Baru-baru ini tular di media sosial air ‘Sprite Teh Lemon’ hasil inovasi kreatif idea dari pempengaruh muda, Hisham Raus yang boleh dikira sebagai satu pencapaian amat membanggakan buat dirinya.
Ia berikutan video kandungan (Content Video) yang dihasilkannya memaparkan tutorial membuat air yang menyegarkan hasil daripada campuran air berkarbonat Sprite dan dicampur bersama teh uncang meledak dan menjadi sorotan ramai hingga ke Eropah, sebaik sahaja video berkenaan dimuatnaik di laman sosial miliknya.
Hijabista difahamkan bahawa, sejak dimuatnaik kandungan video berkenan telah menerima sebanyak 32 juta tontonan. Dimana, 20 juta tontonan di peroleh di menerusi laman sosial Instagram. Manakala, lebih 12 juta tontonan diterima menerusi aplikasi TikTok.
Hanya Mahu Konsisten Cipta ‘Content’, Tak Sangka Viral!
Menurut Hisham, pada asalnya dia hanya mahu melaksanakan atau mencipta sebuah kandungan atas dasar konsistensi sahaja. Tanpa menyangka bahawa kandungan berkenaan akan menjadi tular hingga keluar negara.
“Pada asalnya niat di hati untuk memastikan posting saya sentiasa konsisten, maka saya ke kedai runcit dan tergerak hati pula nak beli Sprite dan teh.
“Perkara ini satu kejadian yang luar biasa buat saya. Ini kerana kebanyakan kandungan yang dimuatnaik hanya mencapai ratusan ribu tontonan saja.
Artikel berkaitan: Wanita Ini Kongsikan ‘Rahsia’ Kulit Bak Anak Dara, Hanya Amalkan Jus ‘Enak’ Dua Bahan Sahaja!
“Tetapi berbeza dengan yang ini (kandungan Sprite dan teh), ia mendapat reaksi positif sehingga ke Eropah. Rasa seronok pula bila mereka turut cuba resepi ini untuk dijadikan kandungan media sosial mereka pula,” katanya.
Apapun, jom kita cuba resipi air ‘Sprite Teh Lipton’ yang sangat refreshing seperti yang disyorkan Hisham ni!
@hishamraustv REFRESHING GILER ! – Sprite Lemon Tea #fyp #tiktokfood #lemontea ♬ original sound – Hisham Raus
Bahan-Bahan:
1. Sebotok Kecil Air Sprite
2. Dua Uncang Teh (Terpulang Pada Hijabi Untuk Gunakan Jenama Apa)
3. Ketulan Ais Batu
4. Hirisan Lemon
5. Gelas
Cara-Caranya:
1. Buka penutup botol Sprite dan masukkan dua uncang teh pilihan anda ke dalamnya.
2. Setelah itu, simpan botol Sprite berkenaan selama 3 jam di dalam peti sejuk sehingga warna air bertukar menjadi warna teh iaitu kuning keemasan.
3. Selepas tiga jam, keluarkan botol dari peti sejuk. Masukkan hirisan lemon ke dalam gelas, diikuti dengan beberapa ketulan ais.
4. Kemudian tuangkan air Sprite teh ke dalam gelas. Kacau-kacau sebati dan sedia untuk dinikmati! Memang refreshing guys, selamat mencuba!
Sekadar info, gara-gara kandungan video yang tular berkenaan, pengikut Hisham di laman sosial miliknya kini naik mencanak-canak. Dalam tempoh seminggu, pengikut di laman Instagramnya kini meraih 250,000 pengikut. Di dua platform iaitu 100,000 di Instagram dan 150,000 menerusi TikTok.
Untuk rekod, Hisham telah memulakan kariernya sebagai pempengaruh pada tahun 2018 menerusi memuat naik video di Youtube.
Sumber: TikTok Hisham Raus
Artikel berkaitan: Teh Kombucha Bantu Hijabi Turunkan Berat Badan! Ini Dua Lagi Manfaatnya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI