Masha-Allah, rezeki baby dalam perut! Bertuah betul Uyaina menerima ‘buah tangan’ istimewa daripada Raja Permaisuri Agong kesayangan ramai.
Momen spontan itu berlaku ketika Kunjungan Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariahdi ke Sri Pentas baru-baru ini.
Berkongsi rasa teruja, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad memuat naik hantaran di Instagram peribadinya.
View this post on Instagram
“Kejadian hari ini di Sri Pentas @tv3malaysia Menerima Kunjungan Diraja di Media Prima
“Tuanku & Raja Permaisuri Agong sangatlah mesra & penyayang.”
Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad mendedahkan, Raja Permaisuri Agong memberikannya ‘hadiah’ berupa wang tunai setelah mengetahui Uyaina sedang mengandung lima bulan.
Isteri tercinta kepada Raja Syahiran ini turut meluahkan rasa syukur atas pemberian itu.
“Raja Permaisuri siap bagi duit untuk baby lepas dapat tahu yang Uyaina mengandung (tengok slide 2). MashaaAllahh rezeki baby. Alhamdullilahhhhh..
Uyaina juga menitipkan doa serta ucapan terima kasihnya buat Tuanku dan Raja Permaisuri Agong atas kunjungan baginda berdua.
“Terima kasih Tuanku & Raja Permaisuri Agong atas kunjungannya.. Semoga dipanjangkan usia & sentiasa diberkati Allah.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya turut meluahkan rasa terharu.
“Mashaallah rezeki baby dari dalam perut lagi ni”
“Alhamdulillah rezeki baby. Kalau aku dapat , memang framekan terus duit tu tanda kenangan dari Permaisuri”
“Bertuah baby dapat rezeki dari Permaisuri”
“MasyaAllah keluraga diraja yg berjiwa rakyat.. sangat humble..”
Untuk info, Uyaina mendirikan rumahtangga dengan pelakon dan penyanyi, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raja Urhan.
Sebelum ini, Uyaina pernah memaklumkan dirinya mengalami keguguran sekitar Mei tahun lalu.
Awal tahun ini, Uyaina memaklumkan dirinya hamil anak kedua. Khabar gembira itu dikongsikan Uyaina di Instagram peribadinya.
Semoga fasa kehamilan Uyaina yang kini memasuki minggu ke-21 (lima bulan) berjalan lancar.
Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI