Rider Grab ‘Selar’ Layanan Tak Wajar Terhadap Pelanggan OKU, Alasan Tiada Lif – “Jangan Sibuk Kejar Order Je!”

Share

Sering kita lihat isu penganiayaan terhadap penghantar makanan seperti Grab Food atau Food panda. Namun, ada juga masalah berbangkit dari perkhidmatan itu sendiri kepada pelanggan yang menggunakan khidmat ini.

Tular sebuah perkongsian dari Penghantar Grab sendiri menegur penghantar makanan yang lain untuk hantar makanan terus ke depan rumah pelanggan. Ini kerana ramai yang enggan melakukannya meski pun telah di request oleh pelanggan.

Artikel berkaitan: Aiman Jadi Pemandu Grab Bantu Keluarga Yang Susah Tapi Ajal Jemput Dulu. Netizen Doakan Syurga Tempatnya!

Susah Sangat Ke Nak Letak Di Depan Rumah?

Sumber dari @grab_nizam

Menurut perkongsian dari pengguna TikTok @grab_nizam, dia ada menghantar makanan kepada seorang pelanggan yang duduk di sebuah pangsapuri. Dia juga menyatakan pelanggannya itu duduk di tingkat 4 dan memintanya untuk hantar ke depan rumah.

Pelanggannya itu merupakan seorang wanita yang di gelar ‘Auntie’ adalah orang kurang upaya (OKU). Katanya, ramai rider yang enggan untuk menghantar makanan ke depan rumahnya kerana pangsapuri itu tiada lif keatas.

Auntie ini complain ramai rider tak mahu naik ke atas tingkat 4 kerana tiada lif,

“Kalau suruh naik rider akan bagi macam-macam alasan. Tapi tahu tak kenapa dia suruh naik? Auntie ni OKU! Please rider jangan sibuk kejar order sahaja.” tulisnya dalam video itu.

“Apa Salahnya Kita Mudahkan Urusan Orang?”- Wargamaya

Isu ini juga turut menjadi perhatian buat wargamaya ekoran mereka juga pernah alami masalah ini. Ada juga yang bersyukur kerana masih ada rider yang baik seperti Nizam (pemilik video itu).

“Kita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita bang. Semoga dimurahkan rezeki abang,

“Selalu bagi tip dekat rider kalau mereka hantar sampai depan pintu. Even tingkat 1 pun aku akan bagi tip sebab mereka dah susah-susah hantar makanan dekat kita,

“Entah, dulu elok sahaja sebelum pkp naik sampai atas. Drop dekat bawah sebab PKP, sekarang rasanya tak valid dah tinggal dekat bawah alasan PKP.” ujar komen-komen wargmaya susulan isu ini.

Artikel berkaitan: Ciri Terbaharu Merakam Suara Semasa Perjalanan, Grab Melindungi Pengguna Dengan AudioProtect

Tidak semua penghantar makanan yang berkelakuan seperti itu, tetapi mungkin minta dipertimbangkan untuk memahami satu sama lain. Jaga hubungan kita agar urusan kita bersama dimudahkan.

@grab_nizamKalau rasa x berminat ramai lagi org nak keje rider nih jgn disebabkan segelintir punya peel semua rider terpalit sama♬ Commando – Mavokali

 Sumber: Tiktok @grab_nizam

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee