Isteri kepada pengacara Nabil Mahir bersyukur rezekinya semakin mencurah selepas kehadiran Ana Nayla. Panjat rasa kesyukuran, selepas bersalin rezeki semakin mencurah. Benarlah orang katakan anak pembawa rezeki.
Bertemu dalam majlis menandatangani kotrak bersama jenama Itali, Ayda akui anak adalahlah salah satu punca rezeki, oleh itu dia dan suami sering menjaga keselamatan anugerahNya ini. Anak menjadikan Ayda dan suami lebih prihatin terhadap keselamatannya. Apatah lagi meletakkan anak dalam kereta yang dipandu. Mungkin kita dah cukup berhati-hati, sebarang keberangkalian sudah tentu tidak dijangka.
“Saya rasa penjagaan dan keselamatan anak ini Nabil lebih menitikberatkan keselamatan dan keselsaan dalam kereta, ‘car seat’ terutamanya. Alhamdulilah jenama Chicco ini mempunyai piawaian keselamatan yang dicari,” kongsinya.
Fabrik dan pilihan warna kemestian bagi suami bagi seragamkan dengan aksesori kereta, jenama pilihan kami ini nampak lebih premium dan bagi Ayda pula lebih menitikberatkan fesyen untuk Nayla. Seronoknya dengan Chicco semua keperluan Nayla ada.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tak Botak, Masih Cute’- Ayda Jebat Adakan Majlis Cukur Jambul Anak Di Hari Maulidur Rasul
Bermula dari review biasa-biasa
Pernah menjadi duta kepada beberapa jenama. Ada juga jenama yang dah lama dengan dan mereka memperbaharui kontrak kerana mereka senang bekerjasama dengan saya.
“Secara jujurnya kalau saya tidak menjadi duta jenama ini, kami tetap memilih jenama ini. Sebenarnya sebelum menjadi duta kami diberi peluang untuk menggunakan produk ni dahulu. Pertama kali dapat, Ayda rasa produk ini lain dari yang lain pratikal dan boleh digunakan dari bayi hingga beberapa tahun akan datang.
Bermula dari satu kempen bersama Chicco dari tahun lepas dan jenama ini banyak ‘support’ Nayla dari kecil lagi dan sekarang diberi tanggungjawab sebagai duta produk. Kongsi Ayda ditemui di majlis pengumuman dirinya, Nabil dan Nayla sebagai duta Chicco, rezeki dia dan anak mencurah-curah dan percaya berkat kerja dengan ikhlas pelbagai jenama melantik kami sebagai duta.
Selain itu, Chicco turut melancarkan produk terbaharu mereka iaitu ‘sterilizer’, ‘dryer’, ‘bottle warmer’ dan ‘MYSA stroller’. Menganggap peluang yang diberikan Chicco sebagai rezeki, Ayda menyimpan semua bayaran yang diterima Nayla dalam akaun simpanan.
“Nayla sudah ada akaun bank sejak usianya enam bulan. Semua bayaran yang diterima Nayla disimpan dalam akaun miliknya. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan bayaran yang kami terima dalam setiap kerja seni dan kerjasama dengan jenama untuk Nayla.
Pengalaman ‘shooting’ bersama Nayla
“Pada awalnya saya risau. Bukan mudah untuk menjalani penggambaran dan sesi fotografi, orang dewasa pun penat, apatah lagi bayi.”
Demikian kata-kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ketika diminta mengulas mengenai rezeki anaknya, Ana Nayla yang mula dilamar menjadi duta untuk beberapa jenama. Menurut Ayda, dia dan suami, pengacara Nabil Mahir meletakkan syarat sekiranya mahu mengambil Nayla menjadi duta.
View this post on Instagram
“Nayla sudah ada akaun bank sejak usianya enam bulan. Semua bayaran yang diterima Nayla disimpan dalam akaun miliknya. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan bayaran yang kami terima dalam setiap kerja seni dan kerjasama dengan jenama untuk Nayla.
“Nayla sudah ada akaun bank sejak usianya enam bulan. Semua bayaran yang diterima Nayla disimpan dalam akaun miliknya. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan bayaran yang kami terima dalam setiap kerja seni dan kerjasama dengan jenama untuk Nayla.
“Nayla bakal menginjak usia dua tahun pada September ini. Mula-mula memang saya dan suami risau, takut Nayla penat mahu menjalani penggambaran atau sesi fotografi. Namun, saya fikirkan ini rezeki anak dan barangan yang mahu menjalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak serta Nayla pun memang menggunakan jenama terbabit.
“Jadi, kami letakkan syarat jika mahu melakukan sesi penggambaran dan fotografi, mestilah ia dihabiskan secepat mungkin. Syukur, ketika sesi terbabit berlangsung, Nayla memberikan kerjasama yang baik dan dia suka dengan suasana di set penggambaran. Kami memberikan Nayla rehat secukupnya serta memainkan lagu kegemarannya ketika sesi terbabit,” kata Ayda.
Berkongsi tentang persiapan Ramadan, Ayda berharap dapat meluangkan lebih masa bersama anak, memasuki pertandingan realiti beberapa show TV kebelakangan ini membuat Ayda kurang meluangkan masa bersama anak.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/B6_vIcOdo1w
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI