Rezeki Allah SWT itu sangat luas. Keluasannya itu sehingga mampu memberi kebahagiaan kepada seluruh umat manusia di muka bumi. Jadi, usahlah kita sebagai hambanya selalu mengatakan bahawa rezeki Allah itu tidak mencukupi. Malahan, sebagai umat Islam, kita seringkali disarankan untuk mengamalkan pelbagai amalan untuk memperolehi rezeki daripada-Nya.
Pelbagai doa mahupun zikir yang boleh anda amalkan supaya diberi keluasan rezeki oleh-Nya. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh anda lakukan setiap hari.
- Membaca La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.
“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah”. (HR. At-Tabrani).
2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin
Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.
“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
3. Membaca Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim
Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surah Al-Ikhlas
“Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.” (HR. At-Tabrani)
5. Membaca Surah Al-Waqi’ah
“Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Selawat ke atas Nabi
Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.”
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
Baca juga: Mahu Rezeki Melimpah-Ruah, Dipanjangkan Umur & Diberkati ALLAH SWT, Amalkan Doa Ringkas Ini Selalu!
7. Beristighfar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI