Rindu Kepada Mamajee, Fatimah Zikir Tanpa Henti Buat Arwah Hingga Tertidur Bersama Tasbih

Share

Kehilangan orang yang kita sayang memang memeritkan. Sejak Chef Adam dijemput Illahi, anak-anak buah yang rapat dengannya iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali sering meluahkan rasa rindunya terhadap bapa saudara yang disayangi.

Berkongsi kisah di Instagram, ibu mereka yang dikenali sebagai Mrs Mom meluahkan rasa terharu apabila dia dapat belajar sesuatu yang berharga daripada anaknya, Fatimah.

Luahnya di Instagram…

Saya akhirnya pelajari makna kasih sayang sebenar daripada anak perempuan saya yang berusia 6 tahun, Fatimah.

Sebaik sahaja dia mengetahui yang pahala kita akan digandakan Allah dalam bulan Ramadhan ini, tasbih digital terus menjadi sahabat baiknya sejak bermulanya Ramadhan. Mereka tidak boleh dipisahkan.

Kami juga mendapat tahu dia tertidur dengan tasbih di tangannya beberapa kali. Sejak bermula Ramadhan hingga sekarang, Fatimah telah berzikir sebanyak 7400 kali dan nombor itu meningkat! Sangat membanggakan untuk seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun, tetapi sebenarnya ada sebab disebalik semua kerja kerasnya ini…

Suatu hari, saya terdengar Fatimah berdoa : “Ya Allah, terimalah zikirku dan perbuatan baikku, kirimkannya sebagai hadiah kepada Mamajee (Chef Adam).” Saya tak sangka ia datang dari seorang kanak-kanak berusia enam tahun. Kemudiannya saya bertanya, “Awak dah meminta Allah untuk memberikan seluruh zikir dan perbuatan baik awak pada Mamajee, jadi bagaimana dengan kamu? Apa yang kamu minta daripada Allah untuk kamu?”

Dia kemudian menjawab, ‘TIADA’. Itu sahaja. Satu perkataan sahaja keluar dari mulutnya. Dia tidak meminta apa-apa, tak mahukan apa-apa dan tidak mengharapkan apa-apa untuk dirinya. Inilah kasih sayang. Kasih sayang sebenar.

Begitu besar makna tindakan daripada Fatimah ini. Begitu bagus sekali didikan ibu bapanya terhadap mereka adik beradik. Moga Chef Adam ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

Published by
Qiss