Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Bagi Manushi Chhillar, 20 tahun sama sekali tidak menyangka akan dinobat sebagai wanita tercantik dunia dalam pertandingan Miss World 2017 edisi ke 67. Beliau yang berasal dari India merupakan penuntut di Kolej Perubatan Kerajaan Bhagat Phool di Sonepat, India. Chhillar bukan sahaja cantik, tetapi juga bijak dan mempunyai visi dalam menjana masa depannya.
Ternyata gads cantik ini seorang yang begitu menghormati ibunya. Malah keakraban dengan insan bernama ibu ini menjadi inspirasi kepada jawapan pada soalan terakhir yang diajukan padanya.
Gadis ini yang tersenarai dalam 10 terbaik sebelum itu sebelum melangkah penuh bergaya ke 5 terbaik. Dan ternyata jawapan dari soalan terakhir yang ditanya berjaya menambat hati juri.
Chhillar ditanya apakah kerjaya yang membolehkan seseorang itu mendapat gaji yang tertinggi. Tanpa berfikir panjang, gadis jelita ini menjawab oleh kerana dia begitu rapat dengan ibunya, jadi Chhillar merasakan kerjaya sebagai ibu yang paling layak mendapat penghormatan tertinggi.
“Seorang ibu itu adalah yang paling layak mendapat penghormatan tertinggi. Bukan soal wang tetapi kasih sayang dan kehormatan yang diberikannya. Ibu saya menjadi sumber inspirasi buat diri saya. Bagi saya semua kaum ibu di luar sana telah berkorban uituk anak-anak mereka dan semestinya insan inilah yang paling layak mendapat penghormatan tertinggi.
Gadis ini turut bercita-cita untuk menjadi pakar bedah jantung dan turut merancang membuka sebuah hospital yang menawarkan perkhidmatan percuma di kawasan luar bandar.
Bukan itu saja, Chhillar juga merupakan seorang penari klasik India terlatih dan gemar sekali melakukan aktivii lasak seperti selam scuba, snorkeling dan bungee jumping.
Chhillar dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua untuk cinta dan sokongan yang yang tidak jemu-jemu diberikan sepanjang pertandingan berlangsung. “This one’s for India”.
Beliau menerima mahkota Miss World daripada pemenang tahun lalu, Stephanie del Valle dari Puerto Rico.
Nampaknya bukan calang-calang gadis yang dipilih untuk memegang takhta ratu cantik dunia ini. Dengan usia yang masih muda, Chhillar diharap dapat memberi motivasi kepada wanita di luar sana dalam meneruskan aktiviti kemasyarakat yang telah diatur nanti.
Pertandingan kali ini diadakan di Sanya China dan Chhillar menawaskan 108 peserta lain dari seluruh dunia untuk merangkul anugerah paling berprestij itu.
Kemenangan itu juga nyebabkan ia berpihak semula kepada India selepas Priyanka Chopra kali terakhir meraih gelaran berkenaan pada tahun 2000.
Malah India juga kini setaraf dengan Venezuela sebagai Negara yang paling banyak mencatat kemenangan dalam sejarah Miss Wold. Selain Priyanka, Aishwarya Rai juga turut pernah dinobat Miss World .
India: 1966, 1994, 1997, 1999, 2000, 2017
Venezuela: 1955, 1981, 1984, 1991, 1995, 2011
United Kingdom: 1961, 1964, 1965, 1974, 1983
South Africa: 1958, 1974, 2014
United States: 1973, 1990, 2010
Iceland: 1985, 1988, 2005
Jamaica: 1963, 1976, 1993
Sweden: 1951, 1952, 1977
Puerto Rico: 1975, 2016
China: 2007, 2012
Russia: 1992, 2008
Peru: 1967, 2004
Austria: 1969, 1987
Germany: 1956, 1980
Argentina: 1960, 1978
Australia: 1968, 1972
Netherlands: 1959, 1962