Siapa sahaja yang mengalami masalah jerawat pasti berasa kurang selesa. Kalau boleh 24 jam membelek jerawat yang tumbuh subur pada kulit wajah. Sudah pelbagai cara dicuba namun usaha hanya sia-sia. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu bagaimana sukarnya untuk menemukan ubat jerawat yang benar-benar serasi.
Selain menggunakan produk perawatan wajah yang ada di pasaran anda juga boleh mencuba petua tradisional. Ia menggunakan produk semula jadi dan tentulah risiko untuk mengalami alahan sangat rendah.
Berikut perkongsian Sarifa Redzuan II
CARA MUDAH KECUTKAN JERAWAT GUNA MANJAKANI
Manjakani bukan sahaja bagus di rebus untuk kesihatan dalaman wanita namun sangat bagus kecutkan jerawat di muka.
Kalau rasa macam baru nak naik jer jerawat tu tepek dekat kawasan tu. Esok tak jadi ia nak naik.
Sangat sesuai untuk lelaki mahupun wanita yang mempunyai masalah kulit berjerawat.
BAHAN BAHAN:
1 biji manjakani di tumbuk halus ( Kalau masih kasar boleh tapis ambil yang serbuk halus sahaja)
1 sudu besar tepung kacang hijau
CARA BUAT:
*Kacau sebati serbuk manjakani bersama tepung kacang hijau yang ditambah sedikit air.
CARA PAKAI:
1. Boleh dijadikan scrub wajah
2. Boleh dijadikan masker wajah
3. Boleh juga skrub badan untuk hilangkan masalah jerawat di belakang badan dan punggung.
Bagi yang inginkan kulit yang tegang boleh amalkan masker ini seminggu 2-3 kali waktu malam.
HIJABISTA: Manjakani bukan sahaja bagus untuk perawatan dalaman wanita tetapi juga ammat sesuai untuk dijadikan perawatan kulit wajah terutama kulit yang bermasalah.
Sumber kredit: Sarifa Redzuan II Top image: Canva
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI