Masihkah Hijabi ingat dengan figura yang satu ini? Pemilik nama Raja Farah Raja Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Raja Farah. Malah, nama ini bukanlah nama asing dalam industri seni tanah air apabila penglibatanya sekitar awal tahun 2000 membuahkan hasil.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Raja Farah sudah membintangi banyak drama dan filem. Ini termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal, Sal dan Aku Masih Dara.
Namun, seiring meningkat usia, selebriti wanita ini telah berubah kearah yang lebih baik selepas mendirikan rumah tangga. Raja Farah kini terlihat lebih manis sejak berhijab dan memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya.
Hijabista tumpang bahagia tengok kehidupan Raja Farah sekarang. Meski tidak dinafikan, lama tak nampak kelibat aktres ini di kaca televisyen mahupun majlis-majlis hiburan tanah air.
Artikel Berkaitan: Hasrat Miliki Anak Perempuan Jadi Kenyataan, Raja Farah Teruja & Titip Rasa Syukur!
Malah, sejak mendirikan rumah tangga, dia yang pernah popular dalam filem Haq ini seakan sepi daripada karier seni dan lakonan hingga namanya kian lenyap.
Lebih-lebih lagi apabila sudah bertukar status dan galas tugas ibu dan menjadi insan lebih baik serta menikmati bahagia di samping keluarga. Kini tumpuan Raja Farah pastinya kepada anak-anak tersayang dan suami tercinta.
Untuk rekod, Raja Farah dilahirkan pada 5 Julai 1988 dan kini berusia 35 tahun. Dia mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini lebih bermakna dengan kehadiran empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Empat anak Raja Farah dan Iskandar Ismail ialah Imran, Ilham, Intan dan bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan pada 9 Jun lepas yang menjadi pelengkap hidup Raja Farah dan suami untuk memiliki empat cahaya mata.
Raja Farah mula dikenali sebagai model iklan komersial TV menerusi iklan Beras Floral. Selain berlakon, dia juga berbakat sebagai pengacara TV dan pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Moga segala urusan Raja Farah dan rumah tangga bersama suami kekal bahagia hingga ke syurga.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sumber Foto: Instagram Raja Farah
Artikel Berkaitan: Lama Tak Dengar Khabar, Raja Farah Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki Keduanya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.