Jovian Mandagie memang terkenal dengan rekaan Couture dalam mengembangkan sayapnya mengeluarkan rekaan baju JM rtw yang sudah beroperasi selama enam tahun. Malah ada yang memberi tanggapan dengan membuat rekaan yang boleh dipakai oleh semua golongan, justeru JM telah menjatuhkan standard rekaan dan jenamanya tersendiri.
“Alhamdulilah rezeki saya tidak pernah berkurang dan tersekat, malahan saya membuka peluang kepada mereka di luar untuk menggayakan setiap rekaan saya”. Ujar Dato Jovian Mandagie sendiri.
Rekaan Lari Dari Kebiasaan
Kolaborasi yang dinanti-nantikan oleh peminat kedua pereka terkenal dari Malaysia ini dengan pereka Indonesia yang sinonim dengan baju khas untuk Muslimah Ria Miranda. Gabungan istimewa ini membawa dua jiwa memberi kelainan pada koleksi terbaharu Jovian x Ria Miranda.
Ads
Pada majlis penuh keberkatan pada 7 Mac, JM melancarkan koleksi Jovian x Miranda, di mana dua pereka terkenal ini menjanjikan kelainan dari segi pemilihan fabrik, corak, warna dan sudah pasti perincian setiap helaian koleksi.
Jovian Mandagie memang sinonim dengan perincian manik dan kekemasan di setiap koleksinya sebelum ini. Akan tetapi kelainan pada koleksi kolabrasi kali ini dengan perincian manik secara minimal.
Ads
Manakala Ria Miranda yang menjadi ikonik baju Muslimah di Jakarta, ternyata apabila melihat pada koleksi ini, hijabi dapat mengesan ia mempunyai kelainan. Kedua pereka terkenal ini tetap mengekalkan identiti masing-masing tetapi mengubah dari kebiasaan tanpa mengetepikan identiti mereka.
Ads
Koleksi Mengambarkan Muslimah Sebenar
Melihat pada perekanya tersendiri Ria Miranda yang gemar hasilkan rekaan mengambarkan wanita Muslimah yang sebenar. Sopan, feminin, klasik dan cantik menjadi titik utama dalam setiap rekaan beliau. Kolabrasi pertama kali akan mengembangkan sayap ke negara jiran membawa satu impak positif dan membuka mata buat hijabi dalam berfesyen tetapi masih mengekalkan syariah.
Rekaan Jovian Mandagie x Ria Miranda Untuk Semua Golongan
Permulaan yang baik apabila kolaborasi ini menjanjikan kelainan dan sudah pastinya sesuai untuk semua golongan. Umum tahu rekaan Jovian Mandagie memang terkenal di kalangan VVIP tetapi dengan adanya beberapa gabungan koleksi antara pereka dan selebriti terkenal, maka dengan ini JM sendiri telah menambah golongan pemakai rekaannya.
Pastinya Jovianista ternanti-nanti apa koleksi JM seterusnya, dengan target pasaran yang lebih meluas. Tahun 2019 menyaksikan JM akan memperbanyakkan koleksi hasil kolaborasi dan juga koleksi yang punyai tema tersendiri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak semestinya apabila kita sihat sebenarnya tidak mempunyai penyakit. Kadang-kadang penyakit ini datang tanpa kita sedari dan tiada tanda-tanda awal. Antaranya seperti mempunyai ketumbuhan atau cyst. Dengarnya seperti masalah kesihatan biasa, tetapi jika tidak diubati kemungkinan boleh menyebabkan penyakit merbahaya lain hingga membawa maut.
Perkongsian wanita ini Hety Ezleen di laman sosial menceritakan pengalamannya bagaimana dia dikesan mendapat cyst. Asalnya hanya sakit di perut hingga membuncit seperti orang mengandung. Namun setelah melakukan pemeriksaan barulah doktor mengesahkan dia sebenarnya disahkan menghidap ovarian cyst.
Dia terpaksa melakukan pembedahan bukan sahaja membuang cyst berkenaan tetapi juga kedua-dua belah ovarinya. Lebih menyedihkan dia tidak berpeluang untuk hamil lagi.
Ikuti perkongsian dari wanita ini selama 2 minggu bedepan penderitaan ini beserta dengan kos rawatan yang dibayar. Dia kini masih lagi dalam proses penyembuhan. Kita doakan agar Hety akan sihat seperti sebelumnya.
MULANYA ALAMI SAKIT DI BAHAGIAN PERUT
Ramai yg bertanya pd saya, mcm mana mula2 saya tau yg saya ada cyst.. apa tanda2 cyst, dan apa tindakan saya.. Saya rasa terpanggil utk berkongsi pengalaman saya utk rakan2 yg bertanya.. mana tahu dapat membantu awk2, rakan2 awk, atau saudara mara awk yg senasib spr saya sebelum terlambat..
*Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga.. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan.
*Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun sy tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan2. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet.. then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi.. Bayangkanlah penderitaan ini.. Ini krn cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.
*Kadang2 sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yg teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini krn faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.
*Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung. (perut saya spr wanita mengandung 4bulan). Ia tak sakit krn dalam perut mengandungi air.. doc kata cyst tu yg keluarkan air tersebut.
*Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.
*Kadang2 pening kepala.. tak selalu..
*Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang2 ketulan cyst tu timbul pd perut.. saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri.. bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras.. seram pulak tp tak bgtau dgn sesiapa sbb takut
PERUT BUNCIT SEPERTI WANITA MENGANDUNG & START BUAT PEMERIKSAAN
Itu tanda2 cyst yg saya alami, period saya regular.. utk org lain sy tak pasti, krn hormon badan kita berbeza.. Doc cakap dgn saya, setiap wanita mmg ada cyst, ia bergantung pd ‘dia’ aktif atau tidak je..
Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung
Okay, Saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yg bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye.. jika hospital kerajaan pastinya murah.. tapi lambat (ikut pengalaman cerita org2)
1. 14.2.2018 Saya pergi ke Klinik sakit puan.. Doc India tu buat ultrasound tengok apa yg ada dlm perut.. doc x nampak pun cyst tu.. dia cakap perut saya banyak air.. then terus dia cakap air dalam perut awk ni mungkin air kanser!! *+^=% tergamam sebentar dgr kata2 doc tu.. (dpt gambar scan dlm perut..BAYARAN RM60)
2. 14.2.2018 Tak puas hati dgn result klinik pertama, call kakak ipar (doctor) then bgtau masalah saya, dia suruh saya pergi ke Klinik dia. Jauh jugak la dgn rumah.. huhu.. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni mmg nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Omak tanjat aihh! Blur kejap dan mata terkebil2.. Then kakak ipar buatkan surat ke Hosp Pantai utk buat ujian CT Scan.. (dpt gambar dlm perut.. BAYARAN FREE sbb kakak ipar
3. 15.2.2018 Pergi Hosp Pantai (Private) buat CT Scan abdomen dan pelvic.. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga.. (BAYARAN RM1110.45)
BUAT UJIAN PAP SMEAR & DOKTOR KATA KANSER, PERLU DIBEDAH SEGERA
4. 15.2.2018 Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, haa.. kakak ipar explain la dr result tu.. dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm.. uargh!! Pucat terus muka yg tak berapa nk cerah ni. Then kakak ipar cakap, “Hety.. ini bukan main2 tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar!! Ia merbahaya!! Ia akan membesar dan terus membesar!!” Ok seram (BAYARAN free sbb kakak ipar)
5. 20.2.2018 Pergi jumpa doc Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yg kakak ipar tulis tu.. doc Lim terus buat ultrasound kat perut.. dan dia sangat terkejut dgn kandungan air yg ada dlm perut.. doc kata banyaknya air!! doc lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dgr perkataan ‘cancer’ tu. Doc buat pap smear dan buat ujian darah CA 125.. (BAYARAN RM1024.50)
6. 21.2.2018 Appoinment lagi dgn doc lim di KPJ Johor, amik result darah CA 125 yg buat semalam.. ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml.. dan result yg sy dapat.. jumlah dia 721ml.. sangat tinggi okeh!! sekali lagi doc cakap “adik, jumlah darah awk ni tinggi, ini cancer.. otomatik air mata mengalir depan doc lim. Then buat ujian air dalam perut pula.. doc cucuk hidup2 pada perut saya pakai jarum yg besar dan tebal!! uarghhh sakit. Air dlm perut pun dikeluarkan sikit utk dibawa ke makmal utk ujian.. air dalam perut warna merah, sekali lagi doc kata air warna merah tu air cancer. saya menangis dan terus menangis. (BAYARAN RM951.25)
RAHIM KIRI & KANAN TERPAKSA DIBUANG
7. 26.2.2018 Appoinment lagi dgn doc lim.. Perbincangan dgn doc.. doc kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua2 ovari kanan kiri dan rahim.. uarghh menangis depan doc. Doc cakap lg, kesan2 selepas buang rahim.. saya tak boleh melahirkan anak lagi. saya akan manopous. tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya. uarghhh saya menangis lagi depan doc. Saya sain surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai. Saya akur dan redha demi keselamatan diri. Ya Allah.. berikanlah kekuatan pd diriku. Keluar dr bilik doc, call family dan kawan terdekat.. menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hosp KPJ Johor (minum air yg rasanya payau masin utk buang najis) doc nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (TIADA BAYARAN)
8. 27.2.2018-1.3.2018 Operation saya ni major operation.. 27.2.2018, pukul 8 pagi doc Enjet kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa ntah nama dia, terus tak sedarkan diri.. sedar2, dgr suara sayup2 jururawat sambil tepuk2 badan “adik, pembedahan dah siap ye”.. lepas sedar je terus rasa sakit ya amat!! uarghh sakit!! malam pertama tu 4 kali juga jururawat enjet tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (BAYARAN RM17,864)
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doc pd 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yg sangat cepat.. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya.. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yg lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit!! menangis okeh!!
Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya..
Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur.. dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.. Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom2 spr saya.. Apa2 hal, pergi jumpa doktor dahulu, jgn pandai2 makan supplement tanpa nasihat doktor.. bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser.. tup2, kanser tahap 3-4.. haa kan seram tu.
Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta terpulang anda.. Yang penting jangan takut berjumpa doktor ok
Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Benarlah kata peribahasa Melayu ini apabila penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza memuat naik gambar puteri hatinya, Siti Aafiyah yang kelihatan mirip wajahnya sewaktu dahulu.
Siti Aafiyah yang kelihatan duduk bersantai di atas kerusi rehat itu sememangnya mengimbau kembali wajah Dato’ Sri pada waktu dahulu seperti di dalam video muzik Purnama Merindu. Ha! Ingat lagi tak video muzik tu?
Bila Aafiyah posing lebih anggun dari ibu..swipe to the left
Memang sama betul tau! Gambar itu menarik tumpuan netizen dan ramai yang memberi komen tentang wajah Siti Aafiyah yang benar-benar serupa dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
tu Siti Nurhaliza zaman purnama merindu ke tu?
Malah, ramai juga yang memuji tentang kecomelan Siti Aafiyah apabila dia bijak memberi ‘posing’ ketika mengambil gambar! Alahai, cantik macam ibunya juga!
Menerusi laman Instagramnya juga, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kelihatan meluangkan masa bercuti bersama keluarga di The Taaras Beach & Spa Resort yang berlokasi di Kuala Terengganu, Terengganu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja ubat pasti akan dikaitkan dengan memasukkannya ke dalam badan. Tidak kiralah dengan memakannya atau dicucuk di tangan. Yang pastinya ubatan ini pasti akan memasuki tubuh badan kita.
Jadi, bagaimana pula semasa bulan Ramadan ini? Adakah ia akan membatalkan puasa kita? Mari lihat beberapa jenis rawatan dan juga ubatan yang tidak membatalkan puasa kita.
Rujukan :
Persidangan IOMS ke-10 pada 1997 di Morocco bertajuk: “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Problems” (Pandangan Islam terhadap Beberapa Masalah Kesihatan Kontemporari).
1) Ubat titis mata dan titis telinga.
2) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.
3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination).
4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
5) Menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak atau berus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
6) Semua jenis suntikan kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy).
7) Pendermaan darah atau menerima darah.
8) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).
9) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
10) Mengambil darah untuk ujian makmal.
11) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam saluran darah bagi tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana bahagian pada anggota badan (catheterization).
12) Laparaskopi yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
13) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle dan penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.
14) Uteroscope atau IUCD (pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.
15) Sampel organ yang diambil daripada badan seperti hati atau daripada mana-mana anggota badan (biopsy).
Majoriti yang terlibat (pakar perubatan & Syariah) dalam persidangan tersebut memutuskan bahawa pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut:
1) Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau ubat asthma (inhaler).
2) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur). (Walaupun sebahagian ulama’ mazhab menghukumkan batal puasa, tetapi sebahagian yang lain tidak menghukumkan batal.
Nota: Untuk keluar dari khilaf elok jika rawatan dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa.
3) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
4) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) sama ada peritoneal atau hemodialisis.
5) Memasukkan gastroskop ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.
Maka, sekiranya anda merupakan salah seorang penerima rawatan atau diberi ubatan di atas ia tidak menghalang anda berpuasa sama sekali. Anda tetap boleh berpuasa seperti biasa melainkan jika anda tidak larat atau sakit.
SUMBER: MEDIA PERUBATAN SUMBER GAMBAR: PEXEL.COM
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...