti ramai yang mengidamlan teknik ‘smokey eye’ dalam gaya solekan, bukan? Ia bukan sahaja menjadikan mata kamu lebih besar, malah mata kamu akan jadi lebih seksi dan dramatik! Gunakan ‘eyeshadow’ berwarna ‘nude’ pada kesuluruhan kelopak mata dan gunakan pensil untuk membuat garisan panjang atas bulu mata. Kemudian, gariskan pula di bawah garisan bulu mata. Gabungkan garisan-garisan ini untuk menghasilkan efek ‘smoky’. Serlahkan penjuru mata dengan bayangan warna putih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menyingkirkan solekan pasti bukan bahagian yang paling menggembirakan dari rutin kecantikan anda, terutamanya ketika sudah lewat dan penat. Jika tidak melakukannya kulit wajah anda akan kelihatan matang dari usia.
Cara yang tidak betul akan memberi kesan sampingan pada wajah seperti mengalami penuaan awal usia, jerawat dan kesihatan kulit secara keseluruhan. Untuk lebih memahami bagaimana anda harus menanggalkan solekan dengan betul, lebih baik mengetahui perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan terlebih dahulu.
5 kesalahan ini paling mengerikan yang tidak sepatutnya anda lakukan ketika menyingkirkan solekan di wajah.
Pembersih solekan mata bukan sekadar tipu daya pemasaran, formula ini biasanya lebih berat daripada penghilang solek wajah biasa anda. Walaupun ini adalah perkara yang baik jika anda ingin membuang maskara kalis air yang degil, ia dapat menyumbat liang dan mencetuskan pengelupasan ketika digunakan pada kulit anda di sekitar wajah.
Produk tidak tenggelam dengan baik jika kulitnya dicemari kekotoran dan itu termasuk solekan. Pembersih biasa anda mungkin tidak cukup kuat untuk menghilangkan semua solek di wajah dan anda tidak akan mendapat semua kebaikan kulit yang menghidratkan dalam formula yang anda maksudkan selain mencuci seperti asid hyaluronik, ceramides dan lain-lain. Hasilnya, wajah kering dan rengsa dengan sisa solekan.
Kenapa tidak? Bukankah lagi mudah dan cepat? Tisu pembersih menyebabkan kulit menjadi gatal, ia juga tidak melakukan yang terbaik untuk menghilangkan semua solek anda dengan berkesan. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sangat berminyak atau rawan jerawat, menggunakan tisu boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan jerawat. Tambahan pula mereka yang mempunyai kulit sensitif atau rentan rosacea, beberapa tisu boleh meninggalkan sisa bahan kimia yang menjengkelkan.
Itu tidak bermaksud kulit anda akan memberi kesan sampingan jika memakainya sesekali, anda hanya perlu gunakan dengan berhati-hati atau ikuti pembersihan dua kali.
Ringkasnya, kulit wajah jauh lebih halus daripada kulit badan anda. Ini bermakna semasa menggosok badan dengan loofah pengelupasan, jangan menggunakan tekanan yang sama pada wajah anda. Mengusap wajah dengan pelapik kapas dan tisu pembersih solekan, atau menggosok dengan kuat dengan tangan anda merosakkan dan sama sekali tidak perlu. Luangkan beberapa minit tambahan untuk menghilangkan solekan dengan lembut dalam gerakan bulat dan keringkan dengan tuala kapas lembut. Untuk solekan mata, jangan gosok berulang-ulang kerana boleh mengganggu mata, sebaliknya gunakan gerakan menyapu, angkat sebelum anda mengelap lagi.
Melangkau garis rahang dan jerawat garis rambut? Kesalahan menanggalkan alat solek ini mungkin disalahkan. Sebenarnya, ini adalah salah satu kejadian paling biasa yang berlaku. Walaupun kebanyakkan orang memakai alat solekan di leher dan rahang, tetapi mereka mengabaikannya ketika tiba masanya untuk membersihkan wajah. Kawasan ini sangat penting, terutama leher adalah kawasan yang cenderung menunjukkan tanda-tanda penuaan pramatang.
Apabila anda arif tentang apa yang tak perlu dalam langkah menyingkirkan solekan, barulah mencari pendekatan cara yang betul. Terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan, tetapi tidak kira jenis produk yang digunakan, lebih baik mengamalkan pembersihan berganda jika anda memakai alat solek.
Bahagian pertama pembersihan dua kali ganda adalah untuk menghilangkan solek anda. Pilih balsem pembersih yang mampu mencairkan solekann tanpa kesan sampingan yang menyumbat pori dan rasanya hampir terapeutik menggosok ramuan berkrim di wajah anda. Anda juga mempunyai kemewahan melangkau penghilang solek mata, kerana balsem dapat digunakan di sekitar kawasan mata. Walau bagaimanapun, anda juga boleh menggunakan minyak pembersih atau air misel jika anda mahu, kedua-duanya akan menghilangkan solek dengan berkesan.
Mulakan dengan sedikit balsem pembersih di tangan yang bersih dan kering. Setelah memanaskan formula di antara jari anda, urut lembut balsem dengan gerakan bulat. Berhati-hati di sekitar mata anda. Setelah solekan cair, bilas tekstur seperti susu dengan air suam.
Tetapi jangan berhenti di situ! Walaupun baru sahaja membersihkan solekan anda, itu tidak bermakna kulit anda bersih. Selepas membilas semuanya, masuklah untuk pembersihan kedua dengan pembersih biasa anda. Langkah ini memastikan sisa solekan dikeluarkan, serta membersihkan kulit dari kotoran, minyak dan kekotoran lain yang dapat menyumbat liang.
Selepas itu, gunakan kain lap untuk mengeringkan wajah dan meneruskan rutin penjagaan kulit selepas pembersihan. Oh ya, jangan lupa menukar tuala wajah anda setiap dua hingga tiga hari kerana kotoran dan bakteria dapat berkumpul dengan cepat. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan yang simple serta ringkas menjadi pilihan ramai untuk tampil bergaya serba sederhana. Solekan yang tidak terlalu tebal bukan sahaja mampu menjadikan keseluruhan gaya kamu lebih kemas dan rapi, malah ia juga dapat dijadikan statement ‘less is more’ dalam gaya fesyen kamu!
Ramai juga yang masih salah cara untuk menghasilkan gaya solekan yang serba ringkas! Ikuti tip ini untuk gaya solekan yang lebih eksklusif namun sederhana!
Untuk memastikan wajah tampak segar dan fresh, jangan lupa untuk gunakan pelembap dulu ya sebelum memulakan proses solekan! Kalau malas untuk gunakan Kalau tak concealer atau foundation, kamu boleh gunakan pelembap (moisturizer) tau. Dengan moisturizer muka akan nampak lagi fresh. Apa yang penting, beli pelembap yang mengandungi SPF untuk memastikan kulit kamu terjaga dari sinaran UV.
2. Tonjolkan sisi seksi dengan warna lipstick terang!
Walaupun solekan kamu tampak serba ringkas, namun kamu harus bijak memastikan ia masih nampak glamour dan seksi! Nak tau apa rahsianya? Gunakan warna lipstick yang terang! Usah malu! Warna lipstick yang terang mampu untuk menyerlahkan walaupun sebenarnya kamu tidak memakai full makeup. Jika menggunakan warna yang betul pun sudah boleh nampak lebih WOW!
Nak guna liptint pun boleh. Barulah nampak ala-ala Korean girl!
3. Gantikan foundation dengan CC Cushion
Tak ramai yang tahu sebenarnya foundation boleh digantikan dengan CC Cushion untuk menghasilkan gaya solekan yang sempurna! CC Cushion boleh meratakan tona kulit kerana CC Cushion merupakan ‘color correcting cream’. Jadi, ia akan menutupi parut dan juga bintik-bintik hitam di wajah. Untuk tambahkan sedikit keserian dan manis di muka, boleh juga tambah blusher atau bronzer. Pasti lebih cantik!
4. Gunakan maskara untuk pelengkap solekan!
Tolek ketepi semua jenis ‘eyeshadow’ yang kamu ada. Gunakan kelebihan yang ada pada maskara untuk menjadikan bahagian mata kamu tampak natural dan tidak terlalu menonjol. boleh guna maskarauntuk bahagian mata. Memang nampak lebih natural. Kamu jugadigalakkan guna maskara yang lebih volume untuk bulu mata nampak lebih tebal
5. Tips terakhir, kening mesti kena on point
Kalau tak nak nampak over, kamu boleh elakkan code berwarna hitam. Guna warna coklat atau coklat gelap.
Ikut semua tip ini, maka sempurnalah gaya solekan serba ringkas kamu! Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.