Jovian Mandagie memang terkenal dengan rekaan Couture dalam mengembangkan sayapnya mengeluarkan rekaan baju JM rtw yang sudah beroperasi selama enam tahun. Malah ada yang memberi tanggapan dengan membuat rekaan yang boleh dipakai oleh semua golongan, justeru JM telah menjatuhkan standard rekaan dan jenamanya tersendiri.
“Alhamdulilah rezeki saya tidak pernah berkurang dan tersekat, malahan saya membuka peluang kepada mereka di luar untuk menggayakan setiap rekaan saya”.
Ujar Dato Jovian Mandagie sendiri.Kolaborasi yang dinanti-nantikan oleh peminat kedua pereka terkenal dari Malaysia ini dengan pereka Indonesia yang sinonim dengan baju khas untuk Muslimah Ria Miranda. Gabungan istimewa ini membawa dua jiwa memberi kelainan pada koleksi terbaharu Jovian x Ria Miranda.
Pada majlis penuh keberkatan pada 7 Mac, JM melancarkan koleksi Jovian x Miranda, di mana dua pereka terkenal ini menjanjikan kelainan dari segi pemilihan fabrik, corak, warna dan sudah pasti perincian setiap helaian koleksi.
Jovian Mandagie memang sinonim dengan perincian manik dan kekemasan di setiap koleksinya sebelum ini. Akan tetapi kelainan pada koleksi kolabrasi kali ini dengan perincian manik secara minimal.
Manakala Ria Miranda yang menjadi ikonik baju Muslimah di Jakarta, ternyata apabila melihat pada koleksi ini, hijabi dapat mengesan ia mempunyai kelainan. Kedua pereka terkenal ini tetap mengekalkan identiti masing-masing tetapi mengubah dari kebiasaan tanpa mengetepikan identiti mereka.
Melihat pada perekanya tersendiri Ria Miranda yang gemar hasilkan rekaan mengambarkan wanita Muslimah yang sebenar. Sopan, feminin, klasik dan cantik menjadi titik utama dalam setiap rekaan beliau. Kolabrasi pertama kali akan mengembangkan sayap ke negara jiran membawa satu impak positif dan membuka mata buat hijabi dalam berfesyen tetapi masih mengekalkan syariah.
Permulaan yang baik apabila kolaborasi ini menjanjikan kelainan dan sudah pastinya sesuai untuk semua golongan. Umum tahu rekaan Jovian Mandagie memang terkenal di kalangan VVIP tetapi dengan adanya beberapa gabungan koleksi antara pereka dan selebriti terkenal, maka dengan ini JM sendiri telah menambah golongan pemakai rekaannya.
Pastinya Jovianista ternanti-nanti apa koleksi JM seterusnya, dengan target pasaran yang lebih meluas. Tahun 2019 menyaksikan JM akan memperbanyakkan koleksi hasil kolaborasi dan juga koleksi yang punyai tema tersendiri.