Diana Rafar, selebriti cantik ini dilihat begitu bahagia melayari kehidupan bersama suami dan juga cahaya matanya. Ternyata rezekinya makin murah sebagai seorang isteri dan ibu, Diana juga kelihatan semakin manis dan cantik.

Mengintai perkongsian yang dibuat Diana, isteri kepada Zamarul Hisham ini ada mengamalkan beberapa zikir dalam melayari kehidupan seharian. Dia berkongsi amalan ini yang pernah dimuat naik di laman Instagramnya.  Jika zikir ini diamalkan secara konsisten, insya-Allah dengan izinNya rezeki akan datang tanpa disangka-sangka.

Rezeki Mengalir Seperti Air Zam-Zam! Diana Rafar Kongsi Tujuh Amalan Di Hari Jumaat

Mengucapkan ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah’

“Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah” (HR. At- Tabrani)

Membaca ‘La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin’

Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

Lazimkan Lidah Menyebut ‘Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim’

“Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu”. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Baca Surah Al-IKHLAS

“Barang siapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya” (HR. AtTabrani)

Ads

Rezeki Mengalir Seperti Air Zam-Zam! Diana Rafar Kongsi Tujuh Amalan Di Hari Jumaat

Membaca Surah Al-WAQIAH

Barang siapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

Memperbanyak Selawat Ke Atas Nabi

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul).

Lazim Beristighfar

“Barang siapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Artikel berkaitan: Masih Bergiat Aktif, Linda Rafar Nafi Karier Seni Semakin Perlahan

Doa Harian Menjemput Rezeki

“Ya Allah berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.

Ads

Jika ada di bumi maka keluarkanlah.

Jika jauh maka dekatkanlah.

Jika dekat maka mudahkanlah.

Jika sedikit maka banyakkanlah.

Ads

Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, serta mereka yang berada dalam kesusahan dan kedhaifan.

Ya Allah… Kabulkanlah doa kami.. Aamiiin Ya Robbal ‘Alamin.

Sebagai seorang Muslim, tidak kira sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia, jika diselitkan dengan amalan yang dianjurkan dalam Islam pasti memberi ketenangan.

Artikel berkaitan: Makan Jamu Sejak Remaja, Rahsia Cantik & Sihat Diana Rafar. Juga Amalkan Mandian Ais Dari Herba Terpilih!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Diana Rafar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI