Resipi Cakoi Gebu Gebas Dan Sedap! Yang Penting Tak Payah Guna Yis

Share

Kalau masih belum ada idea menu apa yang hendak disajikan untuk sajian minum petang, apa kata cuba buat cakoi. Bahan-bahannya pun tak banyak. Paling best, resepi cakoi yang dikongsikan oleh NunuPessa Hik ini langsung tidak menggunakan yis. Menarik bukan?

CAKOI@PATONGKO@KUNDEH.

(Resepi ini tak menggunakan yis..lebih mudah sebab tak terikat dengan waktu mengendalikan doh)

Tak kira lah dipanggil apa, yang penting makan panas-panas nikmat sangat.

BAHAN-BAHAN:

350 gram tepung gandum.
250 gram susu segar.
1 sudu besar serbuk penaik.
1/2 sudu besar soda bikarbonat.
1 sudu besar minyak masak.
1/2 sudu besar garam.(kalau suka yang manis boleh ganti dengan gula)

 

Campur semua. Sebatikan. Mula-mula memang melekit sikit.

 

Uli sampai licin dan tak melekat di tangan.

 

Kemudian ratakan minyak masak ke seluruh permukaan doh.

 

Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman. (Saya bancuh subuh tadi,pukul 5 saya buat)

 

Canaikan doh memanjang seperti dalam gambar. Biarkan doh sehingga suhu bilik.(penting)

 

Potongkan berpasangan.

 

Ambil lidi celupkan ke dalam gelas tinggi yang berisi air dan tekan macam dalam gambar.

 

Kemudian ambil satu lagi potongan dan letak di atasnya.Tekan menggunakan chopstik.(apa-apa alat yang sesuai pun boleh)

 

Panaskan minyak. Tarik doh memanjang perlahan dan terus masukkan dalam minyak.

 

Minyak kena cukup panas.

 

Sentiasa balik balikkan.biar masak sekata.

 

 

Tadaaaa.. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan pencicah kegemaran. Kaya Gardenia sudahhhh..😋 Selamat mencuba😊

 

Berongga-rongga.

Sumber kredit: NunuPessa Hik via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Published by
Norhasliza