Setiap anak itu merupakan kurniaan yang tidak ternilai daripada Illahi. Anak jugalah penyejuk hati kita tatkala kesedihan ataupun hati gundah gulana. Sememangnya diibaratkan seperti nyawa kita yang kedua. Pastinya kebanyakan yang sudah berkahwin mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan kehidupan namun ada juga yang belum bersedia untuk menerimanya.
Seperti yang telah dikongsi oleh personaliti terkenal, Datin Seri Shahida iaitu isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, dia telah menceritakan kisahnya yang pernah hampir ingin menggugurkan anaknya yang ketiga iaitu Ibraheem Adham ataupun lebih mesra dipanggil Baem kerana merasakan keadaan ekonomi keluarga yang tidak begitu baik pada ketika itu.
Kata-kata daripada doktor yang merawat telah menyedarkan dirinya pada ketika itu.
Dulu waktu mengandung baem anak2 semua kecik lagi…mengandung baem umur saya 27 tahun ….. waktu tu bila tau pregnant saya x happy langsung sbb sangat2 x nak ada anak lagi dgn ekonomi x berapa baik……saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan…..Doktor kat klinik pun marah saya,tu lah manusia ni…rezeki duit nak rezeki anak dia tolak…??….terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yg saya nak buat ni salah?…saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan…..(kalau ingat balik berdosanya saya x terima rezeki Allah nak bg ni)..Doktor tu cakap awak x kesian d ke dekat anak awak ni dia dah ada jantung…..Nanti esok2 dia ni lah anak yg membahagiakan awak..?…Terus perasaan naluri ibu tu datang…saya x malu nak cerita sbb utk pengajaran kita semua..
.
Ya sememangnya betul @baem_adham penghibur saya,seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak pukul dia yg lain x sempat sbb dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah…sekarang dah besar dah anak2 ni…x lama lagi dapat menantu?(terover pula kan..) apapun hargai rezeki Allah bagi…..Insya Allah kita redha yg baik2 datang pada kita. Sementara itu, netizen juga turut berkongsi kisah yang lebih kurang sama di ruang komen dan meninggalkan kata-kata positif di situ.
Beruntung sekali Datin Seri Shahida dan Datuk Seri Aliff kerana mendapat anak-anak yang comel, bijak dan mendengar kata. Semoga keluarga ini terus bahagia dan anak-anaknya membesar menjadi insan yang berakhlak mulia dan boleh menjaga orang tuanya kelak.