Tahun 2022, boleh dikatakan bukanlah tahun yang gemilang bagi pelakon muda, Rizky Billar dan juga pasaganya yang juga pempengaruh media sosial, Lesti Kejora.
Malah, rumahtangga yang dibina atas dasar cinta hampir musnah akibat sikap panas baran Rizki yang menunjukkan perilaku buruk memukul isteri terbongkar hingga diketahui khalayak umum.
Sejak Episod Buruk Itu, Hidup Rizky Tak Lekang Dari Kecaman Wargamaya!
Sehubungan itu, ketika ditemui media Indonesia, Rizky mengakui hidupnya berantakan dan tidak menentu apabila sering dihujani dengan pelbagai kecaman dan dibenci oleh kebanyakan masyarakat tempatan.
Justeru, pada tahun 2023 ini, Rizky berhasrat agar dia dapat mengutip setiap pengajaran yang diterima daripada tindakan dan kesalahan yang dilakukannya sepanjang tahun lalu.
“Apapun kesalahan yang saya lakukan. Saya bilang apa pun yang saya lakukan, mudah-mudahan saya bisa belajar.
Ads
“Terus ya mudah-mudahan kami ini bisa menjadi orang tua yang bisa jadi contoh untuk anak-anak kami sehingga menjadi anak yang berbakti,” kata Rizky Billar laporkan Insertlive.
Sehubungan itu, Rizky berharap agar tahun baharu ini menjadi tahun yang baik bagi dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.
Selain itu, Rizky meminta agar masyarakat memberikan ‘peluang kedua’ serta berhenti mengkritik, mencaci serta membencinya.
Mengulas berhubung perkembangan karier sebagai anak seni, Rizky berkata, dia masih berharap menemui jalan keluar dan rezeki yang lebih baik dalam industri hiburan tanahair tahun ini.
Ini demikian kerana, tahun lalu dia telah diboikot serta dilabel sebagai ‘kaki pukul’ isteri.
“Resolusi di bidang karier, kalau memang Allah masih mengizinkan bisa kembali ke layar kaca itu bukan sesuatu yang dipaksakan. Setiap satu pintu tertutup,
masih ada 999 pintu rezeki lainnya,” ujarnya yakin.
Ads
Terdahulu, nama pasangan sama cantik sama padan Rizky Billa dan Lesti Kejora menjadi sorotan hingga ke Malaysia, apabila Rizky didakwa telah melakukam keganasan rumahtangga terhadap Lesti.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 19 Ogos 2021, hasil dari perkongsian hidup bersama mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Memiliki raut wajah yang awet muda sememangnya menjadi impian setiap wanita. Awet muda tidak hanya membuat wajah menjadi nampak lebih muda dari usia sebenar, malah memiliki kulit yang sihat di usia yang tidak ‘muda’ pastinya membuatkan hijabi lebih yakin kepada diri sendiri.
Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk merealisasikan impian mempunyai kulit yang tampak muda, tanpa perlu melakukan sebarang rawatan estetik yang menelan belanja dan kos begitu tinggi.
5 Jenis Buah Ini Jika Selalu Di Makan, ‘Confirm’ Buat Kulit Lebih Sihat Dan Awet Muda!
Antara perkara yang boleh dijadikan rutin mendapatkan kulit yang muda bak gadis remaja adalah dengan bersenam, mendapatkan rehat yang secukupnya, amalkan memakai sunscreen dan memakai produk bersifat anti penuaan (anti-aging).
Namun, ada satu lagi cara yang paling mudah untuk dilakukan Hijabi dirumah sahaja iaitu mengamalkan makan buah-buahan yang sememangnya terkenal baik untuk menjamin kesihatan kulit wajah dan badan, serta membantu melambatkan proses penuaan
Di sini Hijabista senaraikan lima jenis buah-buahan yang jika sering dimakan akan membuatkan kulit anda sihat, tegang dan awet muda. Jom semak!
1. Delima
Buah delima merupakan buah yang disering disebut sebagai buah yang baik untuk kesihatan kulit dan kaya dengan antioksida. Buah delima ini juga dapat mencegah terjadinya kedutan pada kulit.
Selain itu, delima juga disebut-sebut mampu meningkatkan kadar kolagen pada kulit. Jika anda tak suka makan delima, tapi masih mahu mendapatkan kulit awet muda. Boleh je jadikan delima sebagai jus untuk memperoleh manfaatnya!
2. Avocado
Buah seterusnya yang banyak memberi manfaat agar kulit kekal anjal dan remaja adalah buah Avocado. Menurut Healthline, buah Avicado juga kaya dengan antioksida sehingga membuat kulit lebih halus dan lembut. Avocado juga memiliki kandungan yang dapat melindungi kulit dari proses penuaan tau.
Kandungan vitamin A yang terdapat dalam setiap buah Avocado dipercayai mampu membersihkan kulit dari sel-sel kulit mati. Kandungan carotenoids pada Avocado ini juga dapat menghalang sebarang racun dari merosakkan kulit kesan dari terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan.
3. Blueberry
Buah blueberry merupakan buah yang kaya akan kandungan vitamin A dan C. Buah blueberry ini juga mengandungi Antosianin. Kandungan Antosianin ini dipercaya dapat menghalang segala kotorang bebas hinggap pada kulit anda.
Buah berwarna ungu tua ini juga mampu mencegah kerosakkan yang terjadi akibat paparan sinar matahari, dan pencemaran. Buah blueberry juga amat baik dalam mencegah terjadinya kehilangan kolagen dalam kulit.
4. Betik
Betik pula kaya dengankandungan antioksida, vitamin, serta mineral yang mampu memperbaiki keanjalan kulit. Buah yang kaya akan kandungan vitamin A, C, K, dan E mampu melambatkan penampakan garis halus pada wajah.
Betik juga mengandungi enzim yang dikenali sebagai Papain. Papain juga bersifat anti-inflamasi dan sering ditemukan dalam pelbagai produk yang mempunyai tujuan exfoliate.
5. Tembikai
Siapa sangka buah tembikai merah juga termasuk ke dalam kategori buah yang baik untuk kesihatan kulit? Kandungan vitamin A, C, dan E di dalamnya menjadikan buah berwarna merah ini sebagai pencegah terjadinya proses penuaan.
Ya! Buah tembikai juga dapat mencegah kulit agar tidak mudah berkedut atau kerepot.
Jadi kalau hijabi mahu kekalkan keanjalan kulit dan tetap awet muda. Mula lah jadikan amalan memakan buah sebagai rutin mulai sekarang!
Haji adalah rukun Islam yang terakhir. Sebagai seorang Muslim yang taat sudah tentu anda ingin melakukan semua rukun Islam iaitu syahadah, solat, zakat, puasa dan menunaikan haji.
Walau bagaimanapun umat Islam yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini dinasihatkan tidak bersedih mahu pun risau. Biarpun tidak mampu menunaikan ibadah haji kerana kekangan peraturan, umat Islam akan tetap mendapat pahala daripada Allah SWT.
KHABAR BAHAGIA BAGI YANG SEDANG DUKACITA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI
Seseorang yang telah bersungguh-sungguh melakukan persediaan dan menanam azam yang tinggi untuk menjadi tetamu Allah namun tidak dipanggil menjadi tetamu-Nya, sesungguhnya Allah SWT menerima niat mereka untuk melaksanakannya dengan ganjaran pahala yang sempurna.
Di dalam satu hadis qudsi, ada menyebutkan bahawa Allah SWT telah berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka siapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan” (HR Bukhari & Muslim, hadis sahih)
SubhanAllah, mudahnya Allah SWT nak berikan kita pahala, hanya dengan niat melakukan kebaikan sudah diberikan ganjaran. Tak semua yang kita hajatkan itu baik untuk kita, namun akhirnya takdir Allah jualah yang terbaik buat hamba-hambaNya.
Maksudnya: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al Baqarah: 216)
Benarlah, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. Berbaik sangkalah kepada-NYA. Pasti ada hikmah di sebaliknya.
Walaupun tak dapat ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, tapi sebenarnya ada banyak amalan yang ganjarannya umpama pahala haji yang boleh kita lakukan. Antaranya adalah:
SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Daripada Anas bin Malik beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang solat subuh berjamaah kemudian duduk berzikir sehingga matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.” Beliau (Anas r.a.) berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sempurna, sempurna, sempurna.” (HR Tirmizi, hadis hasan)
Maksudnya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW berkata: “Aku ingin berjihad tetapi aku tidak mampu.” Baginda SAW bertanya kembali: “Adakah ibu bapamu masih hidup?” Lelaki itu berkata: “Ya, ibuku.” Lalu, baginda SAW berkata: “Berbuat baiklah kepada ibumu kerana ALLAH, engkau akan dapat pahala haji, umrah dan jihad jika ibumu redha kepadamu. Bertakwalah kepada Allah dan berbuat baiklah kepadanya.” (HR at-Tabrani, hadis hasan)
MENGHADIRI MAJLIS ILMU DI MASJID
Daripada Abu Umamah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang pergi ke masjid dengan tujuan untuk mempelajari sesuatu kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya pahala seperti orang yang menunaikan haji dengan sempurna.” (HR al-Thabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, hadis sahih)
MEMBACA UCAPAN TAHMID, TAKBIR DAN TASBIH SELEPAS SOLAT FARDHU
Maksudnya: “Pernah datang sahabat yang miskin kepada Nabi SAW lalu berkata, “Orang-orang kaya, dengan harta benda mereka itu, mereka mendapat kedudukan yang tinggi, juga kenikmatan yang abadi. Mereka melaksanakan solat seperti juga kami melaksanakan solat, mereka puasa sebagaimana kami juga puasa. Namun, mereka memiliki kelebihan disebabkan harta mereka, sehingga mereka dapat menunaikan ibadah haji dengan harta tersebut, dapat melaksanakan umrah bahkan dapat berjihad dan bersedekah.” Maka Rasulullah pun bersabda: “Mahukah aku sampaikan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu ambil (sebagai amal ibadah) kamu akan dapat mengatasi (darjat) orang yang sudah mengalahkanmu. Dan tidak akan ada yang dapat mengalahkanmu dengan amal ini sehingga kamu menjadi yang terbaik di antara kamu dan di tengah-tengah mereka, kecuali apabila ada orang yang mengerjakan seperti yang kamu amalkan ini. Iaitu kamu membaca tasbih (Subhanallah), membaca tahmid (Alhamdulillah) dan membaca takbir (Allahu Akbar) setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali.” (HR Bukhari, hadis sahih)
SOLAT FARDHU JEMAAH DI MASJID
Daripada Abu Umamah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang keluar dari rumah dalam keadaan suci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti menunaikan haji.” (HR Abu Daud, hadis hasan)
Semoga dengan melakukan amalan ini dapat memberikan ganjaran serta memujuk hati para jemaah yang telah bersedia menunaikan haji namun tidak direzekikan untuk menjadi tetamu Allah SWT pada tahun ini.
Diam tak diam, kanak-kanak yang pernah diiktiraf antara bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuhaa Sophea Binti Stumbrys kini sudahpun berusia dua tahun. Dalam posting yang dimuat turun dalam instagram milik ibunya, Siti Safuraa Hamzah, mengucapkan selamat ulang tahun kedua yang disambut secara sederhana bersama mereka sekeluarga. Namun yang lebih bermakna apabila Dhuhaa Sophea bakal ada teman kerana akan menjadi kakak tidak lama lagi. Ibunya kini sedang hamil anak kedua dan bakal melahirkan anak tahun depan.
Nampaknya Dhuhaa Sophea tidak lagi keseorangan bermain kerana dia bakal mempunyai kawan tidak lama lagi. Jika dlilihat selama ini dunainya hanya keluarga dan kenalan terdekat, tetapi mulai tahun depan kanak-kanak comel ini bakal ada teman baru.
Malah si cilik ini yang dilahirkan atas perkongsian cinta dua benua ini jaga bakal menjalani alam persekolahan tidak lama lagi. Walaupun baru berusia dua tahun Dhuhaa Sopeha dilihat cepat matang berbanding kanak-kanak lain seusia dengannya.
Malah dia bukan sahaja menjadi kesayangan kedua ibu bapanya, tetapi juga ibu bapa sebelah bapanya, Asadullah Stumbrys. Baru-baru ini dia yang pulang ke kampung halaman bapanya di Lithuania telah disambut dengan begitu meriah oleh keluarga Asad.
Ibu dan bapa Asad begitu menyayangi cucu pan-asian mereka ini dan sering dilihat menghabiskan masa bersama sepanjang percutian itu.
Sempena sambutan hari lahirnya juga, Dhuhaa Sophea turut menerima ucapan tahniah daripada follower yang juga turut setia mengikuti perkembangan dia di laman instagram ibunya. Masing-masing mendoakan agar dia sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
Apa pun Hijabista ucapkan Selamat Hari jadi, moga jadi anak yang solehah pada kedua ibu bapa.. Tak sabar nak tengok baby pan-asian nombor dua dalam keluarga campuran ini.
eiyz22 Happy bday sanahelwa bby dhuha sophea,,, may Allah bless u,,,
__nrhdyu Happy birthday dhuha sophea ..May Allah bless you always .. Semoga menjadi ank solehah ye syg
wan.arisa Hb Dhuhaa Sophea, semoga sntiasa dlm lindungan n rahmat Allah,membesar jd ank yg solehah utk mummy n daddy…aamiin
nukilan_que Happy birthday Sophea..Moga menjadi anak yang solehah untuk mommy n daddy..
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...