Resipi Minuman Ala-ala ‘Cafe’ Yang Mudah Dicuba Di Rumah!

Share

Semenjak PKP dikuatkuasakan, banyak kafe dan restoran tidak menerima tempahan makanan sepanjang tempoh PKP. Jadi, kebanyakkan orang berani mencuba pelbagai resepi sendiri di rumah. Itulah hikmah ‘lockdown’ sebenarnya. 

Tak perlu risau,sis. Anda juga boleh mencuba minuman moden di rumah dengan mengikuti resipi di bawah. Ia sangat mudah untuk disediakan dan bahan-bahannya mudah didapati. Cubalah, jom!

Artikel Berkaitan : Minum Air Tembikai Merah Je? Bosan Weh! Improvise Lah Sikit, Ini Resipi Air & Tembikai Pelangi Yang Menyegarkan!

Choco Chip Ice Blend

Bahan-bahan:

  • ½ cawan susu
  • 1 sudu besar cip coklat
  • 1 sudu besar kopi kisar
  • 3 sudu besar sirap coklat
  • 2 sudu besar gula
  • 1 gelas ais kiub

Cara Membuat:

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga kiub ais sebati.

Hidangkan dalam gelas.

Anda boleh menghiasi dengan krim putar jika anda suka.

Oreo Coffee Ice Blend

Bahan-bahan:

  • ½ cawan susu
  • 1 sudu besar cip coklat
  • 1 sudu besar kopi kisar
  • 3 sudu besar sirap coklat
  • 2 sudu besar gula
  • 2 pek biskut Oreo
  • 1 gelas ais kiub

Cara Membuat:

Campurkan semua bahan dalam pengisar. Kacau semua bahan hingga rata.

Tuangkan minuman ke dalam gelas.

Hidangkan bersama krim putar.

Campuran Aiskrim Karamel

Bahan:

  • 2 biji kopi
  • 1 cawan susu
  • 1 sudu besar sirap vanila
  • 2 sudu besar sirap karamel
  • 1 gelas ais kiub

Cara Membuat:

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar semua bahan sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam gelas.

Hidangkan bersama krim putar secukup rasa.

Macam mana Sis, tak susah ke nak buat minuman moden di rumah? Apa kegemaran anda di sini?

Sumber: Popbela

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Farah Zulaikha