Resepi Masakan Cina ‘Simple’ Bersulam Dakwah, Wanita Mualaf Gemar Kongsi Ilmu Meski Ada Serba Kekurangan

Share

Platform media sosial merupakan satu benda yang banyak mempengaruhi kehidupan semasa kita. Bahkan, ramai juga yang memanfaatkan sepenuhnya penggunaan ruangan ini untuk berkongsi ilmu.

Tidak mensia-siakan peluang, seorang wanita mualaf telah menjadi perhatian orang ramai atas posting video miliknya yang berdakwah ketika menyediakan makanan.

Platform untuk kongsi resepi sambil berdakwah

Antara masakan yang disediakan oleh Aisha Tan

TikTok merupakan satu media sosial yang banyak mempengaruhi media hiburan buat masa kini. Tular lagi, seorang wanita mualaf yang giat aktif membuat content memasak tetapi lebih istimewa sekali apabila ada terselit dakwah melaluinya.

Di kenali sebagai Aisha Tan, 32, atau nama sebenarnya, Tan Yan Ying menetap di Tanjung Tokong, Pulau Pinang, tidak mensia-siakan ruangan platform media sosial untuk berkongsi ilmu yang di miliki. Kerap memuat naik video resepi dan cara-cara masakan tradisional bangsa Cina hanya dengan bahan-bahan yang halal.

Sudah tentu ramai yang akan suka content seperti ini kerana teringin untuk mencuba masakan asli bangsa Cina yang unik dan berkhasiat! Aisha yang di temubual oleh Harian Metro juga mengatakan dia baru sahaja sertai di platform ini sejak Ogos lalu.

@soyabelacan Replying to @tengkuli_babastylo Selalu org pernah try salted egg chicken je. Blh try kacang panjang ni. Pernah mkn satu kali kat Restaurant Sharin Low fall in love betul😍 Kacang Panjang tu kena masak sekecap dulu, pastu goreng pun sekejap je jgn lama sgt. Air tepung goreng tu kena sejuk sikit bagi ranggup. #chinesemuslimfood #chinesehalalfood #halalchinesefood #masakansimple #masakdirumah #chinesefood ♬ Cute fairy song(176790) – imataku

“Sebenarnya, memasak bukan hobi saya tetapi suami suka makan jadi saya teruja untuk berkongsi resipi masakan Cina dengannya sejak kami berkahwin pada 2018,

“Cuma, kebanyakan masakan Cina di pasaran tidak halal. Oleh kerana teringin makan versi yang halal, maka saya tiada pilihan melainkan masak sendiri,

“Resipi itu saya kongsikan di TikTok dan video pertama yang dimuat naik adalah 5 Ogos lalu, namun, dalam tempoh dua bulan sahaja ada lebih 150, 000 pengikut. Syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Tular Video Mualaf Cina Bersama 2 Anak Masuk Islam, Netizen Terharu & Doakan Kekal Istiqomah

Aisha juga tidak segan untuk berkongsi penghijrannya sewaktu rekod video memasaknya itu. Ia boleh menjadi satu galakan serta menambah pengetahuan mengenai Islam kepadanya juga pengikut di media sosial.

Setiap masakan pasti akan disukai oleh suaminya, Azrul Mukhri Azizul Affendi.

Tambahan lagi, usahanya juga di sokong oleh suami, Azrul Mukhri Azizul Affendi, 31, dan juga tidak keberatan untuk membantunya sewaktu memasak. Resipinya juga mudah untuk mendapat bahan-bahannya kerana kebanyakannya sudah menjadi bahan tetap di setiap rumah.

“Ada segelintir orang yang menonton video saya mengatakan penyediaan masakan Cina mudah kerana bahan di gunakan sedikit, mungkin juga kerana saya selalu kongsi resipi simple,

“Bagi saya sendiri, masakan Cina sukar di sediakan kerana memerlukan teknik kesabaran dan kemahiran, contohnya seperti Nasi Itik Panggang, tetapi saya seronok dapat mencuba,” katanya.

Tidak menafikan, dia juga bukanlah seorang yang mahir memasak tetapi gembira kerana dengan cara itu dia mampu mengasah skil masakannya. Dia juga turut mendapat nasihat dari rakan, ibu mentua serta ahli keluarga, selain menerusi atas talian.

Bukan sahaja itu ramai pengikutnya juga dari kalangan komuniti Cina turut menyokong dan salin berkongsi ilmu dalam memperbaiki segala serba kekurangan.

“Paling buat saya gembira apabila ada pengikut sudah mencuba resipi saya dan keluarga mereka menyukainya…saya sangat terharu, mengharfai dan berterima kasih dengan sokongan di berikan.” ulasnya lagi.

Aisha juga menitipkan rasa syukur kerana suaminya juga bukan sahaja banyak membantu tetapi menjadi seorang yang membimbingnya untuk lebih terbuka memeluk Islam. Kini, dia lebih yakin berbanding dahulu kerana masih keliru untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama.

Sumber: Harian Metro

Artikel berkaitan: “Ada Sebab Kukuh Kenapa Allah SWT Suruh Menutup Aurat,” – Bekas Ratu Cantik Filipina Peluk Islam, Kini Tampil Berhijab

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee