‘Rezeki Itu Bukan Bermakna Kau Dapat Apa Yang Kau Nak, Tapi Apabila Kau Menerima Apa Yang Tuhan Beri’

Share

Selepas solat, kita mesti selalu berdoa kepada Allah agar murah rezeki kan? Kadangkala, kita mesti sedih bila apa yang kita minta tidak dapat. Namun, tahukah anda sebenarnya maksud rezeki itu lebih mendalam maknanya. Menurut perkongsian @akemalkezman di twitter, dia telah menerangkan maksud konsep rezeki yang menurutnya diadaptasikan daripada penulisan Hamka. Perkongsiannya ini telah di’retweet’ lebih 6 ribu pengguna di laman twitter. Mari kita hadamkan!

Rezeki itu apabila kau terima apa yang Tuhan beri.

Cuba pelajari dari kisah-kisah Nabi terdahulu, pasti akan ditemui hikmahnya.

Bila ada tangunggjawab, itu bererti kita mudah dapat pahala tetapi mudah juga dapat dosa.

Takdir Allah itu misteri sifatnya. Kita sebenarnya boleh bahagia walaupun tak dapat apa yang kita nak.

Untuk itu, janganlah anda terus bersedih. Sesungguhnya kita hanya akan bahagia kalau kita terima dengan seikhlas hati. Sandarkanlah hatimu hanya kepada Allah.

Published by
Qistina