Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan demikian dalam perutusan khas sebentar tadi.
Menurut Muhyiddin, dalam tempoh PKPP dilaksanakan, lebih banyak kelonggaran akan diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi prosedur opearasi standard (SOP) secara berterusan.
“Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.
“Justeru bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian namun dinasihatkan agar sentiasa jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa melindungi ahli keluarga terutamanya mereka yang mempunyai ibu bapa dalam kategori warga emas kerana berisiko tinggi dijangkiti.
Bagi anak-anak yang merindukan kedua ibu bapa di kampung halaman kerana tidak dapat pulang ke kampung, boleh amalkan doa seperti yang dikongsikan oleh Mohd Afzainizam Ismail ini.
Anak mana yang tak rindukan ibu dan ayahnya.. Hanya iringan doa dapat di sampaikan.. Semoga terubat rindu ibu dan ayah di sana..
Menjadi bakti seorang anak mendoakan ibu dan ayahnya sama ada mereka masih hidup atau pun ketika orang tua telah meninggal dunia..
DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA
“Ya Allah, ampunilah semua dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua orang tuaku, serta berbelaskasihlah kepada mereka berdua seperti mereka berbelas kasih kepada diriku di waktu aku kecil.”
Ingatlah kita semua…Reda Allah bergantung terhadap reda kedua orang tua kita.
Selagi ibu bapa masih ada, hargailah mereka sebaik mungkin.
Sumber kredit: Mohd Afzainizam Ismail dan Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI