Mengingati Tuhan itu bukan waktu solat sahaja namun pada setiap masa. Ingat pada Tuhan bererti kita sedar bahawa kita hanyalah seorang hamba yang sentiasa berharap kepada Sang Pencipta Yang Maha Esa.
Jika sudah ditakdirkan menjadi rezeki kamu, maka dalam apa jua cari sekali pun ia tetap akan menjadi milikmu. Tular baru-baru ini mengenai seorang tukang cuci masjid yang ditawarkan menjadi imam apabila videonya membaca ayat-ayat Al-Quran dengan lunak sewaktu bekerja menjadi perhatian ramai. MasyaAllah, rezeki yang tidak disangka-sangka daripada Allah.
From Mosque cleaner to Imam. This brother was found reciting the Quran whilst cleaning a Mosque in Qatar. When the video went viral, his employer heard about it and he offered him a job as an Imam at a different Mosque to better utilise his beautiful voice. May Allah bless him. pic.twitter.com/PceH8kmg2N
Shalawi Siraje dari Uganda ditawarkan menjadi Imam di sebuah masjid oleh majikannya itu selepas video tersebut viral. Merdu sungguh suaranya…
Selain itu, dia juga ada mesej yang sangat bermakna buat seluruh muslimin di dunia.
Ads
“Ingat Allah di mana sahaja, tidak kiralah sewaktu bekerja ataupun tidak… Kebanyakan orang memikirkan Islam hanya untuk Arab tetapi mereka salah. Islam adalah untuk semua makhluk di seluruh alam ini. Itulah yang menyebabkan banyak orang memikirkan mustahil untuk saya hanya kerana saya berkulit hitam, tidak cukup baik dan bekerja sebagai tukang cuci. Tetapi kebenarannya ialah ia bukan hanya untuk kaum Arab, tetapi seluruh manusia di muka bumi.”
Ads
Benarlah apa yang dikatakan itu. Tidak kiralah siapa kita, hanya Tuhan sahaja yang boleh menilai diri kita. Sentiasalah bersangka baik dan berusaha mencapai rahmat daripadaNya. InsyAllah.
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial berhubung satu pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah agensi swasta hingga menjadi sorotan dan perdebatan dikalangan wargamaya.
Ini demikian kerana, agensi berkenaan didakwa mengenakan caj harga perkhidmatan yang terlampau tinggi bagi perlaksanaan ibadah umrah dengan menampilkan selebriti terkemuka di Malaysia.
Sehubungan itu, bagi merungkai isu ‘panas’ ini, Hijabista mendapatkan maklum balas daripada Ustazah, Dr. Robiah K Hamzah yang sering mendapat undangan bersama jemaah ‘kayangan’ melaksanakan ibadah umrah.
Layanan ‘Double Standard’ Juga Satu Bentuk Rezeki
Menurut Ustazah Robiah yang mesra disapa dengan panggilan ummi, jelasnya perkara ini tidak seharusnya diperbesarkan sehingga menjadi perbalahan sesama muslim. Malah, jika seseorang individu itu mampu, menyertai pakej umrah ‘kayangan’ ini seharusnya dilihat dari sudut positif menerusi konteks ‘rezeki’.
Sudah ditetapkan oleh Allah, bahawa individu itu mempunyai rezeki yang lebih, menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri untuk mendapatkan ibadah yang selesa dan sesuai dengan kos yang dikeluarkan.
Seperti yang kita sedia maklum, pakej umrah kayangan ini semestinya menawarkan keselesaan yang jauh lebih baik berbanding pakej-pakej umrah sedia ada. Malah, urusan mereka juga lebih mudah dan berjalan lancar kerana ditawarkan perkhidmatan ‘kelas pertama’.
“Contohnya, di Thaif mereka singgah di restoran paling mahal, jadi layanan, makanan, dan cara mereka di sambut ketika tiba di tanah suci sudah pasti berbeza, mereka juga dimudahkan segala urusan ketika melaksanakan umrah.
“Mereka tidak diuji Allah dengan ujian-ujian kecil ketika dalam perjalanan, tak ditimpa musibah seperti sakit. Kerana mereka dijaga dalam bentuk yang highclass.
“Dari segi layanan pengurusan, hinggalah kepada kepakaran mutawwif semuanya ‘tiptop’ sebagai pemandu arah (tour-guide) kepada jemaah-jemaah yang terlibat dalam pakej umrah kayangan ini.
“Ini juga merupakan satu bentuk rezeki dan nikmat yang mereka (golongan berada) mampu untuk bayar,” ujarnya.
Tambahnya lagi, bercakap melalui pengalaman membawa golongan kenamaan menunaikan ibadah umrah, Ummi berkata, setiap kos yang dibayar dan dikeluarkan oleh golongan ini sememangnya berbaloi dengan keselesaan melakukan ibadah yang mereka terima.
“Sebab orang-orang yang menguruskan jemaah kayangan ini pun bukan orang Malaysia, kita hanya menjadi orang tengah sahaja. Disana banyak menggunakkan tekong-tekong atau pakar-pakar seperti pakar perjalanan, pakar tempat makan, pakar travel, pakar tempat bersejarah.
“Hampir semua perkhidmatan umrah kayangan ini menggunakan pakar. Jadi ummi merasakan beruntungnya dapat masuk ke pakej ini, kerana kita mendapat satu layanan yang sangat istimewa di tanah suci,” jelasnya.
Hukum Menunaikan Umrah Dengan Kos ‘Kayangan’
Mengulas berkenaan hukum, Ummi berkata ia berbalik kepada hukum asal menunaikan rukun Islam kelima itu, iaitu ‘Menunaikan Haji dan Umrah bagi yang mampu’. Hukumnya wajib bagi yang menunaikannya pertama kali, dan sunat bagi mereka yang menunaikannya kali kedua dan seterusnya.
Tetapi Ummi menegaskan, meskipun hanyalah melakukan ibadah sunat, pastinya kita mahu mengerjakan dan melaksanakannya dengan cara yang paling baik, agar ibadah kita itu sempurna dan diterima disisi Allah swt.
“Maksud paling baik ini, pertama kita mesti berada dalam keadaan sentiasa dilindungi Allah dan dikurniakan nikmat kesihatan yang baik.
“Kedua, sewaktu pergi melaksanakan ibadah, kita juga dapat menghulurkan sedekah. Kemudian kita juga diberikan kemudahan-kemudahan seiring peredaran zaman.
“Contoh kalau dulu kita kata duduk masjid, tak payah la air-cond kipas pun dah cukup, dah boleh laksanakan ibadah. Solat je pun. Tapi akhirnya kita akur perlunya ada penambahbaikkan juga, supaya ibadah kita lebih mudah dan khusyuk.
Justeru, Ummi berkata tidak timbul isu sekiranya travel agensi menggunakan para selebriti sebagai ‘umpan’ untuk menarik pelanggan ataupun mengumpul jemaah agar perlaksanaan ibadah umrah itu dapat disegerakkan.
“Kalau nama dia (para selebriti) mampu untuk menarik pelanggan dan menarik orang-orang untuk pergi umrah apa salahnya? Itu merupakan satu cara travel agensi dapat mengumpul jemaah pergi menunaikan umrah dengan lebih cepat. Mungkin itu juga satu nikmat dari selebriti tadi.
“Kedua, artis yang membantu travel agent untuk mendapatkan pelanggan, itu juga kita anggap sebagai sebahagian dari ibadah.
Namun, katanya bagi rakyat marhaen yang tidak mampu untuk membayar kos pakej kayangan, mereka juga layak menunaikan umrah tetapi perlu berpada-pada dan tahu ‘mengukur baju, di badan sendiri’.
Rakyat marhaen tidak perlu ‘mengikat perut’ serta merasa runsing memikirkan bagaimana cara untuk mengumpul wang, hanya kerana ingin menikmati pakej umrah kayangan ini.
Taja Fakir Miskin Tunai Umrah, Jauh Lebih Baik Dari Keluar Kos Pergi ‘Umrah Kayangan’
Bagaimanapun, Ummi turut menasihati golongan yang berduit ini agar menaja fakir-fakir miskin menunaikan umrah bersama mereka, daripada pergi menunaikan umrah secara bersendirian dengan mengambil pakej ‘kayangan’.
“Kepada orang ‘kayangan’ kalau ada duit yang banyak, lebih baik membawa lebih ramai jemaah menunaikan umrah. Tajalah orang untuk pergi umrah. Kerana itu diantara ibadah yang paling besar, jika dibandingkan dengan ibadah kita bersendirian dengan belanja mewah.
“Kalau Allah kata satu umrah satu pahala. Kalau taja 10 orang, dapat 10 pahala umrah contohnya.
“Ummi nasihatkan kepada yang banyak duit, daripada membayar harga-harga kayangan ini, lebih baik gunakan duit itu, kita pegi sama-sama ambil pakej sederhana yang dekat dengan masjid,” katanya.
Mengulas isu sama, Ustazah Robiah turut mengingatkan agar mereka yang pergi menunaikan umrah bersama golongan artis agar menjaga niat dan ikhtilat supaya tidak terpesong.
“Jagalah niat, walaupun membayar dengan harga mahal tapi jangan sampai jatuh riak, kita takut dengan adanya selebriti ini dia akan jatuh riak. Contohnya saya pergi umrah dengan artis ini, artis itu. Jadi jangan sampai niat-niat ini terkucil hingga menjejaskan ibadah,” tegasnya.
Sekadar info, media tempatan melaporkan bahawa ketidakstabilan harga perkhidmatan ibadah umrah mengakibatkan para jemaah terpaksa menanggung kenaikan harga pakej umrah yang naik mendadak hingga melebihi 50 peratus, berbanding pakej asal yang ditempah.
Perkara berkenaan mendapat pengesahan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pihaknya mengesan kenaikkan berkenaan mula berlaku sejak November lalu, susulan kenaikan jemaah Umrah yang mendadak sebaik Arab Saudi membenarkan penggunaan visa pelancongan Umrah
Kalau kita nak sesuatu, mesti kita akan berusaha dan minta kepada Tuhan kan. Hari ini, Hijabista ingin berkongsikan cara berdoa yang InsyaAllah boleh mengubah hidup kita ke arah lebih baik. Cara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Norizyana Ishak.
Hilangkanlah kesulitan ini Ya Allah…
Gantikan ‘beri’ kepada ‘kurniakanlah’.
Ada perbezaan antara dua ini.
“Sekiranya perkara ini mendekatkan diriku dengan Kau Ya Allah’’
Jangan lupa bersyukur .
Mendoakan orang lain juga untuk keberkatan.
Moga amalan dan doa kita ini diterima Tuhan. Tidak salah kita mencuba cara yang baru untuk ke arah kebaikan bukan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sempurnanya solat itu bermula dengan sempurnanya wuduk anda. Jikalaukalau solat kita tak sempurna, dijamin hidup kita pun tidak akan sempurna. Tiang kejayaan hidup adalah solat.
Sebagai wanita, bersolek memang menjadi satu keperluan walaupun setakat memupuk bedak dan gincu. Apatahlah lagi hijabi sekarang, solekan adalah satu kewajipan untuk meningkatkan keyakinan diri.
Sah Ke Wuduk Apabila Solekan Masih Berbaki
Cuma satu hal yang selalu menyusahkan adalah ketika berwuduk. Menarikknya dengan penjelasan Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad ini melalui Facebook Live beliau, berkenaan status wuduk jika sisa mekap masih melekat. Nampak ringan tapi berat sebenarnya. Info yang baik untuk para wanita, Jom semak hijabi yang kaki bersolek!
“Tadi ada seorang patient datang nak check mata dengan saya. Kemudian dia nak bergambar walaupun dah siap bertelekung untuk sembahyang. Saya tengok matanya, dia dah siap berwuduk tapi eyeliner masih ada.
Dia kata takpe Prof, orang kata boleh ambil wuduk macam ni. Jadi saya pun jawab tak boleh, tak sah wuduk. Eyeliner patient tu walau selepas dilap dengan tisu basah pun masih ada sisa yang tertinggal. Terpaksa pakai oil cleanser, barulah bersih dan sah wuduknya.
Saya faham wanita suka pakai eyeliner supaya mata nampak besar. Tapi risikonya adalah tak sah wuduk, malah merugikan masa. Ramai kurang tahu sebenarnya, kelopak mata atas kita adalah sebahagian anggota wuduk.
Produk Mesra Wuduk
Berlainan dengan celak. Pakai celak boleh, macam saya pakai ni di kelopak bawah. Ada seorang wanita Arab pernah beritahu, garis bawah mata tu bukan anggota wuduk. Jadi boleh pakai, macam kita ikut sunah Nabi.
Begitu juga dengan produk mekap mesra wuduk lain yang senang ditanggalkan. Betul boleh pakai tapi masa berwuduk, pastikan ia ditanggalkan.
Saya sebenarnya kasihan dengan ramai di luar sana yang beli macam-macam produk. Saya tak tahulah sempurna ke tidak berwuduk dengannya. There’s no such thing as masih ada maskara atau apa pun ketika wuduk. Sama juga dengan sunblock atau apa saja yang kalis air, jawapannya tak boleh. Lipstik pun sama, especially yang tebal dan susah untuk ditanggalkan.
Saya pernah tanya sorang anak saudara saya di Mekah, macam mana dengan natural oils? Dia jawab boleh. Contohnya kita pakai minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak argan dekat muka kemudian ambil wuduk, itu boleh.
Jadi amalkan membawa sebotol minyak yang kecil ke mana-mana. Minyak zaitun contohnya, untuk cuci muka kita bersih-bersih. Lepas solat nanti, pakailah balik mekap yang kita suka tu.”
Hukum pakai bulu mata palsu?
Prof Muhaya turut memberi pendapatnya tentang amalan membuat extensionbulu mata. “Saya bukan ustazah tapi setahu saya hukumnya bila kita menyambung bulu mata atau pakai bulu mata palsu ni berdosa.
Dulu saya pun pernah pakai bulu mata palsu masa shootingMata Ke Hati. Saya tak tahu masa tu tapi seorang Ustaz ni beritahu berdosa.”
Sumber: Facebook Prof Dr Muhaya
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...