Resipi ‘Rahsia’ Milo Lori Terbongkar! Jom Ubati Rindu Zaman Persekolahan Dengan Buat Air Ni Di Rumah

Share

Masihkah Hijabi ingat, sewaktu bersekolah dahulu antara perkara paling mengujakan adalah apabila ternampak lori berwarna hijau muda jenama Milo memasuki perkarangan sekolah pada hari sukan sekolah.

Apabila guru memanggil barisan kelas masing-masing beratur untuk mengambil air milo lori berkenaan pastinya rasa gembira, tak sabar dan teruja untuk menikmati Air Milo lori ini.

Malah, ada yang sanggup beratur hingga dua tiga kali untuk menikmati air Milo ini sehingga puas. Ini kerana rasa air Milo lori ini begitu umphhh.. Dan berbeza dengan air Milo kotak, atau air Milo yang dibuat dirumah ataupun dibeli di kedai. Justeru, Hijabista berkongsikan resipi membuat Milo lori di rumah!

Ini Rupanya ‘Rahsia’ Dalam Secawan Milo Lori

Untuk pengetahuan hijabi, sebenarnya resipi untuk membuat air Milo adalah lebih kurang sama sahaja cuma yang membuatkanya lebih sedap adalah cara bancuhan yang berbeza.

Perkara ini, dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Syahrin Yen Zaini yang berkongsikan cara abang lori  membancuh air milo.

Bagaimanapun, resepi air Milo lori yang dikongsikan ini adalah bagi porsi dan bancuhan berskala besar.

Cara Bancuh Air Milo Lori Macam Zaman Sekolah

Bahan-bahan:

8 tin susu pekat

8 tin susu cair

4 liter air panas

4 paket Milo(1 kg), total 4 kg

Ketulan Ais

Cara Penyediaan:

• Masukkan susu cair dan susu pekat dalam bekas. Hmm, mungkinkah susu cair dan susu  pekat cap junjung rahsianya membuatkan milo lori begitu sedap dan digemari?

• Masukkan milo.

• Masukkan air panas, dan kacau sehingga rata dan sebati.

• Tuang bancuhan milo tadi dalam bekas berisi ais.

• Sedia untuk diminum.

Jadi kalau Hijabi mahu membancuh air Milo lori ini di rumah, boleh lah membuat kira-kira terlebih dahulu untuk mengurangkan atau melebihkan bahan yang digunakan.

Sebagai peringatan, resipi bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan Milo umphhh tersebut.

Sekarang dah boleh lah sis ubati kerinduan zaman persekolahan anda dengan menikmati Milo lejen ni di rumah. Mudah sahaja kan nak buat Air Milo lori ni? Selamat mencuba!

Sumber : Dailymakan

Published by
Haifa Nasir