Masihkah Hijabi ingat dengan figura yang satu ini? Pemilik nama Raja Farah Raja Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Raja Farah. Malah, nama ini bukanlah nama asing dalam industri seni tanah air apabila penglibatanya sekitar awal tahun 2000 membuahkan hasil.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Raja Farah sudah membintangi banyak drama dan filem. Ini termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal, Sal dan Aku Masih Dara.
Namun, seiring meningkat usia, selebriti wanita ini telah berubah kearah yang lebih baik selepas mendirikan rumah tangga. Raja Farah kini terlihat lebih manis sejak berhijab dan memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya.
Ibu Empat ‘Cahaya Mata’ Ini Begitu Manis Berhijab!
Hijabista tumpang bahagia tengok kehidupan Raja Farah sekarang. Meski tidak dinafikan, lama tak nampak kelibat aktres ini di kaca televisyen mahupun majlis-majlis hiburan tanah air.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga, dia yang pernah popular dalam filem Haq ini seakan sepi daripada karier seni dan lakonan hingga namanya kian lenyap.
Lebih-lebih lagi apabila sudah bertukar status dan galas tugas ibu dan menjadi insan lebih baik serta menikmati bahagia di samping keluarga. Kini tumpuan Raja Farah pastinya kepada anak-anak tersayang dan suami tercinta.
Untuk rekod, Raja Farah dilahirkan pada 5 Julai 1988 dan kini berusia 35 tahun. Dia mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini lebih bermakna dengan kehadiran empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Ads
Empat anak Raja Farah dan Iskandar Ismail ialah Imran, Ilham, Intan dan bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan pada 9 Jun lepas yang menjadi pelengkap hidup Raja Farah dan suami untuk memiliki empat cahaya mata.
Raja Farah mula dikenali sebagai model iklan komersial TV menerusi iklan Beras Floral. Selain berlakon, dia juga berbakat sebagai pengacara TV dan pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Moga segala urusan Raja Farah dan rumah tangga bersama suami kekal bahagia hingga ke syurga.
Ads
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Biasa kaum wanita selain barangan kecantikan dan penjagaan diri, barangan wajib lain patut ada adalah koleksi tudung. Pantang ada dengar rekaan baru atau limited edition, pasti akan cepat-cepat mendapatkannya walaupun harga agak mahal. Rasa seronok dan bangga melihat deretan tudung dengan pelbagai corak, warna dan rekaan. Namun ada kalanya bila sudah terlalu banyak, menyebabkan sukar untuk mencarinya dan nampak sedikit berselerak dalam almari. Perkongsian wanita ini Imam Abdul Rahim di laman blongnya memberi idea cara untuk menyusun tudung dengan lebih tersusun.
Jom lihat cara yang dilakukan bagi memastikan koleksi tudung tersusun dan paling penting sedap mata memandang.
Nak susun tudung ni selalu jadi masalah sebab kalau kemas pun, nanti dalam seminggu dua, mesti dia berterabur balik. It’s so hard to find a system yang betul betul okay.
Cara susun tudung
Sebelum ni, I susun tudung pakai penyangkut bulat bulat ni:
Pros: Boleh sangkut sampai 30+ helai tudung. And harga dia pun murah, dalam RM7-RM10 je harga dia. I beli sampai dua. Lepastu gigih susun macam ni.
Cons: Senang bersepah. Tarik satu, yang lain mula la nak tertarik sekali. Lepastu belakang dia nampak tak kemas. Pastu, bila dah sangkut, susah nak cari tudung mana yang best, unless buat macam pameran. And susah nak kekalkan susunan warna. Lama lama I annoyed dengan penyangkut macam ni.
Lepastu, I susun dalam laci.
Pros: Kalau bersepah pun, tak sakit mata sebab tertutup dalam laci.
Cons: Senang bersepah and susah cari tudung.
Hari tu ada jalan jalan dekat Kenanga, I terjumpa hanger tudung ni RM5 je (ada 10) so terus beli 2 set.
So sangkut je tudung macam ni:
Bila dah banyak banyak, jadi lah macam ni:
Bila dah banyak banyak, rasa seronok pulak tengok warna dia. Makan space sikit, tapi happy sebab senang nak ambil and pilih! So setakat ni, this is my fav. In the future, kita tengok macam mana 😛
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kucing menjadi salah satu haiwan yang gemar dipelihara oleh manusia. Mamalia karnivora ini lahir dari pelbagai kaum dan jenis. Beberapa jenis kucing yang popular seperti Persia, Turkish Angora, maine coon, Scottish fold dan sebagainya.
Kadang kala tingkah laku kucing yang comel sering membuat kita merasa terhibur. Bentuk fizikal kucing kecil dan berbulu membuat kita gugup memeluk atau hanya membelai tubuhnya.
Malangnya, ada sebilangan orang yang menganggap menjaga kucing tidak baik untuk kesihatan, terutama untuk kesihatan wanita. Kucing dianggap mampu menyebarkan toxoplasmosis yang boleh menyebabkan kematian janin dan juga kemandulan.
Sebenarnya, ada beberapa faedah menjaga kucing yang dapat kita rasakan. Manfaat menjaga kucing bukan hanya untuk hobi dan kepuasan diri. Memelihara kucing akan mendapat faedah lain yang juga baik untuk kesihatan badan dan mental secara saintifik. Tidak percaya? Apa faedah kucing untuk manusia? Jom, lihat penjelasannya!
Kebaikan Memelihara Kucing untuk Manusia
1. Meringankan Tekanan
Manfaat pertama memiliki kucing adalah membantu menghilangkan tekanan. Apabila kita membesarkan kucing, kita akan menghabiskan lebih banyak masa dengan kucing dan pada masa itu otak akan melepaskan hormon oksitosin. Hormon oksitosin ini berfungsi untuk mewujudkan rasa tenang dan relak.
2. Meningkatkan Kekebalan
Penyelidikan yang dilakukan oleh National Institutes of Health menyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur di bawah satu tahun cenderung tidak terdedah kepada alahan kerana interaksi dengan kucing. Kucing dapat meningkatkan daya tahan tubuh dengan menjauhkan alergi yang mungkin menyerang tubuh.
3. Mencegah Penyakit Jantung
Membeli dan membelai kucing akan memberi kesan menenangkan yang positif. Dengan kasih sayang ini, kucing dapat mengurangkan tahap tekanan dan mengurangkan kegelisahan. Oleh itu, orang yang mempunyai kucing mempunyai risiko serangan jantung 30 peratus lebih rendah daripada orang yang tidak mempunyai kucing.
4. Meminimumkan Penyakit Strok
Mempunyai kucing di rumah sebagai haiwan kesayangan akan membuat anda sabar. Anda juga akan berasa lebih selesa dan tenang kerana anda selalu gembira dengan tingkah laku kucing anda. Seseorang yang terdedah kepada strok adalah kerana hidupnya tidak senang dan mengalami tekanan.
5. Mengatasi Kesepian
Manusia memerlukan sentuhan, rakan untuk bercakap dan rakan untuk bermain dengannya. Manfaat ini akan anda dapat apabila membela kucing. Kucing juga dapat menghilangkan perasaan kesunyian ketika kehilangan orang yang disayangi. Bermain dengan kucing dapat membantu anda memberi dan menerima cinta. Kucing peliharaan anda akan terdengar dalam keadaan duduk atau berbaring semasa anda bercakap.
6. Bantu Melindungi Alam Sekitar
Menjaga kucing bermaksud anda akan sentiasa berada di persekitaran yang bersih. Kebersihan rumah anda akan sentiasa dijaga kerana kebiasaan membersihkan kucing dengan selalu membuang air besar di tempat yang disediakan. Selain itu, kucing juga dapat membantu melindungi persekitaran anda dari tikus dan serangga yang cuba masuk ke rumah. Kucing akan berjaga-jaga apabila terdapat perosak yang memasuki rumah secara tidak sengaja.
7. Individu yang Memelihara Kucing Secara Umumnya pintar
Penyelidik mengatakan bahawa orang yang lebih pintar cenderung bekerja lebih lama. Kerana kucing memerlukan perhatian yang lebih sedikit daripada anjing, mereka adalah pilihan yang lebih baik untuk individu yang sibuk.
8. Menunjukkan Keperibadian Seseorang
Secara amnya, pencinta kucing lebih tenang dan cenderung bersifat introvert. Tetapi di sebalik keperibadian itu dia adalah orang yang boleh dipercayai. Pemilik kucing juga kurang manipulasi dan kelihatan lebih sederhana.
9. Memupuk rasa peduli terhadap orang lain
Mempunyai kucing di rumah akan meningkatkan kepekaan dan keprihatinan anda terhadap individu lain. Tabiat kucing dan cara mereka bertindak balas terhadap sikap anda akan membantu mengawal emosi yang anda miliki. Keupayaan untuk berkomunikasi dan menjaga individu lain pastinya akan meningkat.
10. Penyelamat
Walaupun kucing tidak mempunyai tahap kecerdasan seperti manusia, terdapat banyak kisah mengenai betapa hebatnya kucing menyelamatkan pemiliknya dari bahaya. Contohnya ialah kucing di Montana membangunkan pemiliknya apabila paip gas bocor.
Sumber: Tokopedia
SUMBER GAMBAR: Pexels
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Apakah yang dimaksudkan dengan Haji Akbar? Di dalam al-Qur’an, Allah SWT telah menamakan satu hari dengan nama hari Haji Akbar (hari Haji yang paling agung). Hari yang agung ini disebut di dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Inilah adalah satu pengumuman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar iaitu hari Raya Korban bahawa sesungguhnya Allah berlepas diri daripada orang-orang musyrik dan perjanjian-perjanjian mereka. Begitu juga dengan Rasul-Nya. Sehubungan dengan ayat ini, Imam al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadith bahawa pada tahun itu juga iaitu tahun kesembilan Hijrah, Nabi SAW telah mengutus Ali RA untuk mengumumkan berkenaan ayat-ayat ini pada hari Raya Korban di Mina. Kandungannya adalah selepas daripada tahun ini, orang musyrik tidak boleh lagi melakukan haji dan tawaf di Baitullah. Dalam masa yang sama, tidak boleh juga melakukan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang”. [Lihat: Tafsir al-Jalalayn, 240]
MAKNA HAJI AKBAR
Di dalam tafsir al-Thabari, imam al-Thabari telah mendatangkan beberapa pendapat bersama dengan riwayat-riwayat atau athar-athar samada daripada Nabi SAW, sahabat RA dan juga para tabi’in yang menyokong pendapat tersebut dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Di sini kami ringkaskan dengan memilih beberapa pendapat seperti yang berikut:
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW berdiri pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) di antara jamrah-jamrah pada waktu Baginda SAW menunaikan Haji, lalu Baginda SAW bertanya: “Hari apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari al-Nahr (hari 10 Zulhijjah)”. Nabi SAW bersabda: “Ini adalah hari Haji Akbar”. [Riwayat Abu Daud, (1945)][Sanadnya adalah sahih menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth]
Ketiga: Haji Akbar adalah hari-hari haji keseluruhannya.
Maksudnya: “Hari Haji Akbar adalah ketika waktu haji serta kesemua harinya”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]
Selain itu juga, Imam al-Nawawi berkata dalam menentukan makna Haji Akbar ini ketika beliau mensyarahkan hadith pada bab “tidak akan melakukan haji bagi orang yang musyrik dan tidak akan boleh melakukan tawaf dalam keadaan telanjang, beliau berkata:
“Para ulama’ telah berselisih pendapat dalam menentukan apa yang dikehendaki dengan makna Hari Haji Akbar. Dikatakan ia adalah Hari Arafah. Telah berkata Malik, al-Syafie dan jumhur bahawa ia adalah hari al-Nahr. Al-Qadhi ‘Iyadh telah menukilkan daripada al-Syafie bahawa ia adalah hari Arafah. Ini adalah khilaf yang ma’ruf (diketahui) oleh mazhab al-Syafie. Telah berkata ulama’ bahawa dikatakan Haji Akbar itu adalah untuk menjauhkan atau membezakan dengan Haji Ashghar iaitu umrah. Manakala, hujah bagi sesiapa yang berpegang dengan Haji Akbar ini adalah Hari Arafah adalah dengan hadith yang masyhur iaitu “Haji itu Arafah”. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 116/9]
PENDAPAT YANG DIPILIH
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, pendapat pertama dan kedua adalah pendapat yang masyhur dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Setelah melihat pandangan para ulama’ dalam masalah ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Akbar adalah Hari al-Nahr iaitu 10 Zulhijjah atau hari Raya Korban sepertimana pendapat yang kedua.
Selain itu juga, ini adalah pendapat Imam al-Thabari setelah beliau menceritakan pendapat-pendapat berkaitan masalah ini. Imam al-Thabari berkata:
“Pendapat yang utama dan sahih disisi kami adalah sesiapa yang mengatakan bahawa Hari Haji Akbar adalah Hari al-Nahr (10 Zulhijjah) disebabkan zahirnya (jelasnya) khabar-khabar daripada sekumpulan sahabat-sahabat Nabi SAW bahawa Ali RA telah mengumumkan apa yang diperintahkan kepadanya oleh Rasulullah SAW kepada kaum Musyrikin, lalu beliau membaca kepada mereka surah “براءة (al-Taubah)” pada hari al-Nahr. Selain itu juga, berkenaan dengan khabar-khabar yang telah kami sebutkan daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW telah bersabda pada hari al-Nahr: “Adakah kamu semua tahu, hari apakah ini?”. Baginda menjawab dengan mengatakan: “Ini adalah Hari Haji Akbar”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]
Tambahan pula, Syeikh al-Mubarakfuri memberi peringatan serta menyanggah pemahaman sebahagian masyarakat yang mengatakan bahawa Haji Akbar ini adalah apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat.
Disebabkan itu, ia dinamakan Haji Akbar. Beliau berkata:
Maksudnya: “telah tersebar dan masyhur dalam kalangan orang awam bahawa apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat maka ia adalah Haji Akbar. Kenyataan atau pemahaman ini adalah tidak mempunyai asal sama sekali”. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 27/4]
PERBEZAAN HAJI AKBAR (الحج الأكبر) dan HAJI ASHGHAR (الحج الأصغر)
Soalan: Apakah perbezaan di antara Haji Akbar dan Haji Ashghar?
Jawapan:
Adapun makna Haji Ashghar yang dilihat oleh jumhur adalah umrah. Adapaun Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa perkara ini telah menjadi perselisihan dalam menentukan makna Haji Ashghar.
Jumhur mengatakan makna Haji Ashghar adalah umrah dan dikatakan juga bahawa Haji Ashghar itu adalah hari Arafah. Manakala Haji Akbar adalah hari al-Nahr (10 Zulhijjah) kerana padanya (hari 10 Zulhijjah) disempurnakan manasik-manasik (perbuatan-perbuatan) haji yang lain. [Lihat: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 321/8]
Tambahan pula, Imam al-Thabari mengatakan bahawa sebab yang betul ia dinamakan dengan Haji Akbar adalah kerana Haji Akbar adalah haji dan haji lebih besar daripada umrah dengan penambahan amalan-amalan yang ada padanya. Disebabkan itu ia dinamakan Haji Akbar disebabkan amalan pada waktu haji lebih banyak berbanding amalan pada waktu umrah.
Adapun Haji Ashghar (kecil) adalah umrah kerana amalan padanya lebih sedikit berbanding amalan ketika menunaikan haji. Oleh sebab itu, ia dinamakan dengan Haji Ashghar disebabkan kurangnya amalan pada waktu umrah berbanding amalan pada waktu haji.
Berdasarkan pendapat di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Ashghar adalah umrah dan bukannya hari Arafah berdasarkan pendapat jumhur.
PENUTUP
Kesimpulannya, Haji Akbar adalah hari Nahr (يوم النحر) iaitu hari Raya Korban yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Ini kerana, pada hari tersebut akan dilaksanakan manasik-manasik haji seperti tawaf, bersa’ie (antara safa dan marwah) ,melontar, berkorban, bercukur dan lain-lain perkara lagi.
Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita kesempatan dan peluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Amin.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...